Sunday, August 2, 2009

1st Day Activity


Not too much.. lepas makan mee kolok tadi, Azhar terus bawa kami ke Pusat Perubatan Normah di Kuching untuk melawat Dayang & babynya yang ditahan ward kerana demam kuning yang tinggi. Lepas tu, baru check-in. Masuk bilik je, semua orang lepak.. maklumlah, pg tadi bangun awal sebab orang yang nak tolong hantar semangat berkobar-kobar.. hehe.. Anyway, tq to makneng, kakjami & kakza..


Baby Amzar.. baru je berusia 10 hari, ketika kami datang melawat. Kiranya hari tu, hari ketiga baby ni ditahan di ward.

Atas permintaan Dayang, Wy tak le masukkan gambar Wy berdua dengannya di hospital sebab dia sendiri tak berapa sihat. Maklumlah, orang tengah berpakaian dalam pantang.



Selepas Azhar beri pinjam keretanya, kami pon terus menuju ke hotel & check-in.


Setelah cukup melepaskan penat lelah sebentar tadi, kami pon mula merayap di Kuching Waterfront.

Kebetulan pulak ketika ini ramai krew sedang bertungkus lumus untuk membuat persediaan bagi menyambut kedatangan DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan isteri untuk merasmikan majlis Regata 2009, Isnin nanti.

Ada pesta kraftangan.. barang2 dalam gerai tu, mahal2 belaka.. masuk pon tak abes berjalan, baru tengok 2-3 gerai, then kami terus keluar je..

Seperti yang dicadangkan Dayang & rakan dari semenanjung yang pernah ke Kuching, kami pergi ke Restoran Roof Top. Tapi apa yang mengejutkan, suasana di sana tak seperti suasana yang sesuai untuk orang melayu kita makan. Sana sini tulisan cina.. dengan meja2 yang dipenuhi cina2 yang minum bir.. Tapi, lepas call Dayang, dia suruh kami ke gerai no.2 - Muslim Seafood Corner.

Lauk2 yang dipesan.. terlalu banyak untuk seorang makan.. order sup jagung untuk sorang, dia datang dengan 1 mangkuk besar. order ayam masak kicap untuk sorang, dia datang dengan hampir 1/2 ekor ayam.. perhh..


Bila dah kenyang, jalan-jalan le, ambil gambar dekat patung kucing yang famous tu..

Ibu ayah pon nak gak posing.. suruh Huda snap gambar kami..


Tengok.. adik pulak menangis, sebab ibu tak suruh dia amekkan gambo.. hishh..!


Bandar Kuching malam tu sibuk dengan pak polisi-pak polisi yang sibuk buat raptai sempena Regata 2009 nanti..

haha.. dapat jugak word "Selamat Datang ke Sarawak"..

GBS kat motor polis..

Ini adalah model baru motor polis. Honda apa tah.. ganaz tuu..


1 comment:

  1. Ni ayah punya cite lak....
    Kebetulan pulak keta yg nak diberi pinjam tu pancit tayarnye... heheh...
    So kenala tolong tukar tayar pulak...
    Tapi tak kesah... tq to Dayang & Azhar sbb bg pinjam keta...

    ReplyDelete

Cakap je la ape2...