Sunday, August 30, 2009

Birthday Hanan & Huda at our lovely home, DPP


Jumaat 28-Ogos adalah merupakan birthday dua orang anak ayah ibu, iaitu Hanan dan Huda. Pada weekend yang lepas, sewaktu berbuka puasa di rumah nenek, ayah ibu dan kesemua family members nenek berpakat-pakat untuk mengadakan majlis berbuka puasa di rumah kami, pada hari yang berkenaan.

Bila tiba harinya, ibu still bekerja, tak cuti. Ayah je yang cuti. Jadi, banyak le pesanan dan amanat telah ibu titipkan buat ayah.. kekeke... takkan satu hari cuti nak kerjakan landscape je, kan.. lepas solat jumaat tu, ayah kena keluarkan ayam yang telah dibersihkan dari dalam fridge & perapkan kesemua bahan-bahan yang chef dah sediakan... huhuhu.. bagus le, ayah pandai jugak beraksi di dapur... layannn.. zasshh..!!


Tu dia, sebaik sahaja tiba rumah, ibu terus menyingsing lengan untuk masak nasi, mengerjakan ayam untuk digoreng dan pelbagai lagi tugasan, demi menyambut tetamu yang bakal tiba dalamasa tak sampai dua jam je, lagi.. (Oleh kerana menyingsing lengan telah membuka aurat, jadi ibu tampal le dengan photoshop.. kekeke.. mahap yek, ibu tampal je, tak buat teknik smudge dll.. tak sempat..)


Ha, kalau di rumah, tugas ibu ialah menyediakan makanan. Ayah pulak contract dia dengan buah. Apa2 yang melibatkan buah.. itu tugas ayah.. kekekee.. kelihatan ayah sedang menyediakan air tembikai.. maaf.. gambar ayah tengah blend buah, huda lupa nak amek..


Ini adalah hasil gorengan ayam yang pertama.. mahap.. kamera kami ciput je.. kalo pakcu ade, takut u all tak tahan lak tengok rupa ayam goreng ibu ni.. hehehe.... iyer, ke, ibu?


Ini je gambar juada yang sempat ibu amek, sementara tunggu separuh lagi ayam untuk digoreng. Maklumlah, balik dari opis PNB tadi, jalan jem luar biasa. Maklumlah, semua orang nak balik cepat sebab nak balik kampung, sempena cuti hari merdeka next monday.


Azan maghrib telah berkumandang, menandakan tibalah masuk waktu berbuka untuk kawasan Putrajaya dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.. Bismillah hirrahman nirrahim..



Wah.. tu dia, kelihatan para tetamu ayah ibu sibuk mengambil tempat dan menceduk juadah berbuka masing2.


Tu ha.. tengok hanan.. lama betul dia kodek-kodek kat pinggan ayam goreng.. dia pilih yang mana tah... hehe.. hanan mmg suka ayam goreng rempah ibu dia..


Nenek jugak cool je.. semua orang cedukkan dia.. sambil tu, dia pegang le cicit yang paling kecik ni.. Muqri..


Ha, anak-anak ibu kena melayar jer yek, cedok makanan, then duduk kat depan, maklumlah, kerusi makan 8 kerusi je..


Ini dia Ilhan cucu tokcu yang pandai posing bila nampak kamera.. yang sorang lagi, Ilman, sibuk nak minum air..


Sorang lagi cucu tokcu yang dah pandai tengok kamera.. Muqri ngan mommy & daddy dia.. tq for coming yek..



Oleh kerana anak-anak ibu dah besar panjang, dorang dah taknak syek kek lagi. Kek malam tu, untuk Huda je, dulu. Keknya pon Huda sendiri yang pilih. Hanan punya, esok le.. kat JB nanti..


Anak-anak ibu bersama kek dan hadiah yang diterima.. tq nenek, maklong, makngah, mokde, makteh, abg icer, kak pidah.. ayah ibu tak bagi hadiah yek.. takpe.. ibu ngan ayah hadiahkan majlis ni je le, kat anak-anak..


Lastly, before gi solat terawih, anak-anak bukak le semua hadiah yang dapat.. so, ini lah dia hadiah-hadiahnya.. tq to all for all these event..


1 comment:

  1. best giler ayam goreng rempah tu...
    raye nih ko buat ye kat umah tokmak nanti.... aku macam mengidam lah pulok...

    ReplyDelete

Cakap je la ape2...