Friday, May 27, 2011

Baby-baby ayah ibu


Menjelang ketibaan enibeseri 30May ni, teringatlah zaman2 masa bercinta kat kampus dulu. Study sama2, gaduh sama2, argue sama2... hmm.. berapa tahun dah bercinta ye.. kawen pulak berapa tahun dah.. 30th May 1996 - Aqad, 1st June 1996(bride's reception) & 2nd June 1996(groom's reception)..

Kini, 15 tahun telah berlalu, dengan bahagianya, Allah telah memberi kurnia kepada kami harta yang tak terhingga selain dari nikmat iman, taufiq & hidayah-Nya, iaitu permata hati kami.. Semoga anak2 ini menjadi anak yang solleh & sollehah Amin..



~ Muhamad Nur Hanan Bin Haji Muhamad Noh ~
(...ketika berusia tiga hari...)


~ Muhammad Nur Farhan Bin Haji Muhamad Noh ~
(...ketika berusia tiga minggu...)


~ Nurul Huda Binti Haji Muhamad Noh ~
(...ketika berusia empat bulan...)


~ Nurul Safwah Binti Haji Muhamad Noh ~
(...ketika berusia empat hari...)



Saturday, May 21, 2011

Cameron Highland 2011

Setelah dua hari di Ipoh, kami kini menuju ke destinasi seterusnya.. ke mana, tak announce lagi kat anak2. Hanan pon dah demam, maybe balik terus, maybe jugak singgah2.. apa pun, tunggu..


jalan-jalan cari makan..

anak2 sibuk suruh ayah bgtau, what is our next destination, tapi ayah kata.. tengoklaaa.... bila huda kata nak gi cameron, ayah kata, kalo ada exit dia, kita exit. kalo takde, balik KL terus, hehe... first exit to cameron ayah lepaskan. anak2 semua menjerit sbb takut tak berpeluang. At last, bila jumpa second exit, ayah terus exit.. apa lagi.. menjerit happy la semua... hehe.. so sweet..

ok, kita dah tiba di tanah rata - singgah sebentar di bharat cafe..


hajat di hati nak masuk ladang, tapi malas lah pulak.. hanan pon cam takde mood je, maklumlah, demam... posing je la..

merasa fresh tea at tea farm cafe.. sambil duduk di cafe, ayah cuba call TM Resort, kot la ada rumah utk kami malam ni. kalo tak de, lepas ni kita kena turun le jawabnya.. ibu & anak2 semua berdoa mudah2an dapat la rumah.. berbaloi sikit letih mendaki bukit tinggi nih.. huhu..


sementara menunggu jawapan dari TM Resort, kami terus jalan2 dan cari souvenir utk kawan2 dan cousin budak2 nih.. takut tak dapat rumah nanti, tak sempat nak beli souvenir sebagai tanda kenang-kenangan..


it's picking time!! the most must activity! kalo tak dapat petik strawberry, kira tak yah le naik cameron nih.. sekarang segala persoalan anak2 dah terjawab, macam mana rupa pokok strawberi bu..? pokok dia tinggi ke rendah bu..? hmm... RM20 per pax of three person, kami masuk gilir2.. seronok ibu ayah, bila tengok anak2 happy camni kan...

tengah2 seronok petik buah, dapat pulak call dari TM Resort, saying that one client cancel their apt reservation.. wahhh... happy lagi.. alhamdulillah....!! ok kids, jom kita lunch & pastu lepak kat rumah...


hmm... look at this.. corntoz pack become bigger than normal.. remember.. this is the result of the low temperature & high pressure.. hukum fizik.. boyle law (belajar fizik la pulak.. huhu). ok, for those yg tak ingat, meh gi sini: http://en.wikipedia.org/wiki/Boyle'
s_law

hmm.... satu lagi, bila tiba waktu makan, baru ada gambar ibu.. sian ibu kan.. hmmm... ok.. lepas lunch, balik apt la.. lepaks.. best la apt ni.. tinggi, fresh & privacy. yupp... it's a privacy..





Alhamdulillah, selesai perjalanan seharian di Tanah Rata Cameron Highland.. sebelum turun, jom la kita shopping beli lagi buah strawberri & jem. buah2 kita boleh buat ice-cream... kaktus? tak yah le farhan.. tak kuasa ibu nak jaga2 pokok lagi dah. yg ada kat umah pon dah tak terlayan dah.. cukup dulu la buat masa nih.. hehe..




OK, selesai sudah. Yang nak dibeli, kita dah beli. Yang nak pergi, kita dah pergi, sekarang masa untuk turunn.... Kita dah melalui Latar Kijang.. hmmm.... tengok... budak2 ni.. tak jauh jalan lagi punn.. dah sampai Mekah dah semua.. huhu... Alhamdulillah, tamat lah sudah episod jalan2 cuti sekolah bulan March 2011. Cuti May/Jun nak gi mana? tungguuu...





Sunday, May 15, 2011

Lost World Of Tambun Day

























Saturday, May 14, 2011

Cuti Sekolah Bulan March


Sekian lama anak2 tak bercuti, sebaik sahaja pulang dari haji, ibu & ayah janji, cuti sekolah march ni ayah ibu nak bawak anak2 jalan2 ke utara. Destinasi yang dituju hanya dapat diputuskan setelah mendapat penempahan homestay di tambun.

Kita cerita dulu tentang percutian dengan anak2. Banyak lagi kisah2 nostaljia haji yang nak wy sampaikan, tapi mengenangkan anak2 yang selalu bertanya tentang gambar2 percutian mereka, wy sampaikanlah..

Perjalanan bermula sebaik sahaja hari percutian sekolah dimulakan. Hari sabtu wy shopping keperluan yang harus dibawa serta bagasi semua orang, maklumlah, nanti kalau dah tak cukup baju, dah nak kena budget beli baju pulak..


sepanjang perjalanan, anak2 semua behave nicely dalam kereta. ayah drive pun tak terganggu, ibu pon tak risau, maklumlah, awal2 lagi dah dipesan suruh bawa novel & buku, supaya setiap orang tak mengganggu orang lain.. baca buku je..




Okay, now dah tiba dah di Kuala Sepetang. Warung pilihan kali ini ialah warung Mak Jah.


Ha, ni lah wajah2 ceria ketika menunggu ketibaan makanan dan ketika menikmati juadah yg telah dipesan.. ibu & ayah - mee udang. hanan farhan - nasi goreng udang, huda safwah - kueteow udang.. tengok le kulit udangnya.. tu cuma satu pinggan je, ada beberapa pinggan lagi yg ada kulit udang yang macam nih..






oleh kerana homestay yang ditempah hanya available selepas jam 2, kami bercadang untuk melanjutkan perjalanan ke utara, ke kuala sepetang untuk menikmati mee udang. teringat tiga tahun lepas, sewaktu makan di warung mee udang mak teh.. kali ni, nak pergi lagi, tapi kali ni kami try pulak kat tempat lain - warung mak jah. hmm.. rasanya kurang sedap la, dari yang kami makan kat mak teh tiga tahun lepas..



mengikut pesan kawan2, kalau dah singgah ke kuala sepetang, cubalah jalan ke port weld, tengok pelabuhan penting suatu ketika dahulu. bila kami pergi ke sana, hmm... inilah dia.. kalau tak pergi, kita tak tahu.. at least dah nampak le gambaran pekan port weld ni, bila orang sebut2 next time..





Setelah letih separuh hari di perjalanan, menikmati makanan dan ronda2, kami pulang semula ke ipoh untuk ke homestay. Makcik tuan rumah tu pon dah call berkali2 mengatakan rumahnya dah ready untuk kami. Sebaik sahaja masuk ke rumah tersebut, ibu terus mengemaskan barang2 makanan di dapur, menyiapkan beg masing2 ke bilik masing2.. orang lelaki tengok buat apa.. ayah tak sudah2 dengan kuacinya... anak bujang ibu dengan novel masing2 & the girls.. seperti biasa.. bergaya dan bergaya.. ibu.. masih mengemas & mengambil gambar sebagai tanda kenang-kenangan..



Saturday, May 7, 2011

Hari-hari terawal di Madinah



Alhamdulillah, kali pertama menjejakkan kaki ke Madinah adalah merupakan satu pengalaman yang sangat menggembirakan. Berada di bandar Rasulullah, rasanya macam semua tanah yang dipijak ini sangat penuh dengan hikmah, maklumlah, mungkin tanah yang ku pijak ini pernah juga dipijak Rasulullah, Masya-Allah!








Sarapan pertama di hotel setelah selesai meletakkan barang di Hotel Dallah Taibah.






Foto pertama di Masjid Nabawi, iaitu tempat terletaknya makam Rasulullah. Inilah kali pertama kakiku menjejak perkarangan masjid nabi ini.. Alhamdulillah..






Di hari kedua, selepas selesai solat, kami mula ronda-ronda di persekitaran masjid.





Tak ketinggalan juga sempat ku merakamkan suasana bilik ku... Sebab menjadi orang pertama yang memasuki bilik, Wy pilih katil paling tepi, berdekatan dengan tingkap, supaya mudah wy nak meninjau2 kdn di luar..








Di hari ketiga, kami semua berkumpul untuk memulakan program ziarah masjid & makam.










Kelihatan Ustadz Rosli memberi taklimat, bersama dengan Haji Harun (MD Rayhar Travel) dan beberapa ustadz, termasuklah Imam Muda Asyraf, yang sama penerbangan dengan ku di KT27.








Program ziarah makam, disulam dengan selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w. , harapan kami supaya kami mendapat syafaat dari Rasullullah di Mahsyar nanti, amin..










Ketika ini, semua jemaah sedang khusyuk mendengar taklimat & sirah Rasulullah yang dibawa oleh para ustadz pebimbing.. kerdilnya akhlak kita, jika nak dibandingkan dengan akhlak Rasulullah & sahabat baginda..










Berada di hadapan perkuburan Baqi' iaitu tempat yang tersemadinya jasad Siti Fatimah, Saiyidina Aisyah & Sahabat..