Thursday, April 30, 2009

Mak Long dah sedar..

Alhamdulillah, tengahari tadi call maman.. katanya maklong dah sedar.. dah kenal orang dan boleh menulis untuk menerangkan kemahuannya sebab dia tak boleh bercakap berikutan mulutnya disambung dengan alat bantuan pernafasan.

Alhamdulillah, semoga maklong terus sihat dan boleh keluar dari ICU dan lebih berasa dekat dengan sanak-saudara yang hadir. Amin..

Mak Long tenat di HKL

Semalam Wy dikejutkan oleh panggilan telefon dari Nana yang mengatakan Mak Long telah dimasukkan ke wad kecemasan di HKL kerana kandungan gula yang abnormal.

Lepas balik kerja, Wy terus amek Hanan & Farhan di sekolah. Setibanya di rumah, Wy terus menyiapkan juadah makan malam. Baru nak mula masak, air pulak tak ada.. seperti biasa.. Wy buat aduan kat PUSPEL.

Selepas maghrib, Wy terus bersiap untuk ambil Linda di Presint 18, untuk ke HKL bagi melawat Mak Long. Setibanya kami di HKL, jam 9.15 malam tadi, Maman memaklumkan yang Mak Long dah dimasukkan ke dalam ICU dan doktor sedang membuat pemeriksaan rapi terhadap beliau.

Jam 9.40 kot, Wy dengan Linda dapat masuk sekejap tengok Mak Long. Keadaanya sangat lemah. Sedih tengok Mak Long. Tak sampai 3 minit rasaya, baru je masuk, cium tangan maklong, usap kaki dia, nurse dah suruh keluar panggil anak2 Mak Long. Wy dan Linda sempat memperkenalkan diri kami dan Mak Long bagi good response, even she tried to say something. Tapi, masa terlalu singkat. Kami tak boleh lama. Doktor nak jumpa anak2 Mak Long.

Jam 10 malam tadi, lepas Maman keluar dari berjumpa dengan doktor, doktor kata keadaan Mak Long better than before. Tapi, anything could be happen. Chances are 50-50 sebab kandungan darah terlalu berasid dan boleh mengganggu sistem buah pinggang.

We hope the best for Mak Long. Allah Maha Mengetahui setiap percaturan yang diatur ke atas makhluknya. Kami semua berdoa mudah-mudahan Mak Long cepat sihat dan ceria seperti sedia kala, Amin. Mudah-mudahan ye, Insya-Allah.

Sunday, April 26, 2009

Ilhan & Ilman masih lagi penghibur hati..

hmm... lama betul dah tak jumpa upin ipin ni... eeehhhhhehehehe.. Ilhan Ilman.. hehe.. sekali jumpa je.. macam2 dah akal dorang. kitorang semua seronokkkk sangatt...

haaa... tu dia.. Ilhan dah besar dah ye.. Ilman tengok je dari jauh..

Ilhan, jap lagi kita joget2 lagi ye.. tokcu nak amek gambo jap.. Ilhan duduk dulu ngan along hanan..

..ala sian Ilman.. yang sibuk dengan kereta dia.. nak jugak amek gambo ye.. petang kang kita main bola yek.. Ilman masuk group mana?

tu dia.. gambar lagi.. Ilhan terer le.. pandai je posing bila nampak kamera.. apa lagi acu wawa ngan ude huda.. tumpang le sekaki.. hehe..

ha.. esok, bila mukhri dah besar, kita kasi gempak umah tokmak tokbak dia yekk.. nanti aunty ajor.. weeekekekeke...

Ada lagi orang baru..

Alhamdulillah.. minggu ni asyik dapat kedatangan baru je..
yang paling menggembirakan hati kami sekeluarga ialah dengan dengan kedatangan sicomel Danyl Mukhri,
anak pasangan Fidah & Shamsul. Tahniah ye.. selamat masuk ke alam ibu bapa.. semoga menjadi ibu bapa mithali dalam mendidik anak ke jalan yang dituntut Ilahi.. Amin..


..tengok.. lenanya dia tidur.. aunty, uncle, atok2 & cousins dia bising2 pon dia tak peduli.. layannn..
tengok.. acu wawa ngan angah farhan tu.. sayang nye diaorang kat mukhri..
..budak-budak ni pantang lepa.. bahaya.. tunggu mukhri besar sikit ehh.. nanti boleh main macam ngan ilhan & ilman..

..acu wawa dengan gaya stereotypenya..

seronok ye, dengan kehadiran cucu tokcu yang baru ni, rasa dah tua pulak tokcu.. ekekekeee..
..hmmm.. ada lagi tak yang baru-baru nak datang lagi lepas ni..? hehehe...

Gadget untuk anak-anak pon ade jugak..

Gadget untuk anak ni ayah belikan sewaktu kami ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC last weekend.. hmm.. menarik..


Ayah pandai.. dia belikan ibu mixer baru supaya ibu selalu buat roti dan kek..
then dia belikan anak-anak kamus BESTA untuk anak-anak
supaya lebih rajin membaca disamping dapat menambahkan vocab..

lepas tu, ayah belikan jugak satu set siri Ana Solehah oleh Ana Muslim untuk his girls,
and Siri Pengembaraan Akif juga oleh Ana Muslim for his boys.. TQ Ayah..

My 'orang baru' has been arrived at home..

Bought by my lovely husband yesterday.. Berjaya Bakery Machinery..


.. is running on its first task..



..good job done..


..wahh.. ramai jugak peminat yek..


..is baking in the oven..


..fresh from oven.. ready to eat.. thank you, oh my new mixer..

The last day of my lovely car at home

..huhu.. sob.. sobb.. ssoobbb... oh my dearie car... do take care of yourself with your new 'mommy'... huhu.. bye sayang.. :(

Sunday, April 5, 2009

Ayah belanja makan di Alamanda

Lepas sarapan pagi tadi, ibu terus projek buat biskut mazola.. Agaknya ayah kesian nak suruh ibu masak untuk lunch, jadi dia pon ajak le kitorang makan luar.. asalnya nak pergi beli beras je, sebab beras tinggal untuk 2-3 hari punya makan je..

Kekekeke... thank you abang secret recipe, sebab tolong amek gambo kitorang anak-beranak..

..wah.. Farhan mulakan acara.. dengan penuh semangat.. spaghetti bolognese & milkshake oreo..

Ini hidangan pilihan Hanan - Chicken black pepper dengan kentang..

ha.. amek sini pulak, ibu nak makan dah ni.. jemput makan semua..

..thai fried rice.. sedapnye.. aritu cuba nieta punya.. tu yang teruja nak makan tu.. hehe.. tq kak nieta.. Congratulation jugak Nieta.. masa akak makan ni, Nieta sure tengah sibuk dengan tetamu kat rumah kan..

Ini pulak hidangan pilihan ayah - nak syer dengan Huda.. cam tak menarik le, boring je rupa dia.. hehe..

Lepas makan je, adik sibuk nak ajak ibu gi toilet.. biasala.. lepas makan, buang le.. Lepas tu, jumpa pulak Maman dengan Awin. Dia pon nak makan kat situ jugak. Yela, orang sibuk pindah rumah baru, sibuk le dia beli macam2 barang hehe.. Sori le, maman, tak dapat nak pelawa datang rumah sebab akak nak kena beli beras.. beras kat rumah akak kritikal.. hehe.. kemsalam maklong ye..

Pendidikan bermula di rumah

Budak-budak ni, pagi ni, kat sekolah ada majlis maulidurrasul. Di dalam majlis tersebut, Farhan telah diisytiharkan sebagai johan pertandingan azan.. alahai Farhan, ibu lupa nak snap gambar piala Farhan.. lain kali le ye..

lukisan pertama adik - gambar ibu pakai kasut tinggi.. hehe.. amacam..?

Menu special Ayam Goreng Radix


Boring, asyik makan nasi dengan lauk je, petang ni wy teringat nak masak nasi goreng dan ayam goreng radix. Sementara nak masak tu, kat microwave, wy masak jagung. Bila dah nak makan, sapukan magerin dan garam pada jagung tersebut.

Kemudian buat air carrot susu. Untung tau, buat carrot susu sendiri.. beli kat kedai.. 1 gelas rm3.50. Beli carrot kat carrefour, 15 batang carrot baru je RM3.70..minum le bnyk2..

Permintaan Biskut Mazola

Dari sebelum cuti sekolah lagi, ustazah Huda dah mintak Wy buatkan biskut mazola. Mula-mula nak 50 keping je, lepastu nak 100 pulak. Wy ni, kebetulan pulak sepanjang bulan March busy je.. Akhirnya barulah Wy dapat layankan permintaan ustazah tu..

Puluhan biskut mazola yang telah dibakar menunggu giliran untuk dimasukkan ke dalam balang..

Amacam, fotogenik tak biskut mazola saya ni? hehe.. tq maklong, for t he recipe..

..ready to go..

Projek Weekend Tadi

Hanan, Farhan & Huda sudah O-SOM.

..keadaan cornflakes semasa di dalam kuali..

..seperti biasa, ibu dibantu oleh pembantu tetap.. huda yang menunggu nak tolong, last2,

..setia menunggu giliran untuk dimasukkan ke dalam oven..

inilah rupa cornflakes madu yang telah sedia untuk dimakan..