Sunday, August 2, 2009

Our Last Day at Kuching


Oleh kerana anak2 still nak makan mee kolok kat kedai yang Uncle Azhar bawak last time, ayah ibu pon layan le jugak ke Restoran Kopi 'O' tu lagi..

Adik lapar, tapi sempat bergaya lagi..

Ok.. minuman dan mee dah tiba..

Inilah mee kolok yang anak2 addicted tu..

Huda je yang nak makan roti canai kosong.. Dahsyat.. pecah rekod. Dia makan 2 keping canai..

Setibanya kami di Kampung Kebudayaan Sarawak, di Santubong.

..uishh.. harga tiket RM60 seorang untuk dewasa, RM30 untuk kanak2.. senang je buat keputusan.. tak yah masuk.. amek gambo je.. hehe..

..antara patung2 yang ada..


..lepak kejap, nak pikir lepas ni nak gi mana.. ada lagi 4 jam utk check in airport ni..

..ntah apa batu tah ni.. dah malas ibu nak baca.. suruh je la anak2 posing..


Sebelum beredar..

Jalan menghala ke kaki Gunung Santubong..

Pemandangan indah dari kejauhan, Gunung Santubong.. Ciptaan Yang Esa..

Ahahahaha... rumah Dayang & inilah kereta Dayang yang kami hayak ke hulu ke hilir sepanjang masa kami berada di Kuching.


..ha.. tu le tour guide kami.. Garmin GPS.. Dialah yang paling banyak membantu kami sepanjang berada di Kuching ni. Excellent!


Ok, sampai je hotel, angkut terus barang untuk check out. Pagi tadi sebelum gi sarapan dah siap2 kemas dah.. ni le nombor bilikkami di Harbour View Hotel.


Lepas check-out, kami terus ke Waterfront lagi. Kali ni nak beli souvenir utk classmate budak2 ni.. dan juga kek lapis utk opismate kami & keluarga di Semenanjung..

Yang merah ni Umai Ikan, rasanya lebih kurang macam kerabu le, gitu. Yang hijau tu ayam Pansoh. Dimasak di dalam buluh bersama santan & pucuk ubi. Sedap..

Hanan dan Farhan dah tak larat pandang kamera.. perut lapar beb...!

Pemandangan Kampung Gersik dari Waterfront.


Ramainya pelancong Semenanjung dan rakyat Kuching sendiri menikmati hidangan tengahari di sini. Ketika ini, baru je selesai Agong merasmikan program Regata 2009.

Dah siap shopping, nak ambil kereta di hotel untuk menuju ke airport.

On the way, singgah di Masja - Masjid Jamek Kuching.


Kami juga singgah di Kampung Gersik. Cuma tak ada je, alamat rumah mak Dayang. Ini adalah pemandangan dari Kampung Gersik ke Waterfront. Kebetulan pulak team dari Johor melintas lalu di depan kami.


Anak2 ralit tengok bot dan kayak..


OK.. masa dah tiba.. sebelum check in, kita gi makan dulu ye. Ayah drop ibu & anak, then ayah gi parking kereta.



Semasa makan di KFC, Dayang & Azhar pon tiba.. masa tak banyak.. lepas ni dah nak kena checkin pulak. Haripon dah nak maghrib. Dayang dalam pantang, tak boleh balik sampai maghrib, kalau mak nona, sure aku dah kena marah..


After boarding, nak tunggu masuk belon..

OK.. kita tunggu ayah selesai beli coklat, then kita masuk belon... Hmm... ini adalah last foto adik di Kuching. Selamat tinggal Kuching. Ada rezeki, kita datang lagi.. Bye..

1 comment:

  1. ya....
    ada rezeki, kita sure pegi lagi...
    tak pun, kita hong kong disneyland.... huhuhu...

    ReplyDelete

Cakap je la ape2...