Friday, December 18, 2009

Pertandingan Azan, Pidato dan Bercerita di surau Al-Hijrah

Pada cuti Awal Muharram yang lepas, pihak surau Al-Hijrah telah mengadakan pertandingan Azan, Pidato dan Bercerita untuk anak-anak DPP. Farhan & Huda bersemangat especially menjelang 3-4 hari sebelum pertandingan.. Ayah ibu pon semangat jugak gi cari hadiah untuk pemenang..

..sebelum acara dimulakan..


..ketika di dalam pertandingan..



alhamdulillah.. anak-anak ibu menang di kesemua pertandingan yg disertai..

..bersama hadiah-hadiah yang dimenangi..

..puas hati anak-anak ayah ibu.. apa yang penting...KERJA... SAMA...!!!



Projek roti sosej lagi..

Cuti sekolah.. apa lagi.. buat le apa2 yg patot untuk budak2 yang dekat rumah ni.. ibu nak cuti, dah tak de cuti dah.. selamat makan anak2 ibu..




close-up sket.. mahap.. tu je yang paling canggih yang kamera i boleh buat.. hhehe.. Anak-anak ibu.. are u enjoy....?

Raikan kejayaan Hanan di Bangi Equatorial!

Untuk menunaikan janji ibu, bila result Hanan bagus, ibu belanja makan hotel.. Jadi, anak2 telah memilih untuk makan di Bangi Equatorial.. zasshhh..!!

The girls..


The boys..


Ibu & ayah..

..everybody enjoys the foods.. ibu masa ni pon dah tak kenal JM5 lagi dah.. kekeke..


Hanan buat dengan ABC mengikut citarasa dan pilihan sendiri.. bestt!!


Farhan pon sama jugak.. pilih sendiri apa yg nak lebih, yg tak nak.. sedapp... slrrpp...

..ha.. ini adalah apa yg ibu makan hari tu.. first pinggan - satay & mee goreng + ABC power, ibu terlupa amek gambo.. sori yekk.. hehe..


..aksi anak-anak ibu makan.. farhan with the chocolate fountain..
guess what..? ..this is the main reason, why they choose Bangi Equatorial..

ayah kekenyangan dengan anak2..

ibu yang dah tak kenal JM5.. happy nampak.. kekeke...

dah kenyang.. nak gi tengok kolam ikan pulak..


bukan kita je yang nak makan.. ikan pon nak makan jugak...




Anugerah Cemerlang KAFA Miftahuddin 2009

Hari Ahad pertama pada cuti sekolah yang panjang, KAFA Integrasi Miftahuddin mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang di Dewan Orang Ramai DPP.

Acara khatam Quran beramai-ramai di awal majlis. Bila la anak-anak ibu nak duduk atas ni..

Barisan anak-anak yang menanti hadiah kecemerlangan mereka..

..dan terkecuali Farhan yang tiga tahun berturut2 sentiasa dapat anugerah.. Feqah 100%.. tapi malangnya.. namanya tidak ada di dalam senarai.. padahal awal-awal datang guru kelasnya dah pesan.. duduk sini berkumpul, sekejap lagi nak amek hadiah.. hmm... tak apa farhan, tak ada rezeki.. ayah dah gantikan dengan hadiah kan.. lagi best..

Antara guru yang sempat ibu panggil posing.. guru kelas farhan, guru kelas huda & adik ustazah..



Program balik JB


Awal cuti sekolah nak balik JB... sian anak2 takde program jalan jauh.. bulan disember nanti pon nak balik lagi..

Sementara nak tunggu ayah angkat barang ke dalam kereta, huda safwah main basikal dulu kat depan rumah..


Lor.. rupanya ayah mencantas setandan pisang nipah untuk bapa mertua kesayangannya.. hehe..
Singgah makan nasi beriyani kat kedai makan Nasi Beriyani Pokok Sena.


Tiba di JB, terus start masak untuk raya haji.. tapi punya lah tak ingat.. gambar pagi raya Aidil Adha yg lepas pon, lupa nak amek..


Then malam sebelum kami berangkat pulang ke KL semula, kami pon ber BBQ kat umah pakcu,

Wednesday, December 2, 2009

Laksa Johor


Cuti sekolah yang lepas, wy ngan tokmak plan nak buat laksa johor. bila tiba masa yang sesuai, kami pun mulakan operasi.. uishh... seddapp tak terhingga.. makan sampai puas... tq yek, tok mak..


spagheti & kuah laksa..

ulam-ulaman - taugeh, timun, limau kasturi, bawang, bunga kantan, lobak manis, daun kesum, daun selasih..

dah letak semua ulam-ulaman, akhir sekali letakkan sedikit sambal belacan.. fuhh... jemput makan semua..


Monday, November 23, 2009

Farewell cupcake for Hanan, Teachers & Friends


Yang ni pulak wybuat pada Khamis lepas, iaitu sebaik sahaja tiba di rumah. Sebaik sahaja selepas pulang dari tuisyen anak-anak, wy terus je keluarkan semua bahan.. Masa tu jam 10.30pm.. Yelah, esok hari terakhir persekolahan anak-anak. Ibu plan nak buat cup cake ni, sebelum puasa lagi, nak tulis "Good Luck for UPSR".. tapi tak kesampaian hajat tu.. so, inilah masa yang terbaik untuk bagi anak2 makan bersama kawan2nya..

Ini adalah rupa kek selepas dikeluarkan dari oven.


Selepas disapu dengan topping. Cupcake kali ni ada 2 version, satu dlm sarung muffin biasa, satu lagi yg hard cover..


OK, dekorasi dah siap dah.. malam semakin larut.. ibu dah tak larat pikir dah.. takut pagi esok tak sempat nak masak sarapan..


Amacam? OK tak? hehe.. sori le kalo sakit mata memandang, tapi, berat lagi bahu yang memikul..


OK.. ni yang terakhir untuk Hanan bawak ke sekolah..


Dengan ucapan "SEMOGA BERJUMPA LAGI, DARIPADA HANAN"... selamat menjamu selera, anak-anakku..


Pandangan sisi.. ahaks!!

Oleh kerana Farhan still tak tahu bila majlis jamuan untuk kelasnya, ibu bawakkan jugak le untuk Farhan dan rakan-rakannya.. tak banyak.. yang penting dia dapat jamahkan kawan-kawannya cup cake yang dia suka..

Sebenarnya ada lagi beberapa biji yang ayah tolong siapkan, tapi ibu tak sempat pikir nak amek gambar, sebab masa tu dah jam 2.30 pagi.. Akhirnya, gitu gini gitu gini, sewaktu nak masuk tidur tu, jam dah menunjukkan jam 3 pagi.. cam citer P.Ramlee pulaks.. hehe..

Projek kek cawan


Asalnya nak buat muffin coklat je, untuk bekalan anak-anak ke sekolah.. tapi Huda pulak short notice ada jamuan kelas hari selasa.. terpaksa ibu gagahkan diri buat deko-deko kat muffin tu..

Ini hasil dekorasi Farhan..


Ini hasil dekorasi Huda..


Untuk Huda ke sekolah - bekas pertama.. ibu buat dekorasi ini selepas ibu menyiapkan juadah sarapan dan lauk lunch anak-anak. Masa tu jam 6.45 pagi.. tu le baru nak bancuh coklat topping nih..

Dekorasi dalam bekas ini pulak siap jam 7.25 pagi. Sepatutnya, waktu ini, anak-anak sudah berada di sekolah. Bising je ayah sebab ibu lambat.. apa taknya.. malam tadi ingatkan nak je masak meehoon untuk jamuan huda.. tiba-tiba tengok.. mee hoon tak ada stok.. sabar je la..


Inilah baki yang tinggal untuk anak-anak makan di rumah..


Sunday, November 22, 2009

Hari Anugerah Kecemerlangan SKP P16(2)

Majlis yang telah selamat diadakan pada 21hb November 2009 ini adalah merupakan acara tahunan sekolah setiap kali sebelum bermulanya cuti sekolah.


Oleh kerana ini adalah merupakan tahun terakhir Hanan di sekolah ini, seronok pulak Hanan nak bergambar dengan cikgu..


Abang Hanan bersama sebahagian dari kawan-kawannya yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.. tahniah dari ibu..

Acara dimulakan dengan qalam jamaie..


Megat - murid yang sentiasa menjadikan Farhan rasa nak bersaing.. hehe..

Ha.. dapat pon Farhan..

Ini adalah anugerah cemerlang untuk matapelajaran Matematik.

Lihatlah.. inilah kejayaan saya..

Acara kemudian berehat dengan persembahan kakak-kakak senior..

Kelas Farhan - 3Alamanda telah berjaya menjadi johan kelas terbersih tahap 1. Anugerah ini telah disampaikan oleh Puan Guru Besar kepada guru kelas, Puan Zainah.


Manakala untuk tahap 2 pula, kelas yang berjaya mendapat anugerah ini ialah kelas Abang Hanan - 6 Alamanda. Kelihatan Puan Rosidah sedang menerima anugerah tersebut dari Puan Guru Besar.


Dan juga antara anugerah bagi wakil pelajar dari Putrajaya untuk bahagian pertandingan Public Speaking 2009, dari sekolah kami.. SKP P16(2)..