Sunday, September 20, 2009

Selamat Tinggal Ramadhan, Selamat Datang Syawal..

Hari yang dinanti kini dah tiba.. Selamat Hari Raya semua.. Maaf di atas segala kesilapan dan keterlanjuran kata, terutama sekali sewaktu wy menulis blog wy dan blog kawan2 ini ye..

Pagi raya, punya le sibuk nak sediakan macam2, sampai terlupa nak amek gambar sekeluarga dirumah. Kak Sal dah balik, baru teringat. Takpelah. Petang nanti kita ke rumah kaksal, kita bergambar keluarga di rumah sana le ye.. tukar environment.. asyik bergambar di background yg sama je..



Seronok tengok kedua orang kakak iparku, Kakak & Abg Zali serta Kak Sal & Abg Mat menikmati hidangan yang disediakan..


Abang mat dah siap makan baru wy teringat nak amek gambar hidangan yang disediakan..


Tiga anak bujang hensem.. Ncam, Hanan & Farhan di pagi raya.


Dua orang anak dara ibu yang comel..


Anak-anak ibu di taman ayah..


Takbir malam raya

Kali pertama setelah 5 tahun berkumpul bersama di Shah Alam dulu, raya pada kali ini kami merayakannya di rumah sendiri, di Desa Pinggiran Putra. Seronok pulak rasanya, beraya di rumah sendiri. Dengan kumpulan jemaah surau yang datang bertakbir di malam raya. Tahniah di atas perpaduan yang disemaikan ke dalam jiwa ahli-ahli surau, terutama sekali jemaah al-Hijrah, DPP.


Demikianlah sajian sederhana yang disediakan untuk jemaah. Maklumlah, katanya orang tak ramai dan rumah kami adalah rumah yg ke tujuh, iaitu rumah yang terakhir.


Tepat jam 11.40 malam, jemaah pon tiba.



Huda yang dah tidur pon, bangun sebab excited nak dengar takbir raya di rumah sendiri.

Owhh.. Acu wawa seronok dapat tolong kak pidah jaga muqri ye..


Juadah malam raya untuk berbuka puasa


Masakan ini disediakan bersama-sama.. dari pagi sblm raya, sampai le jejak ke waktu berbuka puasa..



Rendang daging oleh Mak Neng, Kak Jami dan Kak Za.

Kuah Lemak Lodeh Wy.

Ayam masak merah wy.

Sambal kuah kacang wy.

Sambal goreng Mak Neng, Kak Za & Kak Jami.

Serunding jawa Wy.


Hasil buah di taman dan kebun ayah


Cakonan, Water Lilly, Exotica Papaya, Sukun & Dragon Fruit yang diperolehi dari persekitaran pokok yang ditanam sendiri.. Alhamdulillah.. puas hati sangat..


Orkid baru ibu

Orkid rosmah yang yang semakin banyak menghasilkan bunga.


yang ni beli kat sg buluh sewaktu kali kedua membeli rumput carpet yang tak cukup tempohari.



sewaktu beli dulu, orkid ni masih tak terbuka lagi. now.. cantik dah.. tapi dia tak kembang betul lagi. risau lak nak tinggalkan orkid ni utk balik JB sbb takut bunga rosak & satu lagi masa beli tu, harganya mahal.. 2 pokok rm110. tu paling berani le yang wy pernah beli.. orang lain beli lagi mahal2.. pada kita, ikut je le apa yg kita termampu..

Rumput karpet pada minggu kedua..

Selepas dua minggu dan penambahan beberapa keping lagi rumput, inilah hasilnya.. under supervision ayah, rumput-rumput yang disiram 3 kali sehari ini, kini disiram sebanyak 2 kali sahaja. Budget.. tak lama lagi nak raya.. hehe..








Juada Berbuka Puasa



Semakin hari semakin tak tahu nak masak apa untuk berbuka puasa.. bila ibu buat roti jala & kari ayam, bakar jugak roti arab.. laju je budak2 ni makan, termasuk ayah budak2 ni.. hehe.. give thanks to Allah.. murahkan lah rezeki kami ini dengan rezeki yang halal dan berkat.. Amin..

Sajian berbuka puasa... all home made..


Seronoknya bila berbakti kepada tanah. Inilah hasilnya..

Sukun goreng yang diperolehi dari buah sukun yang ditanam di tepi sungai, depan rumah.


Kerabu mangga yang dibuat dari mangga cakonan yang masih muda yang dipetik di tepi rumah. Disediakan oleh Abg Noh dengan menggunakan sotong kering yang dibelikan Zol tempohari. Tak sangka suamiku dah pandai ke dapur dah..


Rojak buah daripada mangga muda dan kedondong yang di tanam di kebun depan rumah tu.. Makan dengan kuah rojak Rodziah.. perhh, tak bangun-bangun..

Petang tu kami berbuka puasa dengan nasi ayam yang ibu masak, berserta dengan buah-buahan yang diperolehi dari pokok yang ditanam sendiri. Lain feelnya tu...

Malam Tujuh Likur


Lepas Hanan habis exam, ibu rasa seronok duduk kat luar, amek angin sejuk, tengok pokok dan bunga-bunga termasuklah meninjau-ninjau padang golf ayah.. hehe..

Tetiba teringat pulak tibanya malam tujuh likur. Malam tujuh likur semasa zaman ibu kecik-kecik dulu, Tok Bak selalu bawak ibu, pakngah & pakcu gi kampung melayu, majidee dan beberapa kawasan perumahan sekitarnya. Rumah dorang ni selalunya penuh dengan pelita dan lampu kelap kelip yang memeriahkan suasana menjelangnya Aidil Fitri. Tak kurang juga dengan gelagat kanak-kanak yang bermain bunga api.

Jadi, bila terkenangkan zaman dulu tu, ibu pon suruh le ayah pasang lampu kelap kelip kat rumah.. just untuk merasa meriahnya suasana. Rumah jiran2 pon dah pasang lampu kelap kelip tu, jadi, kalo kita tak pasang, cam tak syiok pulak.. Kak Zie, Kak Ina, Wy nak join jugak.. kekekeke...



Wednesday, September 16, 2009

Di hari-hari terakhir Ramadhan

Salam.. Dah lama blog ni tak diupdate ye. Yelah, mula-mula sibuk melayan Hanan menghadapi UPSR, then diikuti pulak dengan minggu ni, UPSRA. Tinggal esok je, last paper. Bak kata Hanan pagi tadi - "ibu, petang esok Hanan merdeka...". Kesian dia. Nak push sangat belajar, takut tension pulak. Kalau tak kawal, kang ketinggalan pulak..

Tambahan lagi dengan di akhir 10 hari terakhir Ramadhan ni, marilah kita bersama-sama melipatgandakan amalan kita, terutama sekali di dalam mencari malam Lailatul Qadar. Mudah-mudahan kita dapat Hadiah yang Allah sediakan untuk kita ni, ye..

Kat opis ni, dah ramai dah yang mula bercuti... Bila mengantuk, mulalah Wy nak berbual, tapi apakan daya, kat cubical ni, orang lain dah takde.. nak gi tempat orang lain, malas lah pulak nak bergerak.. kang disturb orang nak buat keje pulak.. Tapi kan, entah2 orang lain pon sama macam Wy.. tengah boring.. hehe..

Bila bahang mood raya dah mula tiba, menjelang Syawal ni, teringat pulak dah nak pergi bulan 1000 rahmat, Ramadhan ni.. mudah-mudahan kita dapat berjumpa lagi di Ramadhan yang akan datang, Amin..

Tuesday, September 8, 2009

UPSR 2009

Alhamdulillah, hari yang dihitung selama ini sudah tiba. Pagi ni, Hanan dan rakan-rakannya akan menduduki peperiksaan besar untuk anak-anak sekolah rendah, iaitu UPSR. Semoga Allah memberkati segala usaha yang telah kami lakukan selama ini.

Selain dari Hanan menduduki peperiksaan UPSR, adik-adiknya Farhan dan Huda juga menghadapi peperiksaan akhir tahun di sekolah, hari ini.

Ya-Allah, Engkau berikanlah sakinah di dalam jiwa anak-anak ini supaya mereka dapat menjawab soalan dengan tenang dan teratur. Engkau lapangkanlah dada mereka dan terangkanlah hati mereka agar mudah mengingati segala apa yang telah mereka pelajari. Amin, Ya-Rabbal Alamin..