Wednesday, August 26, 2009

Operasi menambak pasir dan menanam rumput carpet

Setelah selesai operasi pertama - memindah keluar pokok-pokok dan mencangkul keluar rumput mutiara, kini kita tiba ke operasi fasa kedua pulak..

Setelah kesemua rumput mutiara dibuang, inilah hasilnya.. gondol je..



Operasi menambak pasir dimulakan.. ayah ambil cuti sehari..
setelah separuh hari, hanya separuh tanah sahaja yang dapat ditambak pasirnya.



..pandangan penuh laman yang perlu ditambak pasir & ditanam dengan rumput carpet..



..dengan bantuan Kak Jami, banyak betul kerja yang boleh dibereskan.. TQ Kak Jami & Mak Neng yang tolong masak sementara para pekebun ini sedang bekerja.. hehe..



..Operasi seterusnya ialah mencari rumput carpet dengan harga yang berpatutan. Hari Sabtu lepas, bersamaan dengan 1 Ramadhan 1430, kami ke Sg Buluh untuk mencari dan membeli rumput carpet. Kami beli 500 keping rumput. Setelah pulang dari Sungai Buluh tu, kami terus menjalankan operasi menanam rumput carpet. Tengok.. hasil gotong royong anak-anak, ayah ibu, kakjami & bibik, rumput carpet dah boleh ditanam disebahagian tanah laman.



..tugas hanan ialah membantu ayah meratakan pasir sebelum diletakkan rumput carpet.. Wahh.. canggih idea menarik kayu untuk meratakan pasir ni..


tenaga kerja pada hari pertama berpuasa... masih bertenaga, walaupun jam dah menunjukkan jam 4.30 petang. Cuaca pon tak panas.. so, laju je la buat kerja..


Inilah anak dara ibu, Huda yang sangat rajin membantu pada petang itu.. Walaupun berpuasa, tapi tetap bersemangat menyumbangkan tenaganya. TQ Huda..


..ha.. meh sini.. tengok le.. nilah dia pasangan Farhan Safwah yang pegang sikit2 je, lepas tu tinggal. sorang kaki berangan, sorang kaki PSP. Lepak kat dalam tu.. selesa je..


Sehingga jam 6 petang, hampir 3/4 tanah telah dapat ditanam.. Okeh.. now dah pukul 6ptg. Kemas.. mandi, asar. Jap lagi kita nak gi pasar ramadhan, beli le apa2 utk berbuka di rumah mak. Maklumlah, tukang masak dah tukar profession jadik tukang kebun.. penat woo..


Operasi bersambung pada keesokan harinya. Pagi Ahad tu ibu ayah pulak sambung siapkan kerja2 yang sepatutnya dikerjakan.. Seronok spend time together-gether.. keke..


Operasi pagi ni dimulakan dengan menutup longkang dengan simen & pasir, meratakan pasir dan kemudian diikuti dengan aktiviti menanam rumput.

6 comments:

  1. RESPECT!!!
    dalam keadaan berpuasa dan keletihan menahan lapar dan dahaga, bole ek, korang layan gotong royong beramai2 mencantikkan landskap... huh!!
    berat mata memandang... berat lagi nak angkat pasir and rumput karpet tu kan??
    Lepas ni, bole lah aku bawak kayu golf, main kat depan umah ni (rumput karpet beb..)

    ReplyDelete
  2. kalau nak best lagi....pasir jgn bnyk sngt....kena ada tanah merah...nak best lagi tabur baja terus sebelum tanam rumput tu...

    anyway...semua nampak okay
    don worry....rumput kapet tu..boleh gulung lepas ditanam pon...

    lagi satu nak pesan....
    rumput kapet nie kuat minum ayaq..so ayaq kena siram pagi dan petang mesti bnyk...

    dan jgn seseklai potong rumput tu lagi...bagi dia betul2 panjang dan lebat....

    dan jaga kot2 ada rumput lain nak tumpang sama...
    rumput lain tu kena dicabut setiap masa....

    itu aja..

    ReplyDelete
  3. Thanks atas nasihat dan peringatan tuu... rumah hang pon ada rumput karpet gak kee.. khairi

    Air mmg banyak.. bulan lepas bill air RM70... sbbnye siram rumput tu 3x sehari...

    pas ni lak kena kumpul duit beli mesin potong rumput lak... aduihh

    ReplyDelete
  4. aku nak tanam rumput karpet gak,tapi laman kecik je la..ingat kena tanam jarang2,,rapat2 pun ok kan..

    ReplyDelete
  5. Best lah ni..
    terima kasih informasinya

    ReplyDelete

Cakap je la ape2...