Showing posts with label haji. Show all posts
Showing posts with label haji. Show all posts

Saturday, October 15, 2011

Program "Ziarah Jalan Kaki Sekitar Masjid Nabawi"

Kehidupan ku di Madinah pada hari ketiga diteruskan dengan aturcara "Ziarah Jalan Kaki Sekitar Masjid Nabawi"..
Program ini dimulakan dengan ziarah kebun Rasulullah seperti yang di ceritakan sebelum ini, diikuti dengan kembara sejarah ke beberapa masjid bersejarah di sekitarnya seperti Masjid Awan, Masjid Saidina Abu Bakar, Masjid Saidina Umar, Masjid Saidina Ali & Masjid Jin. Terlalu banyak penceritaan yang tidak sempat Wy rakamkan. Maklumlah, tak ada pita rakaman. Semasa mutawwif menceritakan kisah sejarahnya, wy sangat khusyuk mendengar sampai terlupa nak merakamkan gambar buat kenangan.
Pelbagai kisah juga berlaku ketika di dalam program ziarah ini. Antaranya seorang pakcik jatuh pengsan akibat terlalu lama berdiri. Kesian pakcik tu, beruntunglah jemaah kami kebetulan ramai terdiri daripada kalangan doktor. Dapat juga mereka membantu ustaz ketika itu. Di saat ini, kami sangat merasakan kami seperti benar2 satu keluarga. Kami sangat ikhlas dan merendah diri di antara satu dengan lain. Semua jemaah sangat berhati mulia, apa lagi para ustaz dan ustazah kami sekelian.. Hanya Allah sahaja yang membalas keikhlasan dan kemurnian hati mereka & kami semua ketika itu.. Amin..
~ setelah selesai menziarah taman Rasulullah, kami bergerak keluar untuk meneruskan ziarah Madinah ~


~ Masjid pertama yang kami kunjungi adalah Masjid Ali bin Abi Thalib. Masjid ini berjarak sekitar 290 meter dari Masjid Nabawi. Menurut riwayat, Nabi pernah menunaikan solat hari raya di tempat ini. Menurut mutawwif kami, lokasi Masjid tersebut dahulunya adalah tempat tinggal Ali bin Abi Thalib yang menikah dengan anak kesayangan Nabi Muhammad, yaitu Fatimah az-Zahra. sumber:http://jelajahdunia.wordpress.com/2010/03/28/madinah-hari-ke-7-melihat-masjid-masjid-di-sekitar-masjid-nabawi/ ~

~ kelihatan jemaah rayhar sibuk melintas jalan yang juga sibuk dengan kenderaan ~


~ Di hadapan Masjid al-Ghamaamah (Masjid Awan).  Tempat ini juga dikenali sebagai musholla iaitu suatu kawasan lapang yang mana Rasullulah S.A.W. pernah melakukan solat Aidil Fitri, solat Aidil Adha juga solat istisqa' (solat meminta hujan) di sini.  ~


~ ustaz kata pandainya para haji & hajjah kita mencari redup.. ustaz jugak yang berpanas.. ~


~ Bersama Hajjah Hamidah (Kak Dah), kekanda kesayangan Tuan Haji Ayahanda Rayhar-Haji Harun ~


~ dah tiba pon kami ke destinasi terhakhir pada program ziarah jalan kaki ini, iaitu 'tempat melontar' favourite : Pasar Kurma ~


~ pemandangan dalam pasar kurma - kelihatan sibuk jemaah rayhar membeli-belah untuk dikirimkan ke keluarga di Tanah Air ~


~ sempitnye teksi ni, bak kata Hj Harun, jangan komplen.. senyum je.. macam abang teksi sebelah tu.. huhu.. ~
Posted by Picasa

Tuesday, June 21, 2011

40 waktu di Madinah

Ketika ini ialah tanggal 18hb Oktober 2010. Pada siang tadi kami telah melawat ke perkuburan Baqi' & makam Rasulullah, aktiviti seterusnya yang diaturkan oleh pihak Rayhar ialah ziarah Raudhah bagi jemaah wanita. Sebelum itu, kami nikmati waktu makan malam ini dengan seoptimumnya... maklumlah, lepas ni masing-masing kena balik bilik masing-masing. hehe..




Bergaya dengan jubah pertama, di hari lahir ke 38. HAPPY BIRTHDAY ABANG!! Beruntungnya dapat menyambut hari lahir di tanah suci bandar Rasulullah, iaitu di Madinah.. Semoga bertambah iman dan mendapat haji mabrur.. Amin..


Antara juadah yang menjadi hidangan untuk kami di Hotel Dallah Taiyibah. Makanannya sangat sedap. Masa ni ramai yang put on weight.. Wy pun mula menunjukkan potensi..


Tanggal 19hb Oktober 2010 ini, kami dijadualkan untuk ziarah berjalan kaki di sekitar Masjid Nabawi dan berakhir di Pasar Tamar. Para jemaah disarankan membawa beg kecil bagi memudahkan membawa pulang kurma dan jajan yang bakal dibeli nanti.










Abang pon nak jugak bergaya di khalayak jemaah KT27. Kesemua kami adalah lebih kurang 400 orang bakal haji/hajjah dan berada di dalam satu penerbangan.




Bergambar kenangan bersama Cikgu Rukiah, dari Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, yang menjadi jiran Wy ketika di dalam kapal terbang kelmarin.





Ketika berada di dalam Taman Rasulullah, iaitu satu-satunya tempat yang subur di kawasan Madinah ini. Tempat ini menjadi tempat Rasulullah dan para sahabat beriyadah disamping bertukar-tukar fikiran dan berkongsi ilmu, di samping menghuraikan tentang hukum yang ditetapkan Allah sepertimana yang telah diwahyukan kepada kekasih-Nya itu.




Masih teruja untuk bergambar di taman ini..









Kelihatan Ustadz Rosli mula membuat pengumuman untuk mengadakan sedikit tazkirah sirah Rasulullah.. ketika ini, rasanya, tiada pon jemaah yang tidak menitiskan air mata..




Mini-minit terakhir sebelum meninggalkan taman ini, Wy masih teruja bergambar dengan pokok yang berada di rumah kami.. kini berada di Madinah, bandar Rasulullah..



Terbukti, para pepohon ini semua subur, apabila tanah-tanah semua gembira menyambut kedatangan Rasulullah ke taman ini, apatah lagi apabila ia menjadi tempat tetap bagi persinggahan Rasulullah dan sahabat baginda di waktu petang..



Cuba bayagkan.. Bagaimana kita, keadaan rumah kita, apabila Rasulullah menyinggah rumah kita? Bersediakah kita menerima Rasulullah sebagai tetamu kita? Bersediakan keadaan rumah kita, dengan keadaan anak2 kita ketika itu, cara pakaian kita dan anak-anak kita? Fikir-fikirkanlah..

Saturday, May 7, 2011

Hari-hari terawal di Madinah



Alhamdulillah, kali pertama menjejakkan kaki ke Madinah adalah merupakan satu pengalaman yang sangat menggembirakan. Berada di bandar Rasulullah, rasanya macam semua tanah yang dipijak ini sangat penuh dengan hikmah, maklumlah, mungkin tanah yang ku pijak ini pernah juga dipijak Rasulullah, Masya-Allah!








Sarapan pertama di hotel setelah selesai meletakkan barang di Hotel Dallah Taibah.






Foto pertama di Masjid Nabawi, iaitu tempat terletaknya makam Rasulullah. Inilah kali pertama kakiku menjejak perkarangan masjid nabi ini.. Alhamdulillah..






Di hari kedua, selepas selesai solat, kami mula ronda-ronda di persekitaran masjid.





Tak ketinggalan juga sempat ku merakamkan suasana bilik ku... Sebab menjadi orang pertama yang memasuki bilik, Wy pilih katil paling tepi, berdekatan dengan tingkap, supaya mudah wy nak meninjau2 kdn di luar..








Di hari ketiga, kami semua berkumpul untuk memulakan program ziarah masjid & makam.










Kelihatan Ustadz Rosli memberi taklimat, bersama dengan Haji Harun (MD Rayhar Travel) dan beberapa ustadz, termasuklah Imam Muda Asyraf, yang sama penerbangan dengan ku di KT27.








Program ziarah makam, disulam dengan selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w. , harapan kami supaya kami mendapat syafaat dari Rasullullah di Mahsyar nanti, amin..










Ketika ini, semua jemaah sedang khusyuk mendengar taklimat & sirah Rasulullah yang dibawa oleh para ustadz pebimbing.. kerdilnya akhlak kita, jika nak dibandingkan dengan akhlak Rasulullah & sahabat baginda..










Berada di hadapan perkuburan Baqi' iaitu tempat yang tersemadinya jasad Siti Fatimah, Saiyidina Aisyah & Sahabat..



Tuesday, April 5, 2011

Hari Keberangkatan

Alhamdulillah, hari yang dinanti-nantikan kini hampir tiba.. Khamis,14Oktober 2010, mak & zol tiba di rumah jam 1230 pagi.. kesian zol, keje penat2, kuat kan jugak semangat dia nak bertolak awal ke rumah kakak dia sorang ni..

Alhamdulillah, wy masak nasi goreng & hidangkan air milo, buat alas perut malam2 ni. Kesian tengok mak. Dia nampak penat sangat.. Begitu juga Ain dan anak2nya.. kesian..
Tapi, Wy rasa betapa seronoknye mak & adik datang utk meraikan pemergianku ke Makkah..

Siang khamis ni wy dah mula dikunjungi sahabat handai yang mengirimkan doa dan pesanan untuk wy titipkan di tanah haram nanti. tak lupa juga yang menyumbangkan sedekah untuk musafir haji seperti ku.. di dalam hati terdetik, agaknya, selama ni, kita bagi orang, tiba turn kita nak pergi, rupanya ramai yang nak menyumbang. Alhamdulillah Allah dah janji, rezeki sedekah, setiap satunya akan dibalas dengan tujuh kali ganda rezeki yang lebih baik dari itu.

Semakin hari semakin ramai sahabat yang datang berkunjung ke rumah sebelum keberangkatan wy. Seronok. Lepas tu nasib baik mak ada, tolong sediakan air & sedikit kuih sebagai hidangan. Wy doakan semoga semua sahabat yang membekalkan wy doa & sumbangan, mendapat rahmat Allah, dan dimurahkan rezeki dengan rezeki yang halal dan berkat.. begitu juga dengan doa dariku kepada ibu ayah ku & ibu mertuaku yang tersayang.. Amin..

Kini tibalah hari Sabtu,16hb Oktober 2010, di mana hari yang di nanti kini tiba. Pada hari inilah kami dijadualkan untuk melapor diri di Kompleks Haji Kelana Jaya, jam 8 malam. Begitu juga, pada hari ini, jiran belakang rumahku juga yang akan berangkat ke Makkah sepertiku, mengadakan kenduri haji dirumahnya. Wy hanya datang ziarah sekejap je, sbb wy dah mula nak menyediakan kesemua kelengkapan terakhir sebelum keluar meninggalkan rumah jam 6 petang ni..

Tiba masuk waktu asar, wy terus bersedia untuk solat dan bersedia untuk bertolak. Sahabat dan rakan taulan sudah mula mengunjungi rumahku untuk mengiringi keberangkatanku.. Ya-Allah, kau kuatkanlah hatiku untuk terus bertawakkal menghadapi perjalanan haji ku ini dengan tenang dan tawaddu'.. Kau peliharalah anak2 & ibubapaku & kaum keluargaku ketika ku meninggalkan mereka. Kau kurniakanlah kasih sayang dan belas kasihan-Mu kepada mereka, ya-Allah. Amin..




Beg dah pun disusun rapi, siap dengan reben penanda beg yang kukira unik untuk pengecaman dari jauh.. kelihatan anak-anak dara ibu - Huda Safwah yang sentiasa nak bergaya, walaupun hanya bergaya dengan beg2 nih.. hehe..




Seperti yang diatur, Noh meminta Hanan selaku anak sulung kami untuk melaungkan azan di hadapan pintu rumah kami. Ketika ini, hanya Allah sahaja yang tahu perasaan ku. Wy tengok mak nangis, makneng nangis.. apatah lagi Farhan.. Sedihnye, ya-Alah.. Setelah tamat azan, Noh membaca surah al-Fatihah, 3 Qul & Ayat Qursi, kemudian dia minta pula Abang Mat untuk membacakan doa bagi keselamatan dan keberkatan perjalanan kami. Sebaik sahaja ku melangkah keluar, dapat kulihat betapa ramai sudah sahabat handai dan jiran tetangga menunggu kami di pagar rumah untuk mengiringi perjalanan kami. Tak sangka, sebegitu ramai sahabat dan tetangga yang sudi datang menyaksikan dan mendoakan keselamatan kami sepanjang keberadaan kami di Tanah Suci nanti. Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada mereka. Semoga Allah membalas rasa kasih mereka kepada kami dengan kasih sayang-Nya. Amin..



Dengan khusyuk, hati kami mula hiba dengan berkumandangnya bacaan azan yang dilaungkan oleh anak sulung kami, Muhamad Nur Hanan..




<Hanan Ketika melaungkan azan.. semoga Hanan menjadi anak soleh dan contoh terbaik kepada adik-adik ye, Hanan.. Amin..





Keberangkatan yang dimulakan dengan azan dan surah al-Fatihah..




Diikuti pula dengan bacaan doa oleh abang Mat..




Alhamdulillah, tiba di kelana jaya, semua urusan ku dikira mudah. perjalanan di jalanraya pun tak berapa jem. Oleh kerana setibanya kami di sana, azan terus berkumandang, kami bergilir2 untuk solat dan menjaga ruang lepak kami di khemah yang disediakan. Maklumlah orang ramai. Selesai solat jamak maghrib isya', kami mula menjamu selera. Hidangan malam ini ialah nasi ayam goreng. Mak goreng dua jam sebelum kami berangkat keluar & dimasukkan ke dalam tong nasi kedap panas.

Setelah siap makan, ada pengumuman untuk mengambil tag nama & pas haji. Tak tertahan rasa sedih yang ku tahan sejak di rumah tadi. Alangkah anakku Farhan sudah mula menangis ketika Hanan melaungkan azan, inikan pula ibunya..




Setibanya di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, azan maghrib pula tepat berkumandang.. Lepas solat.. inilah aktiviti kami, sementara menunggu panggilan pas haji..




Berkat kasih sayang seorang ibu kepada anaknya, yang sentiasa mendoakanku, dapat ku menjejak kaki ke Tanah Suci, Alhamdulillah.. terima kasih mak..





Panggilan check-in telah diumumkan.. ibu & ayah memberikan kata2 pesanan terakhir untuk hanan, farhan, huda & safwah.. tanpa ku sedar, gelagat kami ini disaksikan ahli keluarga yang lain, dengan penuh rasa hiba.. sibuk melambai anak2, tanpa ku sedar, kami kini telah masuk ke dewan taklimat..




Untuk jemaah KT27, musim haji 1431H, inilah paparan waktu solat di tanah suci makkah & madinah..





suasana penuh hiba di dalam bas.. semua orang kelihatan sugul, especialy kaum ibu..




tapi kami? ketika ini kami sengaja mengambil gambar sendiri, untuk menghibur hati.. kami redha dan bertawakkal menyerahkan segala rezeki & nasib anak2 ku yang kutinggalkan demi mengejar tuntutan Allah.., Insya-Allah..





Perjalanan dari Kelana Jaya ke KLIA yang sebanyak 10 buah bas, diiringi oleh pihak polis dengan gaya VIP.. rasa sungguh istimewa kami sebagai tetamu Allah.. semoga mudah lagi perjalanan kami ini.. ini hanya suatu permulaan.. kelihatan juga pesawat yang bakal kami naiki untuk perjalanan kami ini..






Turun dari bas untuk menaiki kapal terbang menuju ke Madinah..
Mengambil tempat duduk yang telah diperuntukkan seperti yang tertera di dalam tiket.. Wy bersebelahan dengan Hajjah Rukiah, iaitu seorang guru di Sekolah Kebangsaan Jalan Tiga, BBB, yang mengerjakan haji bersama dengan suami nya, seorang bekas pensyarah UKM.


Tepat jam 130 pagi di KLIA, kapal terbang kami mulaberlepas meninggalkan airport KLIA. Kini, seperti di dalam gambar, kami telah pun tiba di airport Madinah. Ketika tiba, jam menunjukkan waktunya adalah lebih kurang jam 500 pagi waktu Madinah.


Menaiki bas untuk menuju ke Hotel.. Juga duduk di bahagian paling belakang, seperti perjalanan dari Kelana Jaya ke KLIA tadi.. Alhamdulillah, segala urusan perjalanan ini adalah mudah dan lancar..



Friday, March 25, 2011

Bermulanya perjalanan Haji ku, 1431H.

Alhamdulillah, hari yang dinanti-nantikan kini hampir tiba.. Khamis,14Oktober 2010, mak & zol tiba di rumah jam 1230 pagi.. kesian zol, keje penat2, kuat kan jugak semangat dia nak bertolak awal ke rumah kakak dia sorang ni..

Alhamdulillah, wy masak nasi goreng & hidangkan air milo, buat alas perut malam2 ni. Kesian tengok mak. Dia nampak penat sangat.. Begitu juga Ain & anak2nya.. kesian.. Tapi, Wy rasa betapa seronoknye mak & adik datang utk meraikan pemergianku ke Mekkah..

Siang khamis ni wy dah mula dikunjungi sahabat handai yang mengirimkan doa dan pesanan untuk wy titipkan di tanah haram nanti. tak lupa juga yang menyumbangkan sedekah untuk musafir haji seperti ku.. di dalam hati terdetik, agaknya, selama ni, kita bagi orang, tiba turn kita nak pergi, rupanya ramai yang nak menyumbang. Alhamdulillah Allah dah janji, rezeki sedekah, setiap satunya akan dibalas dengan tujuh kali ganda rezeki yang lebih baik dari itu.

Semakin hari semakin ramai sahabat yang datang berkunjung ke rumah sebelum keberangkatan wy. Seronok. Lepas tu nasib baik mak ada, tolong sediakan air & sedikit kuih sebagai hidangan. Wy doakan semoga semua sahabat yang membekalkan wy doa & sumbangan, mendapat rahmat Allah, dan dimurahkan rezeki dengan rezeki yang halal dan berkat.. begitu juga dengan doa dariku kepada ibu ayah ku & ibu mertuaku yang tersayang.. Amin..

Kini tibalah hari Sabtu,16hb Oktober 2010, di mana hari yang di nanti kini tiba. Pada hari inilah kami dijadualkan untuk melapor diri di Kompleks Haji Kelana Jaya, jam 8 malam. Begitu juga, pada hari ini, jiran belakang rumahku juga yang akan berangkat ke Makkah sepertiku, mengadakan kenduri haji dirumahnya. Wy hanya datang ziarah sekejap je, sbb wy dah mula nak menyediakan kesemua kelengkapan terakhir sebelum keluar meninggalkan rumah jam 6 petang ni..

Tiba masuk waktu asar, wy terus bersedia untuk solat dan bersedia untuk bertolak. Sahabat dan rakan taulan sudah mula mengunjungi rumahku untuk mengiringi keberangkatanku.. Ya-Allah, kau kuatkanlah hatiku untuk terus bertawakkal menghadapi perjalanan haji ku ini dengan tenang dan tawaddu'.. Kau peliharalah anak2 & ibubapaku & kaum keluargaku ketika ku meninggalkan mereka. Kau kurniakanlah kasih sayang dan belas kasihan-Mu kepada mereka, ya-Allah. Amin..

Seperti yang diatur, Noh meminta Hanan selaku anak sulung kami untuk melaungkan azan di hadapan pintu rumah kami. Ketika ini, hanya Allah sahaja yang tahu perasaan ku. Wy tengok mak nangis, makneng nangis.. apatah lagi Farhan.. Sedihnye, ya-Alah.. Setelah tamat azan, Noh membaca surah al-Fatihah, 3 Qul & Ayat Qursi, kemudian dia minta pula Abang Mat untuk membacakan doa bagi keselamatan dan keberkatan perjalanan kami. Sebaik sahaja ku melangkah keluar, dapat kulihat betapa ramai sudah sahabat handai dan jiran tetangga menunggu kami di pagar rumah untuk mengiringi perjalanan kami. Tak sangka, sebegitu ramai sahabat dan tetangga yang sudi datang menyaksikan dan mendoakan keselamatan kami sepanjang keberadaan kami di Tanah Suci nanti. Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada mereka. Semoga Allah membalas rasa kasih mereka kepada kami dengan kasih sayang-Nya. Amin..

Alhamdulillah, tiba di kelana jaya, semua urusan ku dikira mudah. perjalanan di jalanraya pun tak berapa jem. Oleh kerana setibanya kami di sana, azan terus berkumandang, kami bergilir2 untuk solat dan menjaga ruang lepak kami di khemah yang disediakan. Maklumlah orang ramai. Selesai solat jamak maghrib isya', kami mula menjamu selera. Hidangan malam ini ialah nasi ayam goreng. Mak goreng dua jam sebelum kami berangkat keluar & dimasukkan ke dalam tong nasi kedap panas.

Setelah siap makan, ada pengumuman untuk mengambil tag nama & pas haji. Tak tertahan rasa sedih yang ku tahan sejak di rumah tadi. Alangkah anakku Farhan sudah mula menangis ketika Hanan melaungkan azan, inikan pula ibunya..

Waktu check-in telah tiba. Tangisan ini bagaikan tidak dapat dibendung lagi. Salam kemaafan dan pelukan dariku buat kedua ibuku dan semua adik beradik membuatkan hatiku semakin sayu. Yang paling melulurkan hati ini ialah apabila ku melihat wajah yang penuh tangisan keempat-empat anakku yang lemah itu. Maklumlah, tak pernah aku berenggang dengan anak2, walalupun sehari.

Tapi ku yakin dengan janji Allah, setiap pengorbanan ada ganjarannya. Semoga Allah pelihara dan selamatkan anak-anakku, Amin. Setelah masuk ke dalam bangunan, kami melambai untuk yang terakhir sekali sebelum mengikuti taklimat perjalanan oleh pihak Tabung Haji.

Setelah tamat sesi taklimat haji, penerangan waktu solat di Madinah dan sebagainya, iaitu lebih kurang jam 11malam, kami berlepas ke KLIA dengan menaiki 11 buah bas yang diescort penuh oleh PDRM. Terasa macam VIP pulak.. Akhirnya, tepat jam 130 waktu Malaysia, penerbangan kami mula menuju ke Madinah dengan seramai lebih kurang 400 orang jemaah RAYHAR. Laibbaikallahummalabbaik...

Thursday, January 20, 2011

Kisah Perjalanan Hajiku 1431H/2010

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya, sudi Dia menjemput kami sebagai tetamu-Nya ke Tanah Suci.

Setelah menghadiri jemputan sahabatku ke rumahnya sempena pemergiannya ke Makkah, hatiku terus berbisik, bilalah agaknya akan tiba giliranku untuk mengerjakan haji. Pengalaman saudara-mara dan sahabat-handai di sekeliling membuatkan ku takut untuk melengahkan lagi tututan agama yang ke lima itu.

Ketika mendaftar sebagai bakal jemaah haji, terkejut juga sebab giliran kami ialah pada tahun 2026. Terfikir juga, mampu ke kami dengan kesihatan kami ketika itu, dengan kos haji yang mungkin berganda mahalnya dari kos masakini, panjang lagi ke umur kami ketika 2026 tu nanti, ada duit ke kami ketika itu nanti..

Setelah dicadangkan oleh seorang sahabat, kami buat rayuan giliran haji. Nasib baik office sebelah je dengan office Tabung Haji di Jalan Tun Razak. Senang je urusan. Atas nasihat pihak TH, kami hubungi TH Putrajaya untuk mengikuti kursus haji bersiri.Wy kini mengaturkan langkah seterusnya dengan menghubungi pelbagai agensi swasta yang menguruskan pemergian jemaah haji ke Tanah Suci. Oleh kerana tertarik dengan cerita seorang sahabat yang boleh dikira sebagai kakak, ketika beliau pergi mengerjakan haji pada beberapa tahun sebelum ini, Wy buat keputusan untuk menyalurkan rayuan haji kami mengikut kuota agensi swasta Rayhar. Alhamdulillah rupa-rupanya pejabatnya juga adalah bersebelahan dengan officeku & TH. Memang dah memudahkan urusan. Syukur.. Itu juga adalah hikmahnya, aku ditempatkan di projek yang berpejabat di Jalan Tun Razak ini.

Setiap minggu, bermula bulan Februari 2010 hingga 12Jun 2010, kami ikuti kelas kursus haji bersiri. Berdebar juga hati ini bila dinasihatkan Ustadz Zamri Zainal Abidin selaku pembimbing kursus haji bersiri di Masjid Al-Furqan Presint 11, Putrajaya, supaya tawakkal dan berdoa selalu kepada Allah, agar ditawarkan sebagai jemputan-Nya. Tapi kami redha, Insya-Allah.

Di bulan Ramadhan yang lepas, ketika ku hendak menghantar salinan passport, seorang staff Rayhar telah memberitahu bahawa pihak TH baru sahaja mengesahkan bahawa namaku telah terpilih sebagai jemaah haji tahun ini. Ketika itu, perasaan ini, Allah sahaja yang tahu.. sepanjang perjalananku dari pejabat Rayhar ke TH, air mataku tak henti2 mengalir kegembiraan. Tiada ungkapan terbaik untuk menggambarkan kegembiraan hati ini. Allah mendengar hati dan rintihan ku.. Ya-Allah, syukur..

Ketika tiba di pejabat TH untuk mengambil surat tawaran, suratku tidak dapat dicetak kerana masalah teknikal. Maklumlah, Wy ialah orang pertama yang datang pejabat TH untuk mengambil surat. Sistem dijangka pulih dalamasa 30 minit. Oleh kerana kerja di office banyak, wy decided untuk balik semula ke office. Begitulah berbagai2 usaha dilakukan untuk mendapatkan juga surat tawaran haji yang dikeluarkan oleh pihak TH. Akhirnya, setelah memberika jawapan persetujuan, kami diarahkan menunggu panggilan yang menentukan pada bila-bila masa sahaja tarikh keberangkatan kami, bermula pada 1 Zulhijjah 1431H.

Sepanjang musim Syawal, hatiku berdebar2, tambahan pulak terlalu banyak aktiviti kursus intensif haji diadakan untuk para bakal haji. Tiba-tiba ku dikejutkan dengan panggilan telefon yang mengatakan tarikh keberangkatan kami ialah pada jam 130 pagi, 17hb Oktober 2010 (11 Zulkaedah 1431H). Tarikh berkumpul di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya ialah jam 8.00 malam, pada 16hb Oktober 2010. Ya-Allah.. tak sampai dua minggu untuk kami membuat persediaan. Tapi kami tetap bersyukur kerana terpilih sebagai tetamu Allah, dan kami redha, walau dalam apa keadaan sekalipun, Insya-Allah, kami akan tiba, menyahut panggilan-Mu,Ya-Allah.. Syukur, Alhamdulillah..

Sunday, July 4, 2010

Kursus Haji Bersiri, Putrajaya Presint 11

Alhamdulillah, kursus haji bersiri yang diadakan oleh Lembaga Tabung Haji Cawangan

Putrajaya kini telah tiba ke penghujungnya, pada 12hb Jun 2010 yang lepas. Ketika itu, Wy langsung tak terasa yang kelas ini telah tiba ke minggu

ke-17, iaitu kelas yang terakhir. Di kelas yang terakhir ini, ustadz telah bercadang

untuk mengadakan kelas latihan praktikal seperti perlaksanaan haji sebenar di Mekah

al-Muqaramah..

Seperti biasa, bertempat di surau Al-Furqan, Presint 11, Putrajaya, kami memulakan

latihan praktikal di dalam surau. Di tengah-tengah laman di sediakan model Kaabah, siap

dengan Hijr Ismail dengan Maqam Ibrahim. Ku rasa sungguh teruja..


Taklimat dan penerangan dengan pelbagai ilmu dan pengetahuan dicurahkan oleh Tuan Haji

Ustadz Zamri Zainal Abidin, selaku tuan guru kami sejak pada minggu pertama lagi, bagi

menerangkan perjalanan latihan praktikal kami pada kali ini.



Dengan dimulakan dengan cara pemakaian pakaian ikhram bagi muslimin. Di samping itu juga,

ustadz ada menerangkan, pada ketika bila yang bahu kita perlu dibuka.




Ha.. itu dia heroku.. huhu.. dengan pakaian ikhram.. mudah-mudahan tiba juga le rezeki

kita nanti kan.. Amin..

Kononnya ketika ini, kita telah mandi sunat ikhram, dah selesai berpakaian ikhram,

berniat ikhram & solat sunat ikhram di dalam bilik hotel. Dengan ini kita telah termaktub

di dalam 13 larangan ikhram. Ketika ini kononnya kita berada di siang hari pada 8

Zulhijjah dan kita dah nak bertolak dari hotel menuju ke Padang Arafah. Waktu bertolak

kita adalah bergantung kepada bas yang menjemput jemaah kita ni, nanti.

Untuk praktikal kali ini, kita akan berjalan kaki menuju ke Petronas Presint 11.






Wy bersama kawan - Shahrina..
membayangkan seolah-olah kami sedang dalam perjalanan ke Arafah.


..beramai-ramai menuju ke 'Arafah'..


Setibanya kita di Padang Arafah nanti, kita akan menginap di khemah-khemah yang telah

ditetapkan. Pada sebelah malamnya, disunatkan kita mengadakan solat Tahajjud dan

Qiamullail. Di sana, pada siang 9 Zulhijjah, kita akan melakukan solat sunat Dhuha dan

seberapa banyak ibadah yang mampu kita lakukan. Ustadz yang bertugas juga akan mengadakan

berbagai aktiviti bersama para jemaah mengikut kumpulan-kumpulan yang tertentu.






Menjelang waktu Zohor, akan diadakan Khutbah Arafah. Waktu ini, keadaanya adalah sama

seperti waktu solat jemaah, di mana akan di adakan 2 khutbah, diikuti dengan acara solat

jama' tamam taqdim, iaitu solat zohor 4 rakaat, dihimpunkan bersama solat asar 4 rakaat.

Selesai acara solat, acara bebas juga dibenarkan, di dalam khemah masing-masing.


Apabila tiba masuk waktu asar, suatu pengumuman akan dibuat, di mana, ketika ini, adalah

afdhal bagi jemaah untuk berada di luar khemah dan berada di bawah lembayung langit dan

di bawah terik matahari untuk mengadakan segala jenis ibadah. Segala doa di ketika ini

adalah mustajab doa, Insya-Allah.




Apabila tiba waktu maghrib, kita disarankan supaya menyegerakan solat, begitu juga jika

makanan telah dihidangkan. Setelah tiba waktu maghrib, ini bererti telah tiba malam

10Zulhijjah, iaitu kita sudah mula bergerak ke Muzdalifah untuk bermabit di Muzdalifah

separuh malam. Suatu pengumuman akan dilakukan oleh kerajaan Arab Saudi bagi

mengisytiharkan mulanya waktu separuh malam di Muzdalifah. Ketika ini, disunatkan kita

untuk tidur seketika bagi menyediakan diri kita dengan ibadah qiamullail selagi giliran

bas kita belum tiba, hingga menjelang subuh. Mengikut riwayat, Rasulullah juga beribadat

di Arafah sehingga menjelang waktu subuh sebelum menuju ke Muzdalifah.

Selepas waktu tengah malam diisytiharkan, bas untuk mengangkut jemaah akan tiba untuk

perjalanan dari Arafah ke Muzdalifah. Tiba di Muzdalifah, para jemaah akan mengutip 7

batu untuk Jumrah Aqabah pada 10Zulhijjah dan 63 batu bagi ketiga2 Jamrah untuk hari-hari

Tasyrik (11, 12 & 13 Zulhijjah). Waktu paling Afdhal bagi kita melontar ialah pada waktu

Dhuha, tapi boleh juga kita membuatnya pada waktu zohor dan asar, mengikut ketentuan

rombongan kumpulan kita.




Kiranya lapangan parkir kereta ini adalah Muzdalifah kita.. Tengah Ustadz menerangkan

tentang kutipan batu tersebut, Huda Safwah dah pon siap mengutip batu untuk ibu ayah

dia.. terima kasih, wahai anak-anak bintun ibu..



Inilah rupa batu-batu yang Huda Safwah kutipkan tadi..


Bas akan tiba pula untuk mengangkut para jemaah untuk menuju ke Mina. Di Mina, para

jemaah akan melontar di ketiga-tiga jamrah pada setiap hari Tasyrik. Untuk praktikal kali

ini, Mina kita ialah di padang permainan kanak-kanak..


Kelihatan jiranku, Cikgu Idrus dan isterinya, Kak Julia yang telah pon terpilih untuk mengerjakan haji

tahun ini, turun bersama mengikuti latihan praktikal sepertiku yang masih dalam status

rayuan ini..



Hatiku terasa sebak seketika.. seolah-olah seperti benar2 aku telah tiba di Mekah,

Arafah, Muzdalifah & Mina.. ohh... mudah-mudahan kami terpilih untuk menjadi tetamu Allah

jua di suatu hari nanti.. Amin..




Ustadz sedang memberi penerangan tentang cara melontar yang betul untuk muslimin dan

muslimat.



Ini adalah sebahagian dari video yang sempat wy rakamkan ketika praktikal melontar. Takut

jugak, sebab ada jugak makcik-makcik yang pilih batu-batu besar untuk melontar. Bila

ramai orang dah siap melontar, baru wy ke depan, mencuba.. Hasilnya, balingan pertama dan

kedua tak masuk.. kena melontar dengan lebih kuat lagi rupanya..


Setelah selesai melontar, kita pulang ke hotel (di perkarangan surau) untuk melakukan

tahalul, iaitu bercukur dan bergunting. Dengan selesainya ibadah tahalul ini, maka,

selesailah sudah Tahalul Awal kita, iaitu terlepaslah kita dari 10 larangan. Ketika ini,

jemaah muslimin sudah boleh membuka pakaian ikhram dan memakai pakaian biasa.

Bagaimanapun, kita masih lagi termaktub kepada 3 larangan lagi, seperti mana yang telah

kita pelajari di dalam kelas.


Bagi menyempurnakan ibadah haji kita ini, kita perlu lagi dua rukun, iaitu tawaf haji dan

saie haji. Untuk pengetahuan semua, sebelum mengerjakan ibadat saie haji, kita hendaklah

melaksanakan dahulu tawaf haji.





Bagi latihan praktikal ini, kami bertawaf di dalam surau, menggunakan model kaabah, siap

dengan Hijr Ismail dan Makam Ibrahim. Dengan dimulakan di Rukun Hajarul Aswad, kami

bergerak mengelilingi Kaabah sebanyak 7 kali.




Setelah tamat ibadat tawaf, kami keluar pula untuk mengerjakan ibadah saie. Bermula di

Bukit Safa yang ditandakan dengan sebuah kerusi kecil, hinggalah ke Bukit Marwah, yang

juga ditandakan dengan sebuah lagi kerusi.

..kononnya, di sinilah dia Bukit Safa..


..Ustadz Zamri memberikan taklimat ketika di Bukit Safa..


..perjalanan dari Safa ke Marwah..


..setibanya kami di 'Bukit Marwah'..


..kembali semula ke 'Bukit Safa'..
..kembali semula ke 'Bukit Marwah'..



Di pertengahan antara Bukit Safa dengan Bukit

Marwah, ada dua penanda lampu hijau, yang mana, disunatkan untuk para jemaah muslimin

untuk berlari-lari anak, bermula daripada lampu hijau pertama hinggalah berjumpa dengan

lampu hijau kedua, begitu jugalah ketika pulang semula dari Bukit Marwah ke Bukit Safa.

Ibadat Saie Haji ini hendaklah dilakukan sebanyak 7 kali bermula di Bukit Safa, dan

berakhir di Bukit Marwah. Kiraannya adalah

sAFA-MARWAH-SAFA-MARWAH-SAFA-MARWAH-SAFA-MARWAH. Setelah selesai ibadah saie ini, dengan

ini selesailah sudah kesemua 13 larangan ihram yang dikenakan kepada setiap jemaah.

Alhamdulillah.. Selesailah semua urusan haji jemaah ketika ini.





Selesai sudah latihan praktikal untuk ibadah haji, kini ustadz menunjukkan pula cara

mengambil wudu' dengan menggunakan air di dalam botol mineral dan sudah tentunya

menggunakan air dengan jumlah yang paling minimum. Cara ini adalah yang termudah dan

segera, tanpa perlu ke tempat mengambil wudu', dengan menggunakan sehelai tuala tebal dan

plastik kecil. Pendek kata, pendekatan yang diambil ketika di dalam latihan praktik ini

adalah yang terbaik dan berkesan. Terima kasih kepada Ustadz Zamri dan pihak Tabung Haji

kerana menyediakan terlalu banyak ilmu pengetahuan dan pengalaman di sepanjang 17minggu

kursus ini berlangsung. Yuran sebanyak RM70 yang dikenakan adalah jumlah yang sangat

berbaloi, dengan makanan-makanan yang disediakan sepanjang waktu rehat. Semoga usaha

pihak Tabung Haji dan Surau Al-Furqan ini diberkati Allah hendaknya.. Sekian sahaja

coretan Wy tentang kursus haji kali ini. Mudah-mudahan Wy akan mendapat panggilan untuk

menjadi Tetamu Allah bagi mengerjakan Haji pada tahun ini, Insya-Allah, Amin..