Monday, November 23, 2009

Farewell cupcake for Hanan, Teachers & Friends


Yang ni pulak wybuat pada Khamis lepas, iaitu sebaik sahaja tiba di rumah. Sebaik sahaja selepas pulang dari tuisyen anak-anak, wy terus je keluarkan semua bahan.. Masa tu jam 10.30pm.. Yelah, esok hari terakhir persekolahan anak-anak. Ibu plan nak buat cup cake ni, sebelum puasa lagi, nak tulis "Good Luck for UPSR".. tapi tak kesampaian hajat tu.. so, inilah masa yang terbaik untuk bagi anak2 makan bersama kawan2nya..

Ini adalah rupa kek selepas dikeluarkan dari oven.


Selepas disapu dengan topping. Cupcake kali ni ada 2 version, satu dlm sarung muffin biasa, satu lagi yg hard cover..


OK, dekorasi dah siap dah.. malam semakin larut.. ibu dah tak larat pikir dah.. takut pagi esok tak sempat nak masak sarapan..


Amacam? OK tak? hehe.. sori le kalo sakit mata memandang, tapi, berat lagi bahu yang memikul..


OK.. ni yang terakhir untuk Hanan bawak ke sekolah..


Dengan ucapan "SEMOGA BERJUMPA LAGI, DARIPADA HANAN"... selamat menjamu selera, anak-anakku..


Pandangan sisi.. ahaks!!

Oleh kerana Farhan still tak tahu bila majlis jamuan untuk kelasnya, ibu bawakkan jugak le untuk Farhan dan rakan-rakannya.. tak banyak.. yang penting dia dapat jamahkan kawan-kawannya cup cake yang dia suka..

Sebenarnya ada lagi beberapa biji yang ayah tolong siapkan, tapi ibu tak sempat pikir nak amek gambar, sebab masa tu dah jam 2.30 pagi.. Akhirnya, gitu gini gitu gini, sewaktu nak masuk tidur tu, jam dah menunjukkan jam 3 pagi.. cam citer P.Ramlee pulaks.. hehe..

Projek kek cawan


Asalnya nak buat muffin coklat je, untuk bekalan anak-anak ke sekolah.. tapi Huda pulak short notice ada jamuan kelas hari selasa.. terpaksa ibu gagahkan diri buat deko-deko kat muffin tu..

Ini hasil dekorasi Farhan..


Ini hasil dekorasi Huda..


Untuk Huda ke sekolah - bekas pertama.. ibu buat dekorasi ini selepas ibu menyiapkan juadah sarapan dan lauk lunch anak-anak. Masa tu jam 6.45 pagi.. tu le baru nak bancuh coklat topping nih..

Dekorasi dalam bekas ini pulak siap jam 7.25 pagi. Sepatutnya, waktu ini, anak-anak sudah berada di sekolah. Bising je ayah sebab ibu lambat.. apa taknya.. malam tadi ingatkan nak je masak meehoon untuk jamuan huda.. tiba-tiba tengok.. mee hoon tak ada stok.. sabar je la..


Inilah baki yang tinggal untuk anak-anak makan di rumah..


Sunday, November 22, 2009

Hari Anugerah Kecemerlangan SKP P16(2)

Majlis yang telah selamat diadakan pada 21hb November 2009 ini adalah merupakan acara tahunan sekolah setiap kali sebelum bermulanya cuti sekolah.


Oleh kerana ini adalah merupakan tahun terakhir Hanan di sekolah ini, seronok pulak Hanan nak bergambar dengan cikgu..


Abang Hanan bersama sebahagian dari kawan-kawannya yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.. tahniah dari ibu..

Acara dimulakan dengan qalam jamaie..


Megat - murid yang sentiasa menjadikan Farhan rasa nak bersaing.. hehe..

Ha.. dapat pon Farhan..

Ini adalah anugerah cemerlang untuk matapelajaran Matematik.

Lihatlah.. inilah kejayaan saya..

Acara kemudian berehat dengan persembahan kakak-kakak senior..

Kelas Farhan - 3Alamanda telah berjaya menjadi johan kelas terbersih tahap 1. Anugerah ini telah disampaikan oleh Puan Guru Besar kepada guru kelas, Puan Zainah.


Manakala untuk tahap 2 pula, kelas yang berjaya mendapat anugerah ini ialah kelas Abang Hanan - 6 Alamanda. Kelihatan Puan Rosidah sedang menerima anugerah tersebut dari Puan Guru Besar.


Dan juga antara anugerah bagi wakil pelajar dari Putrajaya untuk bahagian pertandingan Public Speaking 2009, dari sekolah kami.. SKP P16(2)..

Penyerahan keputusan UPSR


19hb November 2009 adalah tarikh yang amat dinanti-nantikan dan juga tarikh yang sungguh mendebarkan, kerana ianya adalah merupakan tarikh penyerahan keputusan UPSR kepada calon-calonnya di sekolah masing-masing. Di SKP P16(2), para guru telah mengaturkan beberapa agenda untuk murid-murid dan juga ibubapa.


Ketika Puan Guru Besar meneliti keputusan peperiksaan di dewan, para murid yang terlibat dengan persembahan di hari Anugerah Kecemerlangan telah mengadakan rehearsal..


The boys yang tak terlibat, duduk sambil berborak dengan perasaan yang berdebar-debar..

Ada yang bercerita dan bergurau..

Dan ada juga yang bermain rubic cube..

Kesian anak-anak ni.. Wy tengok pon sayu.. wy pon berdebar-debar dan teruja sangat ketika menunggu pengumuman oleh Puan Guru Besar.


Itu dia.. ayah Nurina, ayah ibu Hanan, ayah Muadz.. antara sebilangan kecil ibu bapa yang hadir di hari pengumuman keputusan UPSR.

Puan Guru Besar telah memulakan pengumumannya dan menambahkan debaran di hati anak-anak.. owhh.. ibu pun bergenang2 air mata ni.. suspen giler..

Di umumkan seramai 32% murid di sekolah ini mendapat 5A
24% mendapat 4A..
8.6% mendapat keputusan 3A..

Irfan Johari.. wajahnya menampakkan kegelisahan hatinya..


Ketika diumumkan 72% murid mendapat A di kedua-dua kertas BM1 dan BM2.. Cikgu Azmi sentiasa senyum..

Wajah-wajah yang berdebar-debar ketika mendengar pengumuman Puan Guru Besar..


Shafiq yang control muka suspen.. Iqram pulak belek-belek jari..


Irfan Johari.. tak lepas-lepas rubic cube ni..

Antara nama-nama awal yang dipanggil Puan Guru Besar..

Wah.. turn nama Hanan dipanggil.. suspennye..

Akhirnya.. inilah keputusannya..

.. antara wajah student dan parents selepas mendapat tahu keputusan masing-masing..

..ha.. ini dia.. akhirnya.. gembiranya ibu dengan cikgu rosidah.. Alhamdulillah, syukur..


Tuesday, November 17, 2009

Baby-baby ayah ibu




Tiba-tiba teringat nak upload gambar anak-anak semasa mereka kecil.
Dimulakan dengan Hanan bertopi kuning, mengikut pusingan arah jam:
Hanan - Disember 1997 - Sewaktu Hari Keluarga Pernec 1997
Farhan - September 2002 - 2 bulan setelah berpindah ke DPP, berjalan-jalan di Dataran Putra, Putrajaya.
Huda - September 2002 - 2 bulan setelah berpindah ke DPP, berjalan-jalan di Dataran Putra, Putrajaya.
Safwah - Ogos 2005 - ketika di rumah DPP.

Sunday, November 15, 2009

Layan video clip Michael Jackson


Petang tadi, ibu melayan anak-anak tengok video clip MJ. Tak sangka begitu cara tamatnya riwayat raja pop ini, ye.. Teringat zaman-zaman sewaktu ibu sebaya umur Hanan.. pantang ada video clip MJ yang baru, sure ibu record dalam video tape.. TV yang paling banyak memberikan sumbangan ialah tv singapore.. SBC5.. tq..

Jacko dengan aksinya yang hebat..

video clip apa nih, tadi.. lupa dah..

yang ni video clip bad..

tengok adik.. tak sudah2 lagi dia makan..

Projek cup cake ibu yang pertama

Hmm.. ibu ni dok melayan Huda, suruh ibu buat coklat cake. Farhan pulak suruh buat cup cake yang corak-corak tu, jadi, untuk melayan karenah anak2, di samping ibu pon teruja nak mencuba.. inilah hasilnya.. hehe..(*malu ler pulak*)

ini adalah hasil yang pertama..


percubaan yang kedua..

percubaan yang seterusnya..


hasilnya..