Showing posts with label Cuti-cuti. Show all posts
Showing posts with label Cuti-cuti. Show all posts

Saturday, May 21, 2011

Cameron Highland 2011

Setelah dua hari di Ipoh, kami kini menuju ke destinasi seterusnya.. ke mana, tak announce lagi kat anak2. Hanan pon dah demam, maybe balik terus, maybe jugak singgah2.. apa pun, tunggu..


jalan-jalan cari makan..

anak2 sibuk suruh ayah bgtau, what is our next destination, tapi ayah kata.. tengoklaaa.... bila huda kata nak gi cameron, ayah kata, kalo ada exit dia, kita exit. kalo takde, balik KL terus, hehe... first exit to cameron ayah lepaskan. anak2 semua menjerit sbb takut tak berpeluang. At last, bila jumpa second exit, ayah terus exit.. apa lagi.. menjerit happy la semua... hehe.. so sweet..

ok, kita dah tiba di tanah rata - singgah sebentar di bharat cafe..


hajat di hati nak masuk ladang, tapi malas lah pulak.. hanan pon cam takde mood je, maklumlah, demam... posing je la..

merasa fresh tea at tea farm cafe.. sambil duduk di cafe, ayah cuba call TM Resort, kot la ada rumah utk kami malam ni. kalo tak de, lepas ni kita kena turun le jawabnya.. ibu & anak2 semua berdoa mudah2an dapat la rumah.. berbaloi sikit letih mendaki bukit tinggi nih.. huhu..


sementara menunggu jawapan dari TM Resort, kami terus jalan2 dan cari souvenir utk kawan2 dan cousin budak2 nih.. takut tak dapat rumah nanti, tak sempat nak beli souvenir sebagai tanda kenang-kenangan..


it's picking time!! the most must activity! kalo tak dapat petik strawberry, kira tak yah le naik cameron nih.. sekarang segala persoalan anak2 dah terjawab, macam mana rupa pokok strawberi bu..? pokok dia tinggi ke rendah bu..? hmm... RM20 per pax of three person, kami masuk gilir2.. seronok ibu ayah, bila tengok anak2 happy camni kan...

tengah2 seronok petik buah, dapat pulak call dari TM Resort, saying that one client cancel their apt reservation.. wahhh... happy lagi.. alhamdulillah....!! ok kids, jom kita lunch & pastu lepak kat rumah...


hmm... look at this.. corntoz pack become bigger than normal.. remember.. this is the result of the low temperature & high pressure.. hukum fizik.. boyle law (belajar fizik la pulak.. huhu). ok, for those yg tak ingat, meh gi sini: http://en.wikipedia.org/wiki/Boyle'
s_law

hmm.... satu lagi, bila tiba waktu makan, baru ada gambar ibu.. sian ibu kan.. hmmm... ok.. lepas lunch, balik apt la.. lepaks.. best la apt ni.. tinggi, fresh & privacy. yupp... it's a privacy..





Alhamdulillah, selesai perjalanan seharian di Tanah Rata Cameron Highland.. sebelum turun, jom la kita shopping beli lagi buah strawberri & jem. buah2 kita boleh buat ice-cream... kaktus? tak yah le farhan.. tak kuasa ibu nak jaga2 pokok lagi dah. yg ada kat umah pon dah tak terlayan dah.. cukup dulu la buat masa nih.. hehe..




OK, selesai sudah. Yang nak dibeli, kita dah beli. Yang nak pergi, kita dah pergi, sekarang masa untuk turunn.... Kita dah melalui Latar Kijang.. hmmm.... tengok... budak2 ni.. tak jauh jalan lagi punn.. dah sampai Mekah dah semua.. huhu... Alhamdulillah, tamat lah sudah episod jalan2 cuti sekolah bulan March 2011. Cuti May/Jun nak gi mana? tungguuu...





Sunday, May 15, 2011

Lost World Of Tambun Day

























Saturday, May 14, 2011

Cuti Sekolah Bulan March


Sekian lama anak2 tak bercuti, sebaik sahaja pulang dari haji, ibu & ayah janji, cuti sekolah march ni ayah ibu nak bawak anak2 jalan2 ke utara. Destinasi yang dituju hanya dapat diputuskan setelah mendapat penempahan homestay di tambun.

Kita cerita dulu tentang percutian dengan anak2. Banyak lagi kisah2 nostaljia haji yang nak wy sampaikan, tapi mengenangkan anak2 yang selalu bertanya tentang gambar2 percutian mereka, wy sampaikanlah..

Perjalanan bermula sebaik sahaja hari percutian sekolah dimulakan. Hari sabtu wy shopping keperluan yang harus dibawa serta bagasi semua orang, maklumlah, nanti kalau dah tak cukup baju, dah nak kena budget beli baju pulak..


sepanjang perjalanan, anak2 semua behave nicely dalam kereta. ayah drive pun tak terganggu, ibu pon tak risau, maklumlah, awal2 lagi dah dipesan suruh bawa novel & buku, supaya setiap orang tak mengganggu orang lain.. baca buku je..




Okay, now dah tiba dah di Kuala Sepetang. Warung pilihan kali ini ialah warung Mak Jah.


Ha, ni lah wajah2 ceria ketika menunggu ketibaan makanan dan ketika menikmati juadah yg telah dipesan.. ibu & ayah - mee udang. hanan farhan - nasi goreng udang, huda safwah - kueteow udang.. tengok le kulit udangnya.. tu cuma satu pinggan je, ada beberapa pinggan lagi yg ada kulit udang yang macam nih..






oleh kerana homestay yang ditempah hanya available selepas jam 2, kami bercadang untuk melanjutkan perjalanan ke utara, ke kuala sepetang untuk menikmati mee udang. teringat tiga tahun lepas, sewaktu makan di warung mee udang mak teh.. kali ni, nak pergi lagi, tapi kali ni kami try pulak kat tempat lain - warung mak jah. hmm.. rasanya kurang sedap la, dari yang kami makan kat mak teh tiga tahun lepas..



mengikut pesan kawan2, kalau dah singgah ke kuala sepetang, cubalah jalan ke port weld, tengok pelabuhan penting suatu ketika dahulu. bila kami pergi ke sana, hmm... inilah dia.. kalau tak pergi, kita tak tahu.. at least dah nampak le gambaran pekan port weld ni, bila orang sebut2 next time..





Setelah letih separuh hari di perjalanan, menikmati makanan dan ronda2, kami pulang semula ke ipoh untuk ke homestay. Makcik tuan rumah tu pon dah call berkali2 mengatakan rumahnya dah ready untuk kami. Sebaik sahaja masuk ke rumah tersebut, ibu terus mengemaskan barang2 makanan di dapur, menyiapkan beg masing2 ke bilik masing2.. orang lelaki tengok buat apa.. ayah tak sudah2 dengan kuacinya... anak bujang ibu dengan novel masing2 & the girls.. seperti biasa.. bergaya dan bergaya.. ibu.. masih mengemas & mengambil gambar sebagai tanda kenang-kenangan..



Monday, May 10, 2010

Genting Part II



Semasa di Genting aritu, semakin petang semakin gopoh budak2 ni. Maklumlah, banyak lagi permainan yang belum dicuba.. then ayah ngan ibu decide to split into two groups. Ibu layan yg kecik tu, yang lain ikut ayah, sebab banyak permainan yang adik nak main tu, tak sesuai dengan jiwa raga abang kakak yang semakin meningkat dewasa.. dorang kata tak thrill la..


Ini adalah ketika menunggu giliran untuk naik basikal tu.. ntah apa namanya.. ibu tak ingat.








Adik naik cawan berpusing ni lagi. Pagi tadi naik dengan ibu ayah, dia pusing2kan stering tu, bila turun, ibu rasa nak muntah sebab pening. Kali ni ibu suruh adik naik sorang, ade pulak tu kakak cun yang sudi menemani adik.. Rugi Hanan takde masa nih. Awek cun yang rupa macam Norish Karman ni, sebaya dengan Hanan.. According to her, adik beradik dia ada 10. Dia yang ke-8. Adik2 dan kakak dia yang ada bersama dengan dia masa ni pon cantik2.. rupa macam ala-ala Norish Karman semuanya.. Orang Johor lak tu.. dari Larkin..



Adik, konon bergaya sangat le tu..




Naik gajah lagi, kali ni dia naik sorang jugak, ibu dah kepeningan sejak turun dari cawan berpusing tadi.. huhu..



Tinggi nyer...


Uish.. ni ape nih.. yang berbasikal tu dok kat bawah bukit ke? OOO.... adik cangkung je sebelah dia.. ni patung naik basikal ye..

Satu lagi gaya Safwah...


Masa nih sejuk sangat. Adik dah mula lapar. Hari pon dah nak mula gelap..

Sunday, April 11, 2010

Baru lepas sabtu now dah sabtu dan ahad dah..



Pagi tadi kami berbincang untuk berjogging ke mana.. Persetujuan telah diputuskan oleh semua ahli lembaga pengarah... jadiknye ridebar kena drive ke taman Tasik Cempaka, Bangi. Sampai je di sana, dah nampak orang ramai2 buat aerobik.. apa lagi.. beraerobik le kami... lepas dah habis tu, ada pulak disediakan makanan. Okey la.. Sandwich sardin, air teh & buah..

Tiba rumah, ayah mula sambung aktiviti menukangnya.. ibu pon belek2 resepi... pastu bila ibu dah mula masak dan dah berbau satu rumah, ayah pon ajak hanan buat ice blended...











sementara ibu ayah & hanan di dapur.. yg lagi tiga orang tu senyap je.. rupa2 nya ni keje dorang...



semaknya bilik, macam cybercafe pon ader...


rupanya farhan main fishville..

huda pon main fishville..


..and adik.. so cute.. pon tengah nak main fishville..

Wednesday, April 7, 2010

Aktiviti pagi sabtu


Pagi tu, sarapan dah siap, tapi bila panggil tukang makan, semua orang tak menyahut.. rupa2nya semua orang dah kat luar dah.. ni le ceritanya..




Rajin.. ini dah entah berapa kali dah, Cikgu Izan ajar ayah gunting rambut.. ayah still tak terer lagi.. hehe..

Rambut farhan le yang kena jadik mangsa.. nasib le..


Lepas sarapan, ibu pon projek le kat dapur..



Rafiq dan anak-anak ibu..



Kedatangan Gee bersama Rafiq dua minggu lepas akhirnya menjadi kenyataan untuk wy jumpa budak kecik tu. selama ni dengar nama dia dan cerita dia je..



Y & G ... bergabungg.. meletupp!!


Rafiq seronok le abang kakak ni dok melayan dia je..


kena paksa tengok kamera..


kakak safwah, kakak huda & abang farhan still melayan..

..dengan cermin mata doktor safwah.. hehe..

Saturday, March 27, 2010

Percutian di Genting Highland - Part 1

Pada musim cuti sekolah yang lepas, ayah ibu ambil cuti pada 16hb Mac 2010 untuk bawa anak-anak berjalan-jalan. Destinasi yang dicadangkan banyak. Akhirnya kami pilih untuk ke Genting Highland sebagai memenuhi impian abang Hanan...

Baru tiba.. nak naik cable car...



Dalam queue nak masuk cable car - menuju puncak..




Dalam cable car..



Dah sampai atas dah.. dah mula rasa sejuk..



Gaya anak bujang ayah..


Sekali lagi ibu..




Beratur nak beli tiket masuk.. terima kasih ayah.. hehe..



Sementara tu.. posing le anak2 dara ayah ibu nih...





Safwah dengan kegembiraannya yang tersendiri.. tak boleh join abang kakak.. ibu layan jela.. ayah layan abang kakak...





Swing paling gayat.. berani jugak Huda ye...