Showing posts with label Majlis. Show all posts
Showing posts with label Majlis. Show all posts

Saturday, January 2, 2010

Open Day DzulIman Putrajaya

Diadakan pada 12-Disember-2009 yang lalu..

Teacher Nani selaku pengetua, memberikan ucapan.. seronok dengar tazkirah tentang pendidikan teacher Nani yang menjadi idola Safwah ini..



Adik di dalam lakonan pelajar di dalam kelas..

Safwah dengan hafazan surah Yasin ayat 1-40 bersama kawan-kawannya..

Tak sudah lagi baca.. the girls still khusyuk.. the boys.. tengok le.. nama pon boys..


adik.. berdebar menunggu hadiah.. ade ke, dek..?

Owhhh... ade la.. best nye.. tahniah safwah!!

dengan hadiah yang dimenangi..

inilah kawan baik adik - najihah dengan ibunya.. jiran belakang rumah rupanya..

inilah anugerah untuk adik.. The Most Kind Khalifah.. Alhamdulillah..




Adik dengan baby teacher.. Puteri Nur Balqis..


..dan dengan abang farhan, kakak huda, eisya & haqim.. thanks for coming..!!

Aktiviti cuti sekolah - perkahwinan, pertunangan, berkhatan..


Perkahwinan adik Haie.. Shukri dengan pasangannya di Ampang..


Pertunangan anak sulung Kak Ros & Abg Hashim - Azimah..


Perkahwinan anak kepada kawan mak (Mak Jok) di quartes hospital JB..


Majlis makan-makan rumah Kak Ita & Hj Mutti sempena khatan anak bongsu mereka - Idris..

Friday, December 18, 2009

Pertandingan Azan, Pidato dan Bercerita di surau Al-Hijrah

Pada cuti Awal Muharram yang lepas, pihak surau Al-Hijrah telah mengadakan pertandingan Azan, Pidato dan Bercerita untuk anak-anak DPP. Farhan & Huda bersemangat especially menjelang 3-4 hari sebelum pertandingan.. Ayah ibu pon semangat jugak gi cari hadiah untuk pemenang..

..sebelum acara dimulakan..


..ketika di dalam pertandingan..



alhamdulillah.. anak-anak ibu menang di kesemua pertandingan yg disertai..

..bersama hadiah-hadiah yang dimenangi..

..puas hati anak-anak ayah ibu.. apa yang penting...KERJA... SAMA...!!!



Anugerah Cemerlang KAFA Miftahuddin 2009

Hari Ahad pertama pada cuti sekolah yang panjang, KAFA Integrasi Miftahuddin mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang di Dewan Orang Ramai DPP.

Acara khatam Quran beramai-ramai di awal majlis. Bila la anak-anak ibu nak duduk atas ni..

Barisan anak-anak yang menanti hadiah kecemerlangan mereka..

..dan terkecuali Farhan yang tiga tahun berturut2 sentiasa dapat anugerah.. Feqah 100%.. tapi malangnya.. namanya tidak ada di dalam senarai.. padahal awal-awal datang guru kelasnya dah pesan.. duduk sini berkumpul, sekejap lagi nak amek hadiah.. hmm... tak apa farhan, tak ada rezeki.. ayah dah gantikan dengan hadiah kan.. lagi best..

Antara guru yang sempat ibu panggil posing.. guru kelas farhan, guru kelas huda & adik ustazah..



Sunday, November 22, 2009

Hari Anugerah Kecemerlangan SKP P16(2)

Majlis yang telah selamat diadakan pada 21hb November 2009 ini adalah merupakan acara tahunan sekolah setiap kali sebelum bermulanya cuti sekolah.


Oleh kerana ini adalah merupakan tahun terakhir Hanan di sekolah ini, seronok pulak Hanan nak bergambar dengan cikgu..


Abang Hanan bersama sebahagian dari kawan-kawannya yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.. tahniah dari ibu..

Acara dimulakan dengan qalam jamaie..


Megat - murid yang sentiasa menjadikan Farhan rasa nak bersaing.. hehe..

Ha.. dapat pon Farhan..

Ini adalah anugerah cemerlang untuk matapelajaran Matematik.

Lihatlah.. inilah kejayaan saya..

Acara kemudian berehat dengan persembahan kakak-kakak senior..

Kelas Farhan - 3Alamanda telah berjaya menjadi johan kelas terbersih tahap 1. Anugerah ini telah disampaikan oleh Puan Guru Besar kepada guru kelas, Puan Zainah.


Manakala untuk tahap 2 pula, kelas yang berjaya mendapat anugerah ini ialah kelas Abang Hanan - 6 Alamanda. Kelihatan Puan Rosidah sedang menerima anugerah tersebut dari Puan Guru Besar.


Dan juga antara anugerah bagi wakil pelajar dari Putrajaya untuk bahagian pertandingan Public Speaking 2009, dari sekolah kami.. SKP P16(2)..

Friday, October 23, 2009

Diari Tanjung Puteri di Syawal 1430H


Menu sajian utama kami - Nasi minyak, ayam masak merah, daging beriyani & pencuk timun nenas.


My cousin's wife, Kak Sira dengan Mursyidah, Wy & Safwah. Sori le abang yad, wy ingatkan noh ada masukkan sekali abg yad kat dlm gambo nih... Maman & Awin.. macam ada gam je kat kerusi tu... Linda & Rina = my cousin yang vogue tu.. akhir sekali - Ilhan Ilman dengan mama & ayahnya..


geng-geng rumah 245, Keramat..



Antara kawan2 PERNEC yang hadir.. maklumlah, bila dah ramai, masa wy berborak & melayan tetamu, wy tak ingat nak amek semua gambar tetamu yang hadir.


Saturday, October 3, 2009

Kumpulan Marhaban Anak-anak Jemaah Surau Al-Hijrah

Seronok tak terkata ibu malam ni. Lepas berbuka, ibu terus menyediakan juadah untuk hidangan anak-anak seperti yang ibu sebut-sebut dari pagi tadi. Lihatlah suasana yang meriah ni.. dengan perasaan teruja yang teramat sangat, ibu sampai lupa nak amek gambar hidangan yang telah disediakan.. yang pegang kamera lak malam ni huda ngan ayah.. paham2 jelah rupa gambarnyee...

















Friday, October 2, 2009

Kemeriahan Syawal

Tak sempat Wy nak upload gambar-gambar raya kami sekeluarga, tup.. tup.. dah 13 Syawal dah hari ni. Malam tadi, sebelum tidur, ibu dah siapkan kuih raya setiap seorang anak dua bekas untuk dibawa ke sekolah sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri di sekolah pagi dan jugak petang ini. Kesemua sekolah anak-anak, baik SKP P16(2), KAFA Miftahuddin dan Tadika DzulIman mengadakannya hari ini. Setiap anak ibu dah siapkan dengan kuih raya, mangkuk, pinggan, cawan, sudu garpu untuk mereka menikmati hidangan di sekolah nanti. Ibu yang seronok sangat-sangat. hehe... Pagi-pagi ibu dah siapkan sarapan untuk anak-anak dan juga pakaian raya untuk dipakai ke sekolah pagi ni. Cantiknya anak-anak ibu. Opss tak sedar ibu dah terlewat nak ke tempat kerja. Nasib baik sebelum 8.15 ibu dah selamat tiba di PNB tadi.


Farhan selalu cam tu, tak reti nak senyum depan kamera.

Anak-anak yang dah bersiap nak ke sekolah untuk majlis sambutan hari raya..


Kemeriahan Syawal ini juga kini semakin dirasai kami sekeluarga apabila malam ni akan tiba sekumpulan anak-anak jemaah surau Al-Hijrah untuk mengalunkan selawat marhaban di rumah kami malam ni.

Wy dah siapkan pudding castard berserta dengan kuahnya malam tadi. Fruit cocktail je, Noh kena beli petang nanti. Harap-harap dia tak lupa.. Hidangan yang disediakan tak berat, goreng-goreng aje. Walau apapun, kita tunggu masanya malam nanti. Tak sabar rasanya nak merakam aksi anak-anak ni datang berselawat dan bernasyid di kediaman kami ni nanti.. Tungguu....