Showing posts with label Pokok. Show all posts
Showing posts with label Pokok. Show all posts

Saturday, October 24, 2009

Memakmurkan bumi Allah

Berlalulah sudah Ramadhan, sebulan berpuasa.. lagu Anuar & Ellina yang Wy set kat handphone as message tone, dah pon ditukar ke tone lain.. Hmmm... dengan itu, habis sudah cerita raya..
Kini, Zulkaedah menjelma, musim haji juga telah bermula.. Selamat Mengerjakan Panggilan Allah di bumi Mekah al-Muqaramah..
Bagi kami, kehidupan ini bermula seperti biasa.. Setelah hampir setahun meninggalkan dunia kebun, gara2 meneman Hanan menghadapi UPSR, Wy kembali semula ke arena bumi hijau seperti yang disarankan oleh kerajaan hari ini. Seronok mengerjakan pokok-pokok ni.. especially bila dah dapat hasilnya.. buah, bunga, keindahan, macam-macam lah..
Sabtu pagi, perkara pertama yang Wy nak buat ialah mencantas pokok pelam.. layannn...


Tengah dok bersih-bersihkan dahan-dahan pokok tu, al-kisahnya, ada pulak sarang burung kat situ. Bagaimanapun, kami telah meletakkan balik sarang burung itu di atas pokok pelam kami.. kesian nanti mak burung cari anak dia..


Sunday, September 20, 2009

Hasil buah di taman dan kebun ayah


Cakonan, Water Lilly, Exotica Papaya, Sukun & Dragon Fruit yang diperolehi dari persekitaran pokok yang ditanam sendiri.. Alhamdulillah.. puas hati sangat..


Sajian berbuka puasa... all home made..


Seronoknya bila berbakti kepada tanah. Inilah hasilnya..

Sukun goreng yang diperolehi dari buah sukun yang ditanam di tepi sungai, depan rumah.


Kerabu mangga yang dibuat dari mangga cakonan yang masih muda yang dipetik di tepi rumah. Disediakan oleh Abg Noh dengan menggunakan sotong kering yang dibelikan Zol tempohari. Tak sangka suamiku dah pandai ke dapur dah..


Rojak buah daripada mangga muda dan kedondong yang di tanam di kebun depan rumah tu.. Makan dengan kuah rojak Rodziah.. perhh, tak bangun-bangun..

Petang tu kami berbuka puasa dengan nasi ayam yang ibu masak, berserta dengan buah-buahan yang diperolehi dari pokok yang ditanam sendiri. Lain feelnya tu...

Sunday, August 30, 2009

Orchid Lagi..



Cerita tentang berkebun masih tak habis lagi.. Semasa ke Sungai Buluh untuk mencari rumput carpet, Wy sempat jugak membeli lagi dua pokok orkid. Nama apa, Wy tak tahu. Kena tanya sifu Laili le..


Orkid ni, sebatang dia menghasilkan 3 cabang bunga. Kalau jaga sendiri kat rumah, kalau yang sebatang tu menghasilkan setangkai bunga je, pon dah cukup baik dah.. 1 cabang tu, entah berapa kuntum - mau 15 kuntum ade gaknye..



Yang ini, pon jenis apa, ana la arif.. Dia punya ganas, sebatang boleh menghasilkan 5 cabang. Heran jugak, tapi nyonya yg kat kedai tu kata, ini orkid mau tahi ayam jugak maa.. u kasi tarok sikit.. wahh.. can try maahh..


Masuk sikit lagi pasal rumput.. ayah sampai ke malam dok mengerjakan rumputnya tu..

Ha, ni le, dia tadi.. ada 5 cabang, setiap satu cabang ntah berapa kuntum pulak le.. seronok tengok..


Ini pon antara pasu-pasu baru yang bakal di letakkan sebagai salah satu deco lanscape ayah.. hehe.. bila siap, ntah, tak tahu.. tapi bila siap, sure ibu upload lagi ke blog kita ni nanti..

Wednesday, August 26, 2009

Operasi menambak pasir dan menanam rumput carpet

Setelah selesai operasi pertama - memindah keluar pokok-pokok dan mencangkul keluar rumput mutiara, kini kita tiba ke operasi fasa kedua pulak..

Setelah kesemua rumput mutiara dibuang, inilah hasilnya.. gondol je..



Operasi menambak pasir dimulakan.. ayah ambil cuti sehari..
setelah separuh hari, hanya separuh tanah sahaja yang dapat ditambak pasirnya.



..pandangan penuh laman yang perlu ditambak pasir & ditanam dengan rumput carpet..



..dengan bantuan Kak Jami, banyak betul kerja yang boleh dibereskan.. TQ Kak Jami & Mak Neng yang tolong masak sementara para pekebun ini sedang bekerja.. hehe..



..Operasi seterusnya ialah mencari rumput carpet dengan harga yang berpatutan. Hari Sabtu lepas, bersamaan dengan 1 Ramadhan 1430, kami ke Sg Buluh untuk mencari dan membeli rumput carpet. Kami beli 500 keping rumput. Setelah pulang dari Sungai Buluh tu, kami terus menjalankan operasi menanam rumput carpet. Tengok.. hasil gotong royong anak-anak, ayah ibu, kakjami & bibik, rumput carpet dah boleh ditanam disebahagian tanah laman.



..tugas hanan ialah membantu ayah meratakan pasir sebelum diletakkan rumput carpet.. Wahh.. canggih idea menarik kayu untuk meratakan pasir ni..


tenaga kerja pada hari pertama berpuasa... masih bertenaga, walaupun jam dah menunjukkan jam 4.30 petang. Cuaca pon tak panas.. so, laju je la buat kerja..


Inilah anak dara ibu, Huda yang sangat rajin membantu pada petang itu.. Walaupun berpuasa, tapi tetap bersemangat menyumbangkan tenaganya. TQ Huda..


..ha.. meh sini.. tengok le.. nilah dia pasangan Farhan Safwah yang pegang sikit2 je, lepas tu tinggal. sorang kaki berangan, sorang kaki PSP. Lepak kat dalam tu.. selesa je..


Sehingga jam 6 petang, hampir 3/4 tanah telah dapat ditanam.. Okeh.. now dah pukul 6ptg. Kemas.. mandi, asar. Jap lagi kita nak gi pasar ramadhan, beli le apa2 utk berbuka di rumah mak. Maklumlah, tukang masak dah tukar profession jadik tukang kebun.. penat woo..


Operasi bersambung pada keesokan harinya. Pagi Ahad tu ibu ayah pulak sambung siapkan kerja2 yang sepatutnya dikerjakan.. Seronok spend time together-gether.. keke..


Operasi pagi ni dimulakan dengan menutup longkang dengan simen & pasir, meratakan pasir dan kemudian diikuti dengan aktiviti menanam rumput.

Tuesday, August 25, 2009

Operasi Mengemas Laman

Seminggu sebelum puasa, ayah buat last minute decision. Stop dulu operasi pergola, tukar landscape. Kena susun semula pokok2 yang semakin banyak, dan tukar rumput dari rumput mutiara ke rumput carpet.

Operasi dimulakan dengan pembersihan tanah seperti mengutip batu-batu kecil yang diamanahkan kepada huda & farhan.



..mengangkat anak-anak pokok yang baru disemai.. kerja yang sangat sesuai untuk adik yang kecik tu.. dan juga menebang pokok buah mata kucing seperti yang dikerjakan oleh ayah. Semasa ibu menebang pokok pulasan, tak ada orang yang nak amek gambar.. sian ibu.. selalu macam tu..



..mengangkat pokok-pokok besar keluar pagar..



..mencangkul rumput mutiara seperti yang dilakukan oleh Hanan..



..untuk pengetahuan, mencangkul dan membuang rumput mutiara ini adalah antara suatu operasi yang amat meletihkan..



..hasil sepetang bersama ayah dan anak2..

Sunday, August 16, 2009

Orkid


Antara orkid baru yang sedang berbunga di rumah. Orkid ni Wy beli semasa di pameran MIHAS 2007. Orkid ini dinamakan Orkid Rosmah.

Masa mula-mula dulu, sekali berbunga, orkid ni ada 5-6 kuntum. Kali ni dia cuma ada dua kuntum je..

Yang ni, kawan kak Jami bagi. Letak kat opis tak berbunga-bunga, jadi, dia bagi kat Kak Jami. Tiba kat rumah kami.. nak pulak dia berbunga.. Alhamdulillah.. serasi le tu..

Ni semasa Floria Putrajaya 2009 tempohari. Bila ibu beritahu yang orkid ini dinamakan sempena dengan nama Permaisuri Sultan Johor, Huda sibuk nak bergambar..

Dah kakak bergambar, adik nak jugak..

Okay, sempena dengan Floria 2009 ni, ayah memberikan peluang kepada anak-anak untuk memilih orkid mana yang menjadi pilihan mereka. Untuk menyemai minat terhadap pokok, ayah menyarankan supaya setiap orang hendaklah menjaga sendiri. Anak-anak juga boleh berlumba, orkid siapa yang berbunga dulu.

Orkid ini adalah pilihan Farhan.

Huda memilih orkid ini. Entah apa namanya, ibu tak pasti.. nanti kita tanya Laili..

Ini adalah orkid pilihan adik.

Oleh kerana Hanan tidak dapat bersama kerana menghadiri kursus di Surau Al-Hijrah, ibu memilih anak pokok bagi orkid ini untuknya. Orkid yang menjadi pilihan ibu, lupa pulak ibu nak ambil gambarnya..


Lawatan Ibu ke Kebun


Minggu lepas, ibu dok risau tengok halaman rumah yang penuh semak dengan pelbagai jenis pokok.. Bila ayah dah mula berkata nak tukar landscape, ibu mula lah cari idea..


Mula-mula kita tengok dulu pokok pulasan tu..


Nampak je macam jarang-jarang dahannya, tapi, di setiap hujungnya ada je buah..

Ha.. tu salah satu hujung dahannya..

Buahnya? Tu le, sebesar ibu jari Hanan je.. hehe.. Mudah le nak decide, apa nak dibuat dengan pokok ni.. tengok je la nanti..

Ini pokok cili padi benih yang Pak Ngah bagi. Sayangnya pokok ni.. subur.. cilinya bergentel..


Pokok limau purut pon dah berbuah..

Buah limau kasturi yang bagi paling banyak hasil.. jus kalamansi tu, puas dah minum kerana baktinya..

Ini pokok kacang panjang, benih jepun. Pak Ngah jugak bagi benihnya. Ianya renek je.. tak menjalar seperti pokok kacang panjang biasa.. Pon dah bagi banyak hasil dah..

Ha.. ini pemberian Pak Aid & Mak Enon.. Amek batangnya since raya lepas. Barule nampak hasilnya.. kira ok le.. puas hati tengok..

Satu lagi buah yang terhasil..


Buah kedondong yang jugak bagi banyak hasil..


Manggis pon rancak memucuk semula setelah lama bermuram durja.. hehe..

Hmm.. ini adalah seri yang sentiasa menyambut tetamu dengan cerianya..

Thursday, August 6, 2009

Floria Putrajaya 2009


Di waktu-waktu yang penuh dengan wabak ni pon, orang ramai masih lagi nak berjalan-jalan menikmati pelbagai pesta keramaian, termasuk le kitorang ni.. Kami pergi minggu lepas, pada hari kedua. Masa tiba tu, Datin Seri Rosmah Mansor sedang merasmikan acara ini, ditemani Tan Sri Samsudin, Pengerusi Perbadanan Putrajaya.