Sempena cuti maulidurrasul ni, wy rasa nak masak macam2.. yelah.. dah beberapa minggu ni, tak sudah2 dengan busy dek berbagai-bagai hal.. hari-hari bekerja pulak, jangan cerita.. dapat tiba rumah sebelum maghrib pon dah cukup bagus sangat dah.. huhu..
Untuk hari ini, inilah menu-menu wy di hari Jumaat al-Barokah ni..
Menu pagi:
Jemput-jemput susu, mee hoon goreng, kopi & teh-O.
Menu tengahari:
Cendawan goreng tepung, asam pedas ikan parang, kobis masak lemak, air kelapa muda, air suam.
Menu petang:
Bubur pulut hitam, pau kelapa, air suam.
Menu malam:
Mee goreng & Nescafe ice.
Jom makan..

Cendawan Goreng Tepung Tanjung Puteri

Asam Pedas Ikan Parang Tanjung Puteri

Pau Kelapa Tanjung Puteri

Bubur Pulut Hitam Berseri Tanjung Puteri

Mee Goreng Special Tanjung Puteri
Nak tengok muka orang-orang yang makan ni? meh sini.. sekejap je licin..

Huh.. letih dah masak hari ni.. bagaimanapun, menu pagi esok telah pon ada permintaan..
Menu pagi sabtu esok:
Mee sup & milo.
(*sori, tak sempat nak amek gambar*)