Showing posts with label Masak. Show all posts
Showing posts with label Masak. Show all posts

Sunday, April 11, 2010

Baru lepas sabtu now dah sabtu dan ahad dah..



Pagi tadi kami berbincang untuk berjogging ke mana.. Persetujuan telah diputuskan oleh semua ahli lembaga pengarah... jadiknye ridebar kena drive ke taman Tasik Cempaka, Bangi. Sampai je di sana, dah nampak orang ramai2 buat aerobik.. apa lagi.. beraerobik le kami... lepas dah habis tu, ada pulak disediakan makanan. Okey la.. Sandwich sardin, air teh & buah..

Tiba rumah, ayah mula sambung aktiviti menukangnya.. ibu pon belek2 resepi... pastu bila ibu dah mula masak dan dah berbau satu rumah, ayah pon ajak hanan buat ice blended...











sementara ibu ayah & hanan di dapur.. yg lagi tiga orang tu senyap je.. rupa2 nya ni keje dorang...



semaknya bilik, macam cybercafe pon ader...


rupanya farhan main fishville..

huda pon main fishville..


..and adik.. so cute.. pon tengah nak main fishville..

Wednesday, April 7, 2010

Aktiviti pagi sabtu


Pagi tu, sarapan dah siap, tapi bila panggil tukang makan, semua orang tak menyahut.. rupa2nya semua orang dah kat luar dah.. ni le ceritanya..




Rajin.. ini dah entah berapa kali dah, Cikgu Izan ajar ayah gunting rambut.. ayah still tak terer lagi.. hehe..

Rambut farhan le yang kena jadik mangsa.. nasib le..


Lepas sarapan, ibu pon projek le kat dapur..



Friday, February 26, 2010

Salam Maulidur Rasul

Sempena cuti maulidurrasul ni, wy rasa nak masak macam2.. yelah.. dah beberapa minggu ni, tak sudah2 dengan busy dek berbagai-bagai hal.. hari-hari bekerja pulak, jangan cerita.. dapat tiba rumah sebelum maghrib pon dah cukup bagus sangat dah.. huhu..

Untuk hari ini, inilah menu-menu wy di hari Jumaat al-Barokah ni..

Menu pagi:
Jemput-jemput susu, mee hoon goreng, kopi & teh-O.

Menu tengahari:
Cendawan goreng tepung, asam pedas ikan parang, kobis masak lemak, air kelapa muda, air suam.

Menu petang:
Bubur pulut hitam, pau kelapa, air suam.

Menu malam:
Mee goreng & Nescafe ice.

Jom makan..

Cendawan Goreng Tepung Tanjung Puteri


Asam Pedas Ikan Parang Tanjung Puteri


Pau Kelapa Tanjung Puteri


Bubur Pulut Hitam Berseri Tanjung Puteri


Mee Goreng Special Tanjung Puteri

Nak tengok muka orang-orang yang makan ni? meh sini.. sekejap je licin..




Huh.. letih dah masak hari ni.. bagaimanapun, menu pagi esok telah pon ada permintaan..

Menu pagi sabtu esok:
Mee sup & milo.

(*sori, tak sempat nak amek gambar*)

Sunday, February 21, 2010

Aktiviti weekend..

Pagi.. bawak anak-anak ke tempat biasa setiap Ahad..

Selalunya, bila pagi ahad, kami berjogging di sekitar UPM. lepas tu pekena nasi lemak kat Maulana. Oleh kerana harini ibu nak gi keje, so semua orang tak yah jogging. pergi makan je..

hmm... buhsan jugak.. hari2 kerja dah memang tak menang tangan, hari cuti pon nak kena keje.. letih lagi nak drive jauh2..

tapi.. apa2 hal pon, terima kasih le kat hanan sebab sudi menemani ibu ke office pagi tadi..

tu adik.. keje nak posing je... tapi, bila dah dapat makanan, masing2 dah tak ingat nak berposing.. hehe..



ni puding custard yg adik suruh ibu buat tu.. lepas ni ibu nak buat kek marble utk huda pulak.. tunggu ye, huda..


adik yg tolong ibu. kakak dah tido.. sian kakak kan.. tak pe.. esok turn dia pulak yek.. kek marbellous... wollahh..!


lepas buat puding, siapkan kuah pulak..

sementara nak mulakan buat puding, ibu dah siap2 rebus ketupat mini..



sempitnya puding2 tu.. bersesak2 dia kat dalam fridge.. kalaulah puding2 tu boleh bercakap..


yang ini favourite hanan. kalo buat puding, kena ada ni.. kalo tak.. tak lengkap..

ok, jemput makan semua.. yang ni adik punya.. adik tak suka mix fruit..

yummy yummy..!!

Tuesday, February 16, 2010

Donut lagi



Oleh kerana harini ayah tak benarkan anak2 mengecat, ibu bawak anak2 balik ke rumah & apa lagi.. atas permintaan anak2, ibu mendonat la kat rumah..


sebelum disira..


selepas disira..


selepas dimakan sedikit.. hehe..


atas permintaan adik.. yang kecik.. wy selet je dengan coklat..


ok.. got to go now.. wy nak masak nasi ayam pulak.. ada permintaan lagi harini.. dorang ni lepas mengecat ni, nak makan nasi ayam pulak. dah lewat sangat dah ni.. huhu.. jumpa lagi..

Proses Mengecat Rumah

Cuti kali ini lama adalah antara yang paling lama. Selalunya cuti 4 hari, kami balik ke JB. Oleh kerana baru je balik cuti hari wilayah yang lepas, kami decide nak tolong kakjami mengecat rumah barunya. Kesian.. kalau bukan kami yang tolong, siapa lagi..

nasib baik Kak Sal dah wakilkan Ncam... keke.. bersungguh2 dia.. Kak Jami pon semangat mengecat rumah dia. Akhirnya, dapat jugak dia merealisasikan impian dia. Ilham rumah ini kebanyakannya dari idea Kak Jami sendiri, di samping dengan saranan dan bantuan adik lelaki kesayangannya itu..


pengarah filem bersama krew-krewnya..hehe..


hehe.. sempat juga puan pengarah kita ni menoleh tengok wy mencuri ambil gambarnya.. senyum mak.. jangan kerut je dahi tu..


waahh.. mokde.. semangat.. hari ni hanan takyah tolong, kata ayah.. semalam dah penuh satu badan dengan cat.. ibu je tak bawak kamera semalam..



woo.. dapat jugak dorang cilok2 tolong sikit ye.. wahh satu pasukan warna merah tu, cam berjanji jer..

wokeh.. best lah kak sal.. makanan tengahari dah tiba.. jom makan pulak..


yang tukang buat kerja baru nak duduk, hanan dah balun dah lauk sambal sardin.. hehe..

jemput makan..




Tuesday, February 9, 2010

Menu Istimewa Sarapan Pagi


Pada weekend yang lepas, Wy beriya-iya nak buat sarapan roti canai, setelah mendapat ilmu dari kawan sepejabat yang pernah bekerja sebagai pembantu chef. Bila kita dah dapat ilmu baru tu, berkobar2 rasanya nak mencuba. Selagi tak buat, selagi tu le tak senang.. hehe..


Berjaya jugak akhirnya.. semasa makan roti telur ni (masa kat JB dulu, masa kecik2, wy sebut prata telur), teringat kat mak. Sayunyer rasa.. plan nak buat masa balik JB aritu, tapi mak pulak kerja..


semua orang suka masa ni..

Minggu sebelum tu buat sarapan puff.. sekali dengan bekalan utk anak2 ke sekolah..


puff coklat kacang


puff sardin..

Dan weekend sebelum balik JB - wy buat keria dan dadih kelapa muda..

keria.. yang menggiurkan.. uishh.. kecor lakk..


dan dadih kelapa muda.. untung kalo buat jual ni..


Wednesday, December 2, 2009

Laksa Johor


Cuti sekolah yang lepas, wy ngan tokmak plan nak buat laksa johor. bila tiba masa yang sesuai, kami pun mulakan operasi.. uishh... seddapp tak terhingga.. makan sampai puas... tq yek, tok mak..


spagheti & kuah laksa..

ulam-ulaman - taugeh, timun, limau kasturi, bawang, bunga kantan, lobak manis, daun kesum, daun selasih..

dah letak semua ulam-ulaman, akhir sekali letakkan sedikit sambal belacan.. fuhh... jemput makan semua..


Monday, November 23, 2009

Farewell cupcake for Hanan, Teachers & Friends


Yang ni pulak wybuat pada Khamis lepas, iaitu sebaik sahaja tiba di rumah. Sebaik sahaja selepas pulang dari tuisyen anak-anak, wy terus je keluarkan semua bahan.. Masa tu jam 10.30pm.. Yelah, esok hari terakhir persekolahan anak-anak. Ibu plan nak buat cup cake ni, sebelum puasa lagi, nak tulis "Good Luck for UPSR".. tapi tak kesampaian hajat tu.. so, inilah masa yang terbaik untuk bagi anak2 makan bersama kawan2nya..

Ini adalah rupa kek selepas dikeluarkan dari oven.


Selepas disapu dengan topping. Cupcake kali ni ada 2 version, satu dlm sarung muffin biasa, satu lagi yg hard cover..


OK, dekorasi dah siap dah.. malam semakin larut.. ibu dah tak larat pikir dah.. takut pagi esok tak sempat nak masak sarapan..


Amacam? OK tak? hehe.. sori le kalo sakit mata memandang, tapi, berat lagi bahu yang memikul..


OK.. ni yang terakhir untuk Hanan bawak ke sekolah..


Dengan ucapan "SEMOGA BERJUMPA LAGI, DARIPADA HANAN"... selamat menjamu selera, anak-anakku..


Pandangan sisi.. ahaks!!

Oleh kerana Farhan still tak tahu bila majlis jamuan untuk kelasnya, ibu bawakkan jugak le untuk Farhan dan rakan-rakannya.. tak banyak.. yang penting dia dapat jamahkan kawan-kawannya cup cake yang dia suka..

Sebenarnya ada lagi beberapa biji yang ayah tolong siapkan, tapi ibu tak sempat pikir nak amek gambar, sebab masa tu dah jam 2.30 pagi.. Akhirnya, gitu gini gitu gini, sewaktu nak masuk tidur tu, jam dah menunjukkan jam 3 pagi.. cam citer P.Ramlee pulaks.. hehe..