Sunday, August 16, 2009

Lawatan Ibu ke Kebun


Minggu lepas, ibu dok risau tengok halaman rumah yang penuh semak dengan pelbagai jenis pokok.. Bila ayah dah mula berkata nak tukar landscape, ibu mula lah cari idea..


Mula-mula kita tengok dulu pokok pulasan tu..


Nampak je macam jarang-jarang dahannya, tapi, di setiap hujungnya ada je buah..

Ha.. tu salah satu hujung dahannya..

Buahnya? Tu le, sebesar ibu jari Hanan je.. hehe.. Mudah le nak decide, apa nak dibuat dengan pokok ni.. tengok je la nanti..

Ini pokok cili padi benih yang Pak Ngah bagi. Sayangnya pokok ni.. subur.. cilinya bergentel..


Pokok limau purut pon dah berbuah..

Buah limau kasturi yang bagi paling banyak hasil.. jus kalamansi tu, puas dah minum kerana baktinya..

Ini pokok kacang panjang, benih jepun. Pak Ngah jugak bagi benihnya. Ianya renek je.. tak menjalar seperti pokok kacang panjang biasa.. Pon dah bagi banyak hasil dah..

Ha.. ini pemberian Pak Aid & Mak Enon.. Amek batangnya since raya lepas. Barule nampak hasilnya.. kira ok le.. puas hati tengok..

Satu lagi buah yang terhasil..


Buah kedondong yang jugak bagi banyak hasil..


Manggis pon rancak memucuk semula setelah lama bermuram durja.. hehe..

Hmm.. ini adalah seri yang sentiasa menyambut tetamu dengan cerianya..

3 comments:

  1. kalau tempat banyak binatang, kita panggil ZOO....
    tapi kalau tempat banyak pokok dan buah2 an, kita panggil apa yek???
    kebun?? dusun?? taman botani?? hutan simpan?? hutan bandar??? arghh...

    ReplyDelete
  2. owh.. jom kita namakan dusun abuhanan.. hehe.. kalo sempat nanti nak upload le gambar pokok sukun.. jangan ade orang tu salah pokok lagi le, ye..

    ReplyDelete
  3. Sapa yg tak penah tengok buah naga masa baru berputik sila tenok gambar atas tuu... suatu pengalaman baru kann...

    ReplyDelete

Cakap je la ape2...