Showing posts with label Pergola. Show all posts
Showing posts with label Pergola. Show all posts

Wednesday, August 26, 2009

Operasi menambak pasir dan menanam rumput carpet

Setelah selesai operasi pertama - memindah keluar pokok-pokok dan mencangkul keluar rumput mutiara, kini kita tiba ke operasi fasa kedua pulak..

Setelah kesemua rumput mutiara dibuang, inilah hasilnya.. gondol je..



Operasi menambak pasir dimulakan.. ayah ambil cuti sehari..
setelah separuh hari, hanya separuh tanah sahaja yang dapat ditambak pasirnya.



..pandangan penuh laman yang perlu ditambak pasir & ditanam dengan rumput carpet..



..dengan bantuan Kak Jami, banyak betul kerja yang boleh dibereskan.. TQ Kak Jami & Mak Neng yang tolong masak sementara para pekebun ini sedang bekerja.. hehe..



..Operasi seterusnya ialah mencari rumput carpet dengan harga yang berpatutan. Hari Sabtu lepas, bersamaan dengan 1 Ramadhan 1430, kami ke Sg Buluh untuk mencari dan membeli rumput carpet. Kami beli 500 keping rumput. Setelah pulang dari Sungai Buluh tu, kami terus menjalankan operasi menanam rumput carpet. Tengok.. hasil gotong royong anak-anak, ayah ibu, kakjami & bibik, rumput carpet dah boleh ditanam disebahagian tanah laman.



..tugas hanan ialah membantu ayah meratakan pasir sebelum diletakkan rumput carpet.. Wahh.. canggih idea menarik kayu untuk meratakan pasir ni..


tenaga kerja pada hari pertama berpuasa... masih bertenaga, walaupun jam dah menunjukkan jam 4.30 petang. Cuaca pon tak panas.. so, laju je la buat kerja..


Inilah anak dara ibu, Huda yang sangat rajin membantu pada petang itu.. Walaupun berpuasa, tapi tetap bersemangat menyumbangkan tenaganya. TQ Huda..


..ha.. meh sini.. tengok le.. nilah dia pasangan Farhan Safwah yang pegang sikit2 je, lepas tu tinggal. sorang kaki berangan, sorang kaki PSP. Lepak kat dalam tu.. selesa je..


Sehingga jam 6 petang, hampir 3/4 tanah telah dapat ditanam.. Okeh.. now dah pukul 6ptg. Kemas.. mandi, asar. Jap lagi kita nak gi pasar ramadhan, beli le apa2 utk berbuka di rumah mak. Maklumlah, tukang masak dah tukar profession jadik tukang kebun.. penat woo..


Operasi bersambung pada keesokan harinya. Pagi Ahad tu ibu ayah pulak sambung siapkan kerja2 yang sepatutnya dikerjakan.. Seronok spend time together-gether.. keke..


Operasi pagi ni dimulakan dengan menutup longkang dengan simen & pasir, meratakan pasir dan kemudian diikuti dengan aktiviti menanam rumput.

Tuesday, August 25, 2009

Operasi Mengemas Laman

Seminggu sebelum puasa, ayah buat last minute decision. Stop dulu operasi pergola, tukar landscape. Kena susun semula pokok2 yang semakin banyak, dan tukar rumput dari rumput mutiara ke rumput carpet.

Operasi dimulakan dengan pembersihan tanah seperti mengutip batu-batu kecil yang diamanahkan kepada huda & farhan.



..mengangkat anak-anak pokok yang baru disemai.. kerja yang sangat sesuai untuk adik yang kecik tu.. dan juga menebang pokok buah mata kucing seperti yang dikerjakan oleh ayah. Semasa ibu menebang pokok pulasan, tak ada orang yang nak amek gambar.. sian ibu.. selalu macam tu..



..mengangkat pokok-pokok besar keluar pagar..



..mencangkul rumput mutiara seperti yang dilakukan oleh Hanan..



..untuk pengetahuan, mencangkul dan membuang rumput mutiara ini adalah antara suatu operasi yang amat meletihkan..



..hasil sepetang bersama ayah dan anak2..

Sunday, May 31, 2009

Sambungan Projek Pergola

Akhirnya pergola ini siap jam 11.30 pagi tadi.. Terima kasih kepada semua tenaga kerja samada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di atas pembikinan pergola ini.. keh keh keh..

pemandangan sebelum..


hehe.. tengok.. tekun betul tukang kayu memotong kayu-kayunya..


inilah barisan kayu-kayu yang telah divarnis, menunggu giliran untuk disusun di tempat masing2..

gaya tukang kayu berijazah.. chewahh..


err... tali kapal tu nak gantung kat mana yek..

gaya anak-anak dara ayah..


ke mana lagi tumpahnya kuah kalo tak ke nasi, ye tak..?


mandor.. bagi arahan.. baik puan.. kekeke.. 2....3....up!!!


uisshhh.. berat giller kayu ni beb..

ha.. gaya tukang kayu.. menurut bakat pak mail ke anak jantannya yang sorang ni, yek.. untung makneng & pakmail..


..dua orang tulang besi urat dawai..

alhamdulillah.. kayu dah pandai berdiri dengan sendirinya..


menjelang senja petang sabtu.. inilah hasilnya.. akan disambung lagi esok pagi, sebab malam ni ada majlis BBQ, sempena menyambut ulangtahun perkahwinan kami yang ke-13 harini.. bersekali dengan birthday ahli-ahli yang menyambut bday on may & mak neng on 2nd June ni.. ihik.. ihik..


akhirnya.. pada ahad, 31 may, jam 11.30 pagi, kesemua 17 batang kayu telah berjaya ditempatkan ditempat masing-masing.. inilah hasilnya..

..kita bertemu lagi ye, sbenarnya ada sebatang kayu tak cukup.. salah kira daa... esok, lepas datang sebatang lagi kayu, then dah pasang policarbonate, kita amek gambo lagi..