Sunday, August 16, 2009

Orkid


Antara orkid baru yang sedang berbunga di rumah. Orkid ni Wy beli semasa di pameran MIHAS 2007. Orkid ini dinamakan Orkid Rosmah.

Masa mula-mula dulu, sekali berbunga, orkid ni ada 5-6 kuntum. Kali ni dia cuma ada dua kuntum je..

Yang ni, kawan kak Jami bagi. Letak kat opis tak berbunga-bunga, jadi, dia bagi kat Kak Jami. Tiba kat rumah kami.. nak pulak dia berbunga.. Alhamdulillah.. serasi le tu..

Ni semasa Floria Putrajaya 2009 tempohari. Bila ibu beritahu yang orkid ini dinamakan sempena dengan nama Permaisuri Sultan Johor, Huda sibuk nak bergambar..

Dah kakak bergambar, adik nak jugak..

Okay, sempena dengan Floria 2009 ni, ayah memberikan peluang kepada anak-anak untuk memilih orkid mana yang menjadi pilihan mereka. Untuk menyemai minat terhadap pokok, ayah menyarankan supaya setiap orang hendaklah menjaga sendiri. Anak-anak juga boleh berlumba, orkid siapa yang berbunga dulu.

Orkid ini adalah pilihan Farhan.

Huda memilih orkid ini. Entah apa namanya, ibu tak pasti.. nanti kita tanya Laili..

Ini adalah orkid pilihan adik.

Oleh kerana Hanan tidak dapat bersama kerana menghadiri kursus di Surau Al-Hijrah, ibu memilih anak pokok bagi orkid ini untuknya. Orkid yang menjadi pilihan ibu, lupa pulak ibu nak ambil gambarnya..


5 comments:

  1. ini,bungaaa....
    ORKID lah...
    ha ha ha... lawak giler iklan dumex tu..

    ReplyDelete
  2. Wah.. anak Wy pilih orkid mahal jer.. Semua tu spesis phalaenopsis. Hanan punya, Cattleya. Orkid Rosmah tu, dendrobium.. Yang Kak JAmi punya pun phalaenopsis gak...
    Orkid kalau letak kat opis memang tak sihat.. mals bunga coz tak dapat cahaya matahari..
    Bunga orkid tahan lebih lama bila dapat cukup cahaya matahari.. Just buat simple obesrvation, orkid tahan lebih lama di musim panas compare ngan musim hujan...

    ReplyDelete
  3. Entah le, Laili.. dia jual anak pokok, 3 anak pokok RM10. Wy suruh dorang pilih sorang satu. Farhan punya mati sebab dia letak dlm toilet..
    Sabtu lepas wy gi Sg Buluh. Beli lagi 2 pokok orkid yg tengah menguntum.. budgetnya raya nanti dia kembang berbunga cantik le.. harap2 sempat.. nanti wy upload gambar dia. Kat Sg Buluh, macam2 jenis orkid ada, Laili. Tapi sbb nak kemas dulu hutan rimba kat rumah, tu yg tak beli bnyk.

    ReplyDelete
  4. OO.. 3 anak RM10 ok ler... Sayangnya.. orkid tu mati.. Memang tak boleh letak dlm toilet coz tempat tu lembab + tak dak direct sun light.

    ReplyDelete

Cakap je la ape2...