Tuesday, August 25, 2009

Operasi Mengemas Laman

Seminggu sebelum puasa, ayah buat last minute decision. Stop dulu operasi pergola, tukar landscape. Kena susun semula pokok2 yang semakin banyak, dan tukar rumput dari rumput mutiara ke rumput carpet.

Operasi dimulakan dengan pembersihan tanah seperti mengutip batu-batu kecil yang diamanahkan kepada huda & farhan.



..mengangkat anak-anak pokok yang baru disemai.. kerja yang sangat sesuai untuk adik yang kecik tu.. dan juga menebang pokok buah mata kucing seperti yang dikerjakan oleh ayah. Semasa ibu menebang pokok pulasan, tak ada orang yang nak amek gambar.. sian ibu.. selalu macam tu..



..mengangkat pokok-pokok besar keluar pagar..



..mencangkul rumput mutiara seperti yang dilakukan oleh Hanan..



..untuk pengetahuan, mencangkul dan membuang rumput mutiara ini adalah antara suatu operasi yang amat meletihkan..



..hasil sepetang bersama ayah dan anak2..

2 comments:

  1. Memang penat.. tp hasilnye puas hati...
    TQ to anak2 ayah yg tolong buat kerja...

    ReplyDelete
  2. aduss...
    penat tak terkata...
    fuhh!!

    ReplyDelete

Cakap je la ape2...