Sunday, June 28, 2009

'Reunion' Geng2 PERNEC Bangi Office


Alhamdulillah, akhirnya setelah hampir 2 tahun tak berjumpa rasanya, kita berkumpul semula di rumah Rin, di Puchong. Di sini, kami berjumpa lagi dengan para suami, para isteri dan anak-anak yang dah lama tak berjumpa.. banyak cerita dikongsi bersama.. seronoknyeee....

Terima kasih kepada Rin & Azhar kerana sudi mengumpulkan dan menjemput kami ke rumah. Mudah-mudahan kita berjumpa lagi selepas ini ye, Insya-Allah..




Rasanya kali terakhir budak-budak ni berjumpa dulu, Myiesha belum ade kan.. now.. tengok.. Myiesha pon dah besar, dah nak jadi kakak pon dah..




Surprise!!

Semasa ayah sibuk meracun kebun, ibu ngan huda & safwah sibuk prepare kek sempena hari bapa. Kelam kabut jadiknya.. Kek panas lagi.. topping pon tak keras lagi, so, bila tulis icing atas tu, memola cantik je.
Tak lama lepas tu, all my fonts becomes bold and bold.. sabar je lah.. yela.. kek & topping dia panas..

Walau bagaimanapun, rancangan kami nak surprisekan ayah berjaya.. hehe..



tak cukup dengan itu, budak2 ni pon bagi kat ayah dorang kad hari bapa yang dibuat mereka sendiri.. terima kasih anak2 ibu sebab pandai mengambil hati ayah ibu.. semoga semua menjadi anak2 yang soleh dan berjaya dunia akhirat.. amin!!




Cerita Ayah Lagi..


Petang Ahad lepas, ayah sibuk nak meracun kebunnya.. kalau tak diracun, lalang tinggi-tinggi.. yang binatang yang melingkar tu senang nak sembunyi..


sekali tengok, cam pegawai kesihatan yg check H1N1 tu.. hehe..


ha, akhirnya.. ada jugak hasilnya.. inilah buah pertama sukun kami.. pokok yang kedua. pokok pertama mati.. :(


Sunday, June 21, 2009

Happy Father's Day

Harini, pagi-pagi lagi ayah nak keluar. Dia dah janji ngan Cikgu Izan & Hj Sham, nak gi Banting, beli parang. Apa yg special tentang parang tu, kita tak tahu le.. so, bertolak le para bapa ni ke Banting jam 7 pagi tadi. Malangnya, pakcik yang jual parang tu sudah meninggal.. so, parang takde.. ye ker..? anak beranak pakcik tu, tak belajar buat parang kot, ye..

Balik je, "Mc Guyver" pon mula lah bertukang. Macam2 dia buat. seperti biasa.. ibu tengok homework budak2 ni, sambil jadi blogger.. hehe..


Ini adalah antara barang-barang tukang yang gunakan.



Ini pula adalah tugasan terakhir harini - pasang lampu tidur di tepi dinding.



Apa2 pon, all the best to Mc Guyver lah.. terima kasih di atas segalanya buat kami.. Selamat hari bapa kepada ayah, dari ibu, hanan, farhan, huda & safwah.

Masak lagi..

Semalam, inilah menunya.. mee bandung dan kuih ketayap kegemaran ayah. Kalau balik JB asyik tak sempat je nak buat. Tapi kalau buat, ayah nak makan ke.. dia dah lama berpantang makan makanan yang manis nih..

Ha, ini menu tengahari tadi. Safwah dah tak sabar dah nak makan.. "Ibu, adik dah lapar sangat dah ni..". Ibu pulak tunggu ayah selesai bertukang sebab nak suh beli daun sup.. Ha, ini hasilnya..

Sunday, June 14, 2009

Durian @Dusun Pak Hassan

Petang sabtu semalam, selepas asar, kami menyerbu kebun Pak Hassan yang pernah kami singgah setahun dulu. Kini, kami datang menjelma lagi.. hehehe..


semua orang tekun makan durian.. tak ingat kamera.. kopek syamsul, jangan tak kopek..


ayah: "wah.. hanan.. ni bagus ni.."
mokde: "ha.. yang mana tak bagus masuk tupperware ni, esok kat umah maklong, kita buat kuah durian.."




dari penuh durian atas ni, sampai tinggal ni je.. yang makan lain, yang tapaw.. nak buat kuah.. nak buat tempoyak.. yang nak siaran ulangan.. Cuma.. tule, lupa nak amek gambo durian masa tengah penuh atas ni.. semua orang laju je.. keke.. takpe.. kakjami kata weekend ni nak datang lagi, amek manggis pulak.. wahh... jangan tak jadik..

TQ Pak Hassan kerana kesudian menerima kami makan di dusun Pak Hassan. Mudah-mudahan Allah bagi murah rezeki lagi nanti ye..

Jus Kalamansi

Ayah sekarang expert buat air.. nanti ibu bukak restoran, ayah tukang bancuh air yek.. hhmm.. biler tu..?








Friday, June 12, 2009

Basikal baru adik

wah, anak dara ibu masing2 bergaya dengan basikal baru adik. adik tak berani bawak basikal sbb basikal ni besar sikit. jadi, kakak le yang menggayakannya..



eh.. kereta baru ibu pon interframe ar.. sori yek.. kekeke..



Projek pudding custard

Balik kampung baru2 ni, tokmak buatkan puding untuk anak2.. budak2 ni, oleh kerana ibu dah lama tak buat, sekejap je puding tokmak tu langsai. jadi, balik umah ni, wy kena le buat, sebab dah janji ngan anak2.


seperti biasa.. dayang ibu..

dah siap di masak dan sedang disejukkan untuk dimasukkan ke dalam fridge.


hmm.. menyelerakan..


nak resepi? nanti wy masukkan ke dalam blog resepi ye.. selamat mencuba..

Kopi Kluang lagi..

ha, ramai betul peminat kopi kluang railway station ni.. kitorang singgah le makan, then beli kaya 4 paket, kopi 7 bungkus.. bukan apa.. rosli je dah kirim 3.. nita 1, nak bg kwn lagi, tuan rumah punya lagi.. stok dah nak abis dah pon..

mak ai.. sihatnye ibu.. makan lak roti bakar ngan butter.. puhh.. kuss semangatt..!


thumb up hanana.. mmg kelas gitu..



Tengok wayang Syurga Cinta

uish.. sadis btul tengok movie ni. paling wy tersentuh ialah apabila Awal menghadap masjid, sementara menunggu heliza.

masa tiba tadi, terkejar2 sbb tak tahu area midvalley tu, kalo nak gi wayang nak parking kat mana.. sesat sampai kat the garden. so, lepas habis movie, ibu pon suruh le anak2 posing yang mana patut..








Hidangan kelapa muda di rumah Pak Ngah

Hmm.. lepas selesai makan ubi rebus cicah sambal ikan bilis & makan nasi lauk kari ayam, Pak Ngah sibuk nak kait kelapa muda untuk kami.. Ya-Allah.. Pak Ngah memang gitu.. kalau datang umah dia.. macam2 dia sediakan. Pisang le, ubi le, macam2 le.. memang murah le rezeki Pak Ngah..

Tengok tu, dorang tak sedar kita snap gambar dorang..


eh.. makcu.. hehe.. sori ar.. tak perasan tadi.. hehe..


tengok pak ngah.. satu tandan kelapa dia kait untuk dihidangkan kepada anak cucu dia.. Fuad pon, dengan semangat mencungkil isi kelapa muda.. kena lak ngan Noh - tukang belah buah kelapa tu..


ha.. apa la yang pak ngah ngan makneng ceritakan tu.. actually, pakngah ngan arwah apak adalah sepupu rapat. Dari dorang kecik, dorang closed, sampai apak dah takde, tradisi menziarahi pakngah tu dah memang tak boleh tinggal, setiap kali kami balik ke JB.


hmm.. wajah gembira pakngah jelas kelihatan melihat kami beriya-iya makan kelapa muda yang dikaitnya tadi.. begitu juga dengan anak2nya - Ad & Manan. Semoga bertambah murah le, rezeki pakngah sekeluarga ye.. Amin!


ABC Paling Sedap Kat JB

Hari Ahad lepas, sebelum kakak balik ke Shah Alam, kami dok lepak kat kg melayu, pekena ABC power..

tengok rupa ABC tu pon, dah terliur2 kita dibuatnye..


tengok.. pidah ngan safwah terpaksa je senyum nak posing depan ABC.. ibu sibuk lak nak amek gambo.. orang nak balun dah ni..


ini le nama gerai ABC sedap tu.. Azmie Wawa.. brader tu cite, kadang2 dorang dapat tempahan sampai 200 - 500 mangkuk ABC untuk staff yang adakan family day or meeting.. hmm.. lumayan.. patot pon ramai orang cari.. harga nya setanding dengan rupa dan rasa.. RM2.50 tanpa ice-cream, RM3 dengan ice-cream

tengok.. hanan terbangun-bangun nak cedok yong tou fu. kat sini, kalo lepak makan ABC, kitorang tak leh tinggal yong tou fu awang.. kitaorang cuma beli yang kat gerai awang je. dulu pernah awang sampai kat ampang. now ni, tak tahu yek.. ade lagi tak agaknya.. lupa le nak tanya..

tengok.. syamsul sibuk melayan muqri.. orang makan, dia nak gak.. tapi mommy tak available le, mommy dia nak layan yong tou fu & ABC.. sabar ye..


waahhh... paklong baru lepas pekena mee rebus..


ha, tengok.. ayah ngan hanan dah tak hirau kamera dah.. mentang2 kamera I ciput je.. uish.. alhamdulillah.. ade jugak kamera.. keke..


Thursday, June 11, 2009

Magic

Alahai anak ayah, tak sangka lak, creative korang ye..



Wednesday, June 10, 2009

La Stella Water Park, Star Hill Golf Resort, Johor Bahru

Monday, 8th June kami telah membawa anak-anak bermain air dan bermandi manda di Star Hill water park. Setibanya di sana, kami tak dibenarkan masuk kerana ia hanya dibuka pada jam 12 tengahari. Sori Eisya, maklong tak sempat nak amek eisya untuk main kat pool..

Hmm.. yuran mahal.. RM10.50 for adults & RM5.25 for kids under 12... baik gi presint 11, berenang kat kompleks kejiranan presint 11.. lain kali kita gi sana yek..

Anyway, ok le.. anak2 tak bising menuntut nak mandi pool.. kalo tak bawak, selagi tu le bising..