Thursday, July 30, 2009

Swimming activity at Multi Purpose Hall Presint 11

Kalau semalamnya ke Ikea, harini kita melayan budak main air pulak le. Aktiviti seterusnya.. swimming.. Wahh.. cantik betul tempat ni. Maklumlah, tempat baru.. Noh minat tu, tengok banyak pergola & ukuran2 kayu tu.. Budak2 happy je main air.. Layan..


Safwah dengar je nak gi swimming, laju je bangun makan..


Hidangan paling mudah dan kenyang.. meehoon goreng.

..dan juga potato bread yang ibu canaikan awal pagi tadi.. demo to makcu.


..gaya dua puteri ibu..

seronok main air dengan eisya..

farhan.. yo-yo-oo jek..

hanan.. smash!!

ibu ayah ngan makcu & najwa.. lepak kat pergola..

hmm.. kalau le saya dah besar nanti.. mama duduk kat pergola ni sorang2.. saya nak main air jugak.. hehe..

chewahh.. maklong & paklong nak gak numpang..




okay, now... lepas penat swimming, swinging pulak..








Rombongan Cimpeng and The Geng ke Ikea

Oleh kerana nak melayan si Zul & orang yg baru habis pantang bersalin tu, Kak Wy ngan Abg Noh bawak le diorang ke Ikea. Ntah berapa kali pergi pon tak serik-serik lagi.. Dah tak tahu nak ke mana lagi.. Konon nak beli wire basket utk kabinet bilik Hanan & Huda, tapi out of stock. Bulan September nanti baru ade.. hmm... takde rezeki. Nampaknya Tok Mak je le yang dapat set senduk baru.. hehe..

GBS - Rahman's juniors..


Power Puff Girls.. Sebelum merayap, isi perut dulu ye..

Haqim.. dengan abang-abangnya & Pak Long.. tekunnya makan..


Gendang-gendut tali kecapi.. Kenyang perut, senang hati.. Pepatah lama dilupa jangan..!


Bermulalah aksi mereka..

Untuk tidak menghuru-harakan keadaan hehe.. maka dengan ini, Eisya terpaksa dichargekan baterinya dulu.. hehe.. mahap ye.. Katil dijual tidak bersama kanak-kanak yang berada di atasnya..

Aksi yang tak sudah-sudah..

Sebelum berangkat pulang.. Kena balik rumah cepat, jap lagi ibu nak masak nasi minyak.. kalo tak kang, kebulur lak.. dah le lunch Mc Donalds je.. hehe..

Nak tengok juadah makan malam kami? Jap lagi ye..



Wednesday, July 29, 2009

My last day at Perbadanan Putrajaya

Tanggal 17 July lepas, adalah hari terakhir Wy bersama projek portal putrajaya. Setelah hampir lebih enam tahun bersama keluarga ini, akhirnya Wy dipindahkan juga ke projek lain, di PNB. Berat juga hati tu, terutama bila mengenangkan jauhnya perjalanan di projek baru, berbanding dengan projek ini yang hanya 10 minit dari rumah. Sempena hari terakhir tu, Wy tak tahu nak buat apa, sebab at a very short notice, Wy tak boleh nak pikir my 'farewell' supposed to be.

Jadi, pagi tu Jumaat yang indah tu, tepat jam 5.30 pagi, apabila jam loceng ku berbunyi, maka melompat2 le Wy ke dapur untuk menyediakan juadah kek coklat. Lihat le hasilnya..

..hmm.. oleh kerana nak cepat, maka, kek yang masih panas ini tidak dapat dibentukkan kerana coklatnya juga masih cair di atas kek yang panas tersebut..




Wy ngan Nita.. kita jumpa lagi lepas nita bersalin nanti, kot yek..




Wani, Anis, Nita & Wy - hanya kamilah sahaja bunga menceriakan suasana development yang selama ini..





Walaupun baru jumpa Anis sebulan dan Wani hanya dua hari, namun, kami seperti dah lama bersatu.. mesraaaa...






Anis lupa ke, akak tengah diet ni.. kekeke...





..ha, harini Zaimi masuk lambat sebab ada masalah dengan motor. Azram pulak gi HQ. So, tak dapatlah nak bergambar bersama..




..dan akhir sekali, tak dilupa. Wy ajak Din bergambar sekali. Lepas ni, entah biler le dapat jumpa lagi. Mujur jugak dalam projek ni, Wy dapat jumpa Din & Amran Hassan (Amran Pak Busu), setelah beberapa tahun selepas habis belajar tahun 1995 dulu.


Ok lah guys.. semoga korang dapat merealisasikan impian pihak pengurusan untuk menutup projek ini dengan jayanya.. Good Luck!

Thursday, July 23, 2009

Teflon coating touch.. Berkilat tak ingat punya..




Inilah rupa kereta kita, bila kita salut dengan PPS teflon. Kilatnya kereta ni, bersinar-sinar mcm cermin. Jauh berbeza dengan masa mula-mula keluar dari kedai 2 minggu lepas. Noh buat kat Shine N Shine, Subang Jaya. Kedai tu, bagi service, memang profesional. Tokey kedai siap buatkan air kopi tu, untuk menjamu customer yang menunggu. Siap ada kerusi urut Gintel lagi. Kalau ada barangan berharga, dia akan simpankan khas, macam kita simpan barang kat supermarket.. Proses buat dia amik masa 6-7 jam. Kalau tak kilat mmg tak patut la kann..hehehe

Ha, tengok ni.. bayang2 kita pon jelas kelihatan di kereta ini.

Kenduri Aqiqah baby Fareeha Najwa

Pada 6 Jun lepas, diadakan majlis aqiqah untuk baby baru - Fareeha Najwa. Majlis dimulakan pada jam 2.45, dengan tibanya kumpulan yasin-marhaban dari Desa Rahmat, Tampoi.

Ibu kesayanganku telah ditugaskan untuk masak nasi serai dan lauk kambing beriyani, manakala Cik Noor (mak Ain) pula mengambil tugasan bagi lauk ayam masak merah, kuah dalcar dan pencok.

Jom tengok event ni..



Kedatangan Tok Bak dan Tok Mak memeriahkan lagi majlis ini.. Maklumlah, Tok Bak jarang nak berjalan..


Lauk ini adalah masakan Tok Mak - Beriyani Kambing


Masakan Cik Noor - Dalcar ayam


Juga oleh Cik Noor - Ayam masak merah

Pencok


Barisan kumpulan marhaban dengan persembahan mereka..


Inilah baby Najwa.. tido je sepanjang majlis ini berlangsung.


Haqim dengan abang-abangnya..


Baby Safwah dengan ibu.. ooppsss... baby ke..?


Huda, you cun.. I like!!


Huda dengan ibu.. siapa yang menyerlah.. oo.. brooch merah tu..


Biasalah.. tukang masak & tuan rumah selalunya makan last sekali.. e-eh.. tu macam muffin I je.. wahh... masuk blog ar..

Monday, July 13, 2009

Tetamu Dari Beranang


Hampir setahun tertangguh, akhirnya Ahad semalam, berjaya jugak kami menjemput Kak Ti & ibu mertuanya sekeluarga datang makan di 'rumah baru' kami.. kekeke.. Mak Cikgu Izan yang Wy panggil Wan sebenarnya sepupu dengan abang Zali, iaitu abang ipar sulung Noh.

Oleh kerana mereka nak datang petang, jadi, Wy menghidangkan mereka dengan juadah soto.. Entah apa rasa agaknya wan.. Kak ti, kak lang, mahap ye, kalo terkurang rasa..


Eeekekeke.. cam ye ye je Cikgu Izan menghirup sup tu..


ha, ni sudut budak2.. hehe.. bukannya apa.. sbenarnya tak cukup tempat duduk.. keke.. Wah, Firdaus hensem le..


Kelihatan Baby Raudah & Safwah berwajah muram.. demam le katakan..


Cheeewaaahh.. ibu ngan ayah bersungguh2 tu, melayan tetamu.. Maklumlah, kitorang ni tak pandai protokol..



Wah.. angah ngan ayah dia melayan Raudah, sementara ibu dia nak makan pulak.. pandai angah take turn & jaga adik ye..


Adik, mentang2 le demam, asyik nak mintak dokong je.. eh.. ingat kecik cam Raudah.. besar dah ni.. eee... baby beso ayah..



haaa Safwah, kalau kecik cam Raudah ni, barule dinamakan baby..



Sambil makan tu, sambil berbual le.. macam2 cerita keluar.. rupa-rupanya Mak Lang ni, ada kedai makan ye.. wah.. boleh le ajar wy cara masak kuah dal.. wy kalo masak kuah dal, sempoi je.. Janji ada sikit2 rasa cam kat kedai bangi tu.. hehe..


Akhir sekali kami ucapkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu yang datang memeriahkan rumah kami selama 2 hari sabtu & ahad ni.. Semoga semua tak serik dengan layanan kami ye..