Sunday, July 12, 2009

Projek Bakeri Aunty Wy

Dah ada Aunty Anne, ni, nak kena ada Aunty Wy le pulak.. kekeke...


Pagi semalam, lepas subuh je, Wy melompat ke dapur sebab nak prepare breakfast cum hidangan untuk kawan-kawan study group Hanan lepas Zohor ni. Yang pertama Wy adunkan ialah donut. Untuk donut, Wy buat 2 adunan. Lepas siap donut, Wy prepare pulak Red Bean Danish Bun. Nak resepi, nanti Wy uploadkan ke blog resepi Wy ye.

Lepas siap je semua tu, jam dah menunjukkan jam 9.30 pagi. Wy kena keluar sekarang jugak sebab memang dah plan nak gi sogo, cari barang. Oleh kerana masa suntuk & Wy kena balik sebelum zohor, maka, tak jadilah kami ke Sogo.. Jadinya ke IOI je le..

Itulah, perancangan Allah melebihi dari apa yang kita rancangkan. Contohnya, sepatutnya, selepas subuh sabtu semalam, Wy kena terus bersiap ke Shah Alam sebab Taska Dzuliman (sekolah adik) mengadakan sukan tahunan, tapi sebab adik demam, tak jadilah kami ke sana.. Then tule.. dari awal memang plan nak ke Sogo, akhirnya kami ke IOI je.. hmm.. Allah plans the best for us. Thank You Allah..


No comments:

Post a Comment

Cakap je la ape2...