Sunday, July 12, 2009

Study Group Hanan

Seperti yang telah dirancangkan, tepat jam 2 petang, seramai tiga orang Hanan telah datang ke rumah kami untuk belajar bersama-sama.. Maklumlah, Isnin ni dah mula trial exam for UPSR.. Hmm.. setengah jam lepas tu, Umair pulak tiba.. so penuh le bilik bujang anak I dengan lima orang teruna cilik yang sibuk study..

Haha.. tengah tekun Umair memberi penerangan kepada Hanan & Acap, ibu snap gambar.. terkejut besar si Acap.. I'm sorry... eeee....


Yang comel berbaju Hijau tu Irfan Johari.. sebelah dia tu, Danisy.. tu berlakon je tu.. Kalo acik dia ni tak masuk bilik, bunyi gelak2 je budak2 tu.. kekeke... betul ke tak..?


Umair memang ada tokoh jadi guru.. tengok, rajin dia menerangkan kepada kawan2 dia, apa yg depa ni tak paham.. Acap tu, eksen je tu.. hehe..


Alhamdulillah, lepas Pak Bilal Irfan Joe melaungkan Azan Asar, anak2 soleh ni, bersiap untuk mendirikan solat jemaah, yang diimamkan oleh Pak Imam Acap..


Mudah-mudahan korang ni menjadi anak2 soleh yang cerdik dan berjaya dalam hidup di dunia dan di akhirat.. Amin..



No comments:

Post a Comment

Cakap je la ape2...