Wednesday, July 29, 2009

My last day at Perbadanan Putrajaya

Tanggal 17 July lepas, adalah hari terakhir Wy bersama projek portal putrajaya. Setelah hampir lebih enam tahun bersama keluarga ini, akhirnya Wy dipindahkan juga ke projek lain, di PNB. Berat juga hati tu, terutama bila mengenangkan jauhnya perjalanan di projek baru, berbanding dengan projek ini yang hanya 10 minit dari rumah. Sempena hari terakhir tu, Wy tak tahu nak buat apa, sebab at a very short notice, Wy tak boleh nak pikir my 'farewell' supposed to be.

Jadi, pagi tu Jumaat yang indah tu, tepat jam 5.30 pagi, apabila jam loceng ku berbunyi, maka melompat2 le Wy ke dapur untuk menyediakan juadah kek coklat. Lihat le hasilnya..

..hmm.. oleh kerana nak cepat, maka, kek yang masih panas ini tidak dapat dibentukkan kerana coklatnya juga masih cair di atas kek yang panas tersebut..




Wy ngan Nita.. kita jumpa lagi lepas nita bersalin nanti, kot yek..




Wani, Anis, Nita & Wy - hanya kamilah sahaja bunga menceriakan suasana development yang selama ini..





Walaupun baru jumpa Anis sebulan dan Wani hanya dua hari, namun, kami seperti dah lama bersatu.. mesraaaa...






Anis lupa ke, akak tengah diet ni.. kekeke...





..ha, harini Zaimi masuk lambat sebab ada masalah dengan motor. Azram pulak gi HQ. So, tak dapatlah nak bergambar bersama..




..dan akhir sekali, tak dilupa. Wy ajak Din bergambar sekali. Lepas ni, entah biler le dapat jumpa lagi. Mujur jugak dalam projek ni, Wy dapat jumpa Din & Amran Hassan (Amran Pak Busu), setelah beberapa tahun selepas habis belajar tahun 1995 dulu.


Ok lah guys.. semoga korang dapat merealisasikan impian pihak pengurusan untuk menutup projek ini dengan jayanya.. Good Luck!

No comments:

Post a Comment

Cakap je la ape2...