Wednesday, July 8, 2009

Pertemuan dua sahabat lama

Pagi subuh Ahad lepas, Wy terjaga dengan bunyi sms yang amat Wy nantikan, iaitu dari kawan sekolah yang lama tak berjumpa - Azizah Mustapha. Zizah datang ke Kuala Lumpur untuk menghantar anaknya pada pendaftaran pelajar baru di kolej Master Skill. Pagi tu, macam pertemuan jejak kasih kat Tol Kajang. Sebak sangat sebab tak sangka, akhirnya, dapat Wy jumpa dia.. Dah lama Wy cari Zizah, tapi no idea. Bila balik JB, sentiasa tak sempat nak terjah rumah parents dia..

Pagi tu, dari tol Kajang, Wy & hsbn pandu arah kereta Zizah ke rumah kami. Setibanya di rumah, hujan mulai turun.. Zizah & anak-anaknya bergegas masuk ke rumah. Dapat le borak dalam 20 minit, sebelum wy suruh zizah masuk bilik untuk tidurkan anak bongsunya yang merengek nak tido.. Lepas subuh, semasa menyiapkan hidangan sarapan, baru kami sambung bercerita tentang kawan2 lama & kisah2 lama kami.. tak banyak, sebab mengejar masa untuk menyiapkan segala-galanya untuk pendaftaran Dekya pagi tu..

Ok.. sementara Wy nak bersiap, kaum lelaki amek turn makan dulu.. hidangan pagi tu ialah mee hoon goreng, sambal kentang, karipap & french fries, milo & teh O..

Zizah dengan anak2nya, kecuali yang sulung, Haziq yang bertugas di JB hari tu.. Dekya - saling tak tumpah sebiji macam rupa ibu dia semasa di sekolah dulu..

Mak mertua Zizah pon ikut jugak untuk hantar Dek Ya ke kolej..


Tekun Dekya makan, sedap kot.. kekeke.. Harith.. comelnya..


Wy & Zizah.. pertemuan yang cukup manis setelah 2 dekad tak bertemu.. Semoga ianya tak terhenti di sini sahaja ye..

No comments:

Post a Comment

Cakap je la ape2...