Sunday, July 12, 2009

Another product of Aunty Wy



Haha.. sambil budak2 tu study ke, ntah main ke, kat dalam bilik, ibu pon, sibuk siapkan kek hari jadi seperti yang telah dijanjikan minggu lepas.. Inilah hasilnya.. budak2 tu dah nak balik baru kek tu siap dibakar.. Mahap ye, lain kali nanti acik buatkan untuk korang pulak ye, Insya-Allah..

Ini le rupa kek harijadi Farhan. Ayah dah taknak beli kan Secret Recipe lagi dah.. muak sangat ngan chocolate indulgence.. nak order cheese cake, ramai pulak yang tak reti makan.. So, hasilnya, inilah dia, kek harijadi Farhan. Sori yek, kalau sakit mata menengoknye.. Maringue pon dah tinggal sikit, so, tak boleh buat banyak color & decoration.. Lagipon, ni le yang dikatakan, orang baru nak belajar menulis le katakan...

Study Group Hanan

Seperti yang telah dirancangkan, tepat jam 2 petang, seramai tiga orang Hanan telah datang ke rumah kami untuk belajar bersama-sama.. Maklumlah, Isnin ni dah mula trial exam for UPSR.. Hmm.. setengah jam lepas tu, Umair pulak tiba.. so penuh le bilik bujang anak I dengan lima orang teruna cilik yang sibuk study..

Haha.. tengah tekun Umair memberi penerangan kepada Hanan & Acap, ibu snap gambar.. terkejut besar si Acap.. I'm sorry... eeee....


Yang comel berbaju Hijau tu Irfan Johari.. sebelah dia tu, Danisy.. tu berlakon je tu.. Kalo acik dia ni tak masuk bilik, bunyi gelak2 je budak2 tu.. kekeke... betul ke tak..?


Umair memang ada tokoh jadi guru.. tengok, rajin dia menerangkan kepada kawan2 dia, apa yg depa ni tak paham.. Acap tu, eksen je tu.. hehe..


Alhamdulillah, lepas Pak Bilal Irfan Joe melaungkan Azan Asar, anak2 soleh ni, bersiap untuk mendirikan solat jemaah, yang diimamkan oleh Pak Imam Acap..


Mudah-mudahan korang ni menjadi anak2 soleh yang cerdik dan berjaya dalam hidup di dunia dan di akhirat.. Amin..



Projek Bakeri Aunty Wy

Dah ada Aunty Anne, ni, nak kena ada Aunty Wy le pulak.. kekeke...


Pagi semalam, lepas subuh je, Wy melompat ke dapur sebab nak prepare breakfast cum hidangan untuk kawan-kawan study group Hanan lepas Zohor ni. Yang pertama Wy adunkan ialah donut. Untuk donut, Wy buat 2 adunan. Lepas siap donut, Wy prepare pulak Red Bean Danish Bun. Nak resepi, nanti Wy uploadkan ke blog resepi Wy ye.

Lepas siap je semua tu, jam dah menunjukkan jam 9.30 pagi. Wy kena keluar sekarang jugak sebab memang dah plan nak gi sogo, cari barang. Oleh kerana masa suntuk & Wy kena balik sebelum zohor, maka, tak jadilah kami ke Sogo.. Jadinya ke IOI je le..

Itulah, perancangan Allah melebihi dari apa yang kita rancangkan. Contohnya, sepatutnya, selepas subuh sabtu semalam, Wy kena terus bersiap ke Shah Alam sebab Taska Dzuliman (sekolah adik) mengadakan sukan tahunan, tapi sebab adik demam, tak jadilah kami ke sana.. Then tule.. dari awal memang plan nak ke Sogo, akhirnya kami ke IOI je.. hmm.. Allah plans the best for us. Thank You Allah..


Thursday, July 9, 2009

Hanan sit for trial UPSR next week

Hanan, ibu siang dan malam mendoakan kejayaan Hanan dan semua anak ibu dalam pelajaran dan dalam hidup di dunia dan akhirat. Minggu depan Hanan akan menduduki peperiksaan percubaan UPSR. Ibu dan ayah dah bagi yang terbaik untuk Hanan. Ibu dan ayah juga tahu kemampuan Hanan. Dengan sokongan padu ibu ayah, para guru dan rakan2 serta usaha yang telah Hanan buat, ibu berharap agar Hanan berjaya. Just do your best!

It's So Sweet..

Walaupun tak sihat since petang semalamnya, Huda tetap gagah bangun pagi untuk bagi surprise kepada abangnya, Abang Farhan. Hari ini, 6 Julai 2009, adalah hari jadi Farhan yang ke-9. Farhan terkejut bila Huda sebut "Surprise!!... Huda pon control perasaan terujanya untuk bagi hadiah kepada abangnya itu..


Huda, you are so sweet.. walaupun tak sihat, still gembira meraikan harijadi abangnya.. Cuma Farhan je, control macho.. apela, Farhan..


Sampai orang nyanyi lagu Happy Birthday pon, Farhan still buat muka seposen je..


Hadiah yang Huda berikan kepada Farhan adalah hasil dari duit belanja sekolah yang ayah beri. Huda kumpulkan untuk belikan abangnya hadiah. Kesemua hadiah & sampul, Huda beli di book shop sekolah.. Baiknya Huda... Thank you Huda, for being such nice to your beloved brother.. Farhan, kena ingat tu, apa yang Huda buat untuk Farhan..

Wednesday, July 8, 2009

Pertemuan dua sahabat lama

Pagi subuh Ahad lepas, Wy terjaga dengan bunyi sms yang amat Wy nantikan, iaitu dari kawan sekolah yang lama tak berjumpa - Azizah Mustapha. Zizah datang ke Kuala Lumpur untuk menghantar anaknya pada pendaftaran pelajar baru di kolej Master Skill. Pagi tu, macam pertemuan jejak kasih kat Tol Kajang. Sebak sangat sebab tak sangka, akhirnya, dapat Wy jumpa dia.. Dah lama Wy cari Zizah, tapi no idea. Bila balik JB, sentiasa tak sempat nak terjah rumah parents dia..

Pagi tu, dari tol Kajang, Wy & hsbn pandu arah kereta Zizah ke rumah kami. Setibanya di rumah, hujan mulai turun.. Zizah & anak-anaknya bergegas masuk ke rumah. Dapat le borak dalam 20 minit, sebelum wy suruh zizah masuk bilik untuk tidurkan anak bongsunya yang merengek nak tido.. Lepas subuh, semasa menyiapkan hidangan sarapan, baru kami sambung bercerita tentang kawan2 lama & kisah2 lama kami.. tak banyak, sebab mengejar masa untuk menyiapkan segala-galanya untuk pendaftaran Dekya pagi tu..

Ok.. sementara Wy nak bersiap, kaum lelaki amek turn makan dulu.. hidangan pagi tu ialah mee hoon goreng, sambal kentang, karipap & french fries, milo & teh O..

Zizah dengan anak2nya, kecuali yang sulung, Haziq yang bertugas di JB hari tu.. Dekya - saling tak tumpah sebiji macam rupa ibu dia semasa di sekolah dulu..

Mak mertua Zizah pon ikut jugak untuk hantar Dek Ya ke kolej..


Tekun Dekya makan, sedap kot.. kekeke.. Harith.. comelnya..


Wy & Zizah.. pertemuan yang cukup manis setelah 2 dekad tak bertemu.. Semoga ianya tak terhenti di sini sahaja ye..

Sunday, June 28, 2009

'Reunion' Geng2 PERNEC Bangi Office


Alhamdulillah, akhirnya setelah hampir 2 tahun tak berjumpa rasanya, kita berkumpul semula di rumah Rin, di Puchong. Di sini, kami berjumpa lagi dengan para suami, para isteri dan anak-anak yang dah lama tak berjumpa.. banyak cerita dikongsi bersama.. seronoknyeee....

Terima kasih kepada Rin & Azhar kerana sudi mengumpulkan dan menjemput kami ke rumah. Mudah-mudahan kita berjumpa lagi selepas ini ye, Insya-Allah..




Rasanya kali terakhir budak-budak ni berjumpa dulu, Myiesha belum ade kan.. now.. tengok.. Myiesha pon dah besar, dah nak jadi kakak pon dah..