Friday, March 25, 2011

Bermulanya perjalanan Haji ku, 1431H.

Alhamdulillah, hari yang dinanti-nantikan kini hampir tiba.. Khamis,14Oktober 2010, mak & zol tiba di rumah jam 1230 pagi.. kesian zol, keje penat2, kuat kan jugak semangat dia nak bertolak awal ke rumah kakak dia sorang ni..

Alhamdulillah, wy masak nasi goreng & hidangkan air milo, buat alas perut malam2 ni. Kesian tengok mak. Dia nampak penat sangat.. Begitu juga Ain & anak2nya.. kesian.. Tapi, Wy rasa betapa seronoknye mak & adik datang utk meraikan pemergianku ke Mekkah..

Siang khamis ni wy dah mula dikunjungi sahabat handai yang mengirimkan doa dan pesanan untuk wy titipkan di tanah haram nanti. tak lupa juga yang menyumbangkan sedekah untuk musafir haji seperti ku.. di dalam hati terdetik, agaknya, selama ni, kita bagi orang, tiba turn kita nak pergi, rupanya ramai yang nak menyumbang. Alhamdulillah Allah dah janji, rezeki sedekah, setiap satunya akan dibalas dengan tujuh kali ganda rezeki yang lebih baik dari itu.

Semakin hari semakin ramai sahabat yang datang berkunjung ke rumah sebelum keberangkatan wy. Seronok. Lepas tu nasib baik mak ada, tolong sediakan air & sedikit kuih sebagai hidangan. Wy doakan semoga semua sahabat yang membekalkan wy doa & sumbangan, mendapat rahmat Allah, dan dimurahkan rezeki dengan rezeki yang halal dan berkat.. begitu juga dengan doa dariku kepada ibu ayah ku & ibu mertuaku yang tersayang.. Amin..

Kini tibalah hari Sabtu,16hb Oktober 2010, di mana hari yang di nanti kini tiba. Pada hari inilah kami dijadualkan untuk melapor diri di Kompleks Haji Kelana Jaya, jam 8 malam. Begitu juga, pada hari ini, jiran belakang rumahku juga yang akan berangkat ke Makkah sepertiku, mengadakan kenduri haji dirumahnya. Wy hanya datang ziarah sekejap je, sbb wy dah mula nak menyediakan kesemua kelengkapan terakhir sebelum keluar meninggalkan rumah jam 6 petang ni..

Tiba masuk waktu asar, wy terus bersedia untuk solat dan bersedia untuk bertolak. Sahabat dan rakan taulan sudah mula mengunjungi rumahku untuk mengiringi keberangkatanku.. Ya-Allah, kau kuatkanlah hatiku untuk terus bertawakkal menghadapi perjalanan haji ku ini dengan tenang dan tawaddu'.. Kau peliharalah anak2 & ibubapaku & kaum keluargaku ketika ku meninggalkan mereka. Kau kurniakanlah kasih sayang dan belas kasihan-Mu kepada mereka, ya-Allah. Amin..

Seperti yang diatur, Noh meminta Hanan selaku anak sulung kami untuk melaungkan azan di hadapan pintu rumah kami. Ketika ini, hanya Allah sahaja yang tahu perasaan ku. Wy tengok mak nangis, makneng nangis.. apatah lagi Farhan.. Sedihnye, ya-Alah.. Setelah tamat azan, Noh membaca surah al-Fatihah, 3 Qul & Ayat Qursi, kemudian dia minta pula Abang Mat untuk membacakan doa bagi keselamatan dan keberkatan perjalanan kami. Sebaik sahaja ku melangkah keluar, dapat kulihat betapa ramai sudah sahabat handai dan jiran tetangga menunggu kami di pagar rumah untuk mengiringi perjalanan kami. Tak sangka, sebegitu ramai sahabat dan tetangga yang sudi datang menyaksikan dan mendoakan keselamatan kami sepanjang keberadaan kami di Tanah Suci nanti. Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada mereka. Semoga Allah membalas rasa kasih mereka kepada kami dengan kasih sayang-Nya. Amin..

Alhamdulillah, tiba di kelana jaya, semua urusan ku dikira mudah. perjalanan di jalanraya pun tak berapa jem. Oleh kerana setibanya kami di sana, azan terus berkumandang, kami bergilir2 untuk solat dan menjaga ruang lepak kami di khemah yang disediakan. Maklumlah orang ramai. Selesai solat jamak maghrib isya', kami mula menjamu selera. Hidangan malam ini ialah nasi ayam goreng. Mak goreng dua jam sebelum kami berangkat keluar & dimasukkan ke dalam tong nasi kedap panas.

Setelah siap makan, ada pengumuman untuk mengambil tag nama & pas haji. Tak tertahan rasa sedih yang ku tahan sejak di rumah tadi. Alangkah anakku Farhan sudah mula menangis ketika Hanan melaungkan azan, inikan pula ibunya..

Waktu check-in telah tiba. Tangisan ini bagaikan tidak dapat dibendung lagi. Salam kemaafan dan pelukan dariku buat kedua ibuku dan semua adik beradik membuatkan hatiku semakin sayu. Yang paling melulurkan hati ini ialah apabila ku melihat wajah yang penuh tangisan keempat-empat anakku yang lemah itu. Maklumlah, tak pernah aku berenggang dengan anak2, walalupun sehari.

Tapi ku yakin dengan janji Allah, setiap pengorbanan ada ganjarannya. Semoga Allah pelihara dan selamatkan anak-anakku, Amin. Setelah masuk ke dalam bangunan, kami melambai untuk yang terakhir sekali sebelum mengikuti taklimat perjalanan oleh pihak Tabung Haji.

Setelah tamat sesi taklimat haji, penerangan waktu solat di Madinah dan sebagainya, iaitu lebih kurang jam 11malam, kami berlepas ke KLIA dengan menaiki 11 buah bas yang diescort penuh oleh PDRM. Terasa macam VIP pulak.. Akhirnya, tepat jam 130 waktu Malaysia, penerbangan kami mula menuju ke Madinah dengan seramai lebih kurang 400 orang jemaah RAYHAR. Laibbaikallahummalabbaik...

Thursday, January 20, 2011

Kisah Perjalanan Hajiku 1431H/2010

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya, sudi Dia menjemput kami sebagai tetamu-Nya ke Tanah Suci.

Setelah menghadiri jemputan sahabatku ke rumahnya sempena pemergiannya ke Makkah, hatiku terus berbisik, bilalah agaknya akan tiba giliranku untuk mengerjakan haji. Pengalaman saudara-mara dan sahabat-handai di sekeliling membuatkan ku takut untuk melengahkan lagi tututan agama yang ke lima itu.

Ketika mendaftar sebagai bakal jemaah haji, terkejut juga sebab giliran kami ialah pada tahun 2026. Terfikir juga, mampu ke kami dengan kesihatan kami ketika itu, dengan kos haji yang mungkin berganda mahalnya dari kos masakini, panjang lagi ke umur kami ketika 2026 tu nanti, ada duit ke kami ketika itu nanti..

Setelah dicadangkan oleh seorang sahabat, kami buat rayuan giliran haji. Nasib baik office sebelah je dengan office Tabung Haji di Jalan Tun Razak. Senang je urusan. Atas nasihat pihak TH, kami hubungi TH Putrajaya untuk mengikuti kursus haji bersiri.Wy kini mengaturkan langkah seterusnya dengan menghubungi pelbagai agensi swasta yang menguruskan pemergian jemaah haji ke Tanah Suci. Oleh kerana tertarik dengan cerita seorang sahabat yang boleh dikira sebagai kakak, ketika beliau pergi mengerjakan haji pada beberapa tahun sebelum ini, Wy buat keputusan untuk menyalurkan rayuan haji kami mengikut kuota agensi swasta Rayhar. Alhamdulillah rupa-rupanya pejabatnya juga adalah bersebelahan dengan officeku & TH. Memang dah memudahkan urusan. Syukur.. Itu juga adalah hikmahnya, aku ditempatkan di projek yang berpejabat di Jalan Tun Razak ini.

Setiap minggu, bermula bulan Februari 2010 hingga 12Jun 2010, kami ikuti kelas kursus haji bersiri. Berdebar juga hati ini bila dinasihatkan Ustadz Zamri Zainal Abidin selaku pembimbing kursus haji bersiri di Masjid Al-Furqan Presint 11, Putrajaya, supaya tawakkal dan berdoa selalu kepada Allah, agar ditawarkan sebagai jemputan-Nya. Tapi kami redha, Insya-Allah.

Di bulan Ramadhan yang lepas, ketika ku hendak menghantar salinan passport, seorang staff Rayhar telah memberitahu bahawa pihak TH baru sahaja mengesahkan bahawa namaku telah terpilih sebagai jemaah haji tahun ini. Ketika itu, perasaan ini, Allah sahaja yang tahu.. sepanjang perjalananku dari pejabat Rayhar ke TH, air mataku tak henti2 mengalir kegembiraan. Tiada ungkapan terbaik untuk menggambarkan kegembiraan hati ini. Allah mendengar hati dan rintihan ku.. Ya-Allah, syukur..

Ketika tiba di pejabat TH untuk mengambil surat tawaran, suratku tidak dapat dicetak kerana masalah teknikal. Maklumlah, Wy ialah orang pertama yang datang pejabat TH untuk mengambil surat. Sistem dijangka pulih dalamasa 30 minit. Oleh kerana kerja di office banyak, wy decided untuk balik semula ke office. Begitulah berbagai2 usaha dilakukan untuk mendapatkan juga surat tawaran haji yang dikeluarkan oleh pihak TH. Akhirnya, setelah memberika jawapan persetujuan, kami diarahkan menunggu panggilan yang menentukan pada bila-bila masa sahaja tarikh keberangkatan kami, bermula pada 1 Zulhijjah 1431H.

Sepanjang musim Syawal, hatiku berdebar2, tambahan pulak terlalu banyak aktiviti kursus intensif haji diadakan untuk para bakal haji. Tiba-tiba ku dikejutkan dengan panggilan telefon yang mengatakan tarikh keberangkatan kami ialah pada jam 130 pagi, 17hb Oktober 2010 (11 Zulkaedah 1431H). Tarikh berkumpul di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya ialah jam 8.00 malam, pada 16hb Oktober 2010. Ya-Allah.. tak sampai dua minggu untuk kami membuat persediaan. Tapi kami tetap bersyukur kerana terpilih sebagai tetamu Allah, dan kami redha, walau dalam apa keadaan sekalipun, Insya-Allah, kami akan tiba, menyahut panggilan-Mu,Ya-Allah.. Syukur, Alhamdulillah..

Saturday, January 15, 2011

Gaya Anak-anak Ibu Dengan Jubah Saudi


Sejurus selepas ibu ayah masuk rumah, ayah ibu terus keluarkan cenderahati utk anak2 ayahibu. Hanan segan nak posing. Farhan pon dah tahu segan.. tak nak bergambar banyak2...

ustadz muhammad nur farhan al-hafiz bin haji muhamad noh..


adik nurul safwah..


saudari nurul huda bersama adiknya..
huda macam minah arab..

kalo disuruh posing.. tak ada masalah.. ok je..
adik pon nak juga..

tapi adik still tak boleh lawan yang nih.. uishh...

Monday, January 3, 2011

Hari Pertama Persekolahan



Hari ini adalah hari pertama persekolahan adik di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 16(2). Dari malam tadi adik dah sibuk nak makan cepat sebab nak tido awal. Esok nak bangun pagi sebab nak sekolah.. cute be3tul.. Then, pagi tadi, bila kejut kakak, dia yang bangun dulu mandi..













Orang lain semua tak siap lagi, dia dah duduk kat meja, nak makan sarapan.. semangat betul adik..






Untuk hari pertama, anak-anak ibu sarapan meat ball ikea, dengan bekal sosej & popia otak-otak kempas..




















Cepat pakai kasut.. nak hantar abang hanan lagi.. lambat nanti..











Sampai di sekolah, semua pelajar dikehendai berkumpul di dewan untuk perhimpunan tu..




























Tiba di sekolah, anak-anak darjah 1 tak masuk kelas.. terus ke dewan assembly & kemudian ke pusat sumber untuk aktiviti Minggu Penyayang. Tak ramai anak2 yg menangis, baik yg darjah1 atau yg pre-school.. kira ok lah










Adik jumpa Damia - adik kepada Nani, Haha & Dina. Dah le kemana2 pun dia berdua je.. Bila dah siap assembly semua masuk kelas masing2 kecuali darjah 1. Tengah ibu tercari-cari Huda, tiba2 dia muncul dengan tersengeh2.. nasib baik memang ibu dah standby kamera, nak amek gambar dia. Farhan ibu dah nampak dia keluar ikut pintu kantin.












Bersiap sedia untuk ke pusat sumber.. girls.. always pink & purple..







Bila adik dah menuju ke pusat sumber, ibu mula merayau ke kelas huda & farhan utk bayar yuran & beratur ke bilik koperasi utk baki buku & nametag adik. tak siap pulak nametag dia.. unlce bookshop tu kata esok... jangan le pulak tak siap lagi kang.. jenuh ibu nak menjawab kat adik nanti..














Baru je ibu ayah nak mium, anak2 darjah 1 dah siap turun utk rehat..


Monday, August 30, 2010

Hari Ulangtahun Hanan & Huda



Tanggal 28 Ogos adalah merupakan hari ulangtahun dua anak ibu - Hanan & Huda. Setiap tahun, bila tiba hari ini, ibu ayah mesti fikirkan apalah kek yang nak dihidangkan, maklumlah, keduanya dah besar dan dah pandai bersuara untuk tidak berkongsi kek.. Cukup puas mereka berkongsi kek semasa kecil, kini, bila dah dewasa, pening jugak ibu ayah pikir nak sediakan kek apa..

Alhamdulillah, tahun ini hari ulangtahun mereka jatuh pada hari ke=17 kita berpuasa bulan Ramadhan.



Inilah rupa kek yang ibu siapkan untuk dua anak ibu nih.. petang tu kami bergambar di rumah, kemudian terus ke surau untuk menghadiri majlis iftar bersama imam dari Masjidil Haram. Kek Huda ibu bawa untuk majlis iftar tersebut, manakala kek Hanan ibu simpan untuk reserve makan sendiri..



Pose standard bila tiba birthday seseorang.. huhu..



barisan hadiah dan kek yang telah tersedia untuk anak2 semua..



ha.. pilih siapa nak yang mana...



owhh... ibu dah siap2 susun, semua orang akan amek hadiah yang didepan masing-masing..



gimmic je nih... ibu to give to the girls & ayah to give to his sons...


finally, they were with their birthday gift..

Sunday, July 4, 2010

Kursus Haji Bersiri, Putrajaya Presint 11

Alhamdulillah, kursus haji bersiri yang diadakan oleh Lembaga Tabung Haji Cawangan

Putrajaya kini telah tiba ke penghujungnya, pada 12hb Jun 2010 yang lepas. Ketika itu, Wy langsung tak terasa yang kelas ini telah tiba ke minggu

ke-17, iaitu kelas yang terakhir. Di kelas yang terakhir ini, ustadz telah bercadang

untuk mengadakan kelas latihan praktikal seperti perlaksanaan haji sebenar di Mekah

al-Muqaramah..

Seperti biasa, bertempat di surau Al-Furqan, Presint 11, Putrajaya, kami memulakan

latihan praktikal di dalam surau. Di tengah-tengah laman di sediakan model Kaabah, siap

dengan Hijr Ismail dengan Maqam Ibrahim. Ku rasa sungguh teruja..


Taklimat dan penerangan dengan pelbagai ilmu dan pengetahuan dicurahkan oleh Tuan Haji

Ustadz Zamri Zainal Abidin, selaku tuan guru kami sejak pada minggu pertama lagi, bagi

menerangkan perjalanan latihan praktikal kami pada kali ini.



Dengan dimulakan dengan cara pemakaian pakaian ikhram bagi muslimin. Di samping itu juga,

ustadz ada menerangkan, pada ketika bila yang bahu kita perlu dibuka.




Ha.. itu dia heroku.. huhu.. dengan pakaian ikhram.. mudah-mudahan tiba juga le rezeki

kita nanti kan.. Amin..

Kononnya ketika ini, kita telah mandi sunat ikhram, dah selesai berpakaian ikhram,

berniat ikhram & solat sunat ikhram di dalam bilik hotel. Dengan ini kita telah termaktub

di dalam 13 larangan ikhram. Ketika ini kononnya kita berada di siang hari pada 8

Zulhijjah dan kita dah nak bertolak dari hotel menuju ke Padang Arafah. Waktu bertolak

kita adalah bergantung kepada bas yang menjemput jemaah kita ni, nanti.

Untuk praktikal kali ini, kita akan berjalan kaki menuju ke Petronas Presint 11.






Wy bersama kawan - Shahrina..
membayangkan seolah-olah kami sedang dalam perjalanan ke Arafah.


..beramai-ramai menuju ke 'Arafah'..


Setibanya kita di Padang Arafah nanti, kita akan menginap di khemah-khemah yang telah

ditetapkan. Pada sebelah malamnya, disunatkan kita mengadakan solat Tahajjud dan

Qiamullail. Di sana, pada siang 9 Zulhijjah, kita akan melakukan solat sunat Dhuha dan

seberapa banyak ibadah yang mampu kita lakukan. Ustadz yang bertugas juga akan mengadakan

berbagai aktiviti bersama para jemaah mengikut kumpulan-kumpulan yang tertentu.






Menjelang waktu Zohor, akan diadakan Khutbah Arafah. Waktu ini, keadaanya adalah sama

seperti waktu solat jemaah, di mana akan di adakan 2 khutbah, diikuti dengan acara solat

jama' tamam taqdim, iaitu solat zohor 4 rakaat, dihimpunkan bersama solat asar 4 rakaat.

Selesai acara solat, acara bebas juga dibenarkan, di dalam khemah masing-masing.


Apabila tiba masuk waktu asar, suatu pengumuman akan dibuat, di mana, ketika ini, adalah

afdhal bagi jemaah untuk berada di luar khemah dan berada di bawah lembayung langit dan

di bawah terik matahari untuk mengadakan segala jenis ibadah. Segala doa di ketika ini

adalah mustajab doa, Insya-Allah.




Apabila tiba waktu maghrib, kita disarankan supaya menyegerakan solat, begitu juga jika

makanan telah dihidangkan. Setelah tiba waktu maghrib, ini bererti telah tiba malam

10Zulhijjah, iaitu kita sudah mula bergerak ke Muzdalifah untuk bermabit di Muzdalifah

separuh malam. Suatu pengumuman akan dilakukan oleh kerajaan Arab Saudi bagi

mengisytiharkan mulanya waktu separuh malam di Muzdalifah. Ketika ini, disunatkan kita

untuk tidur seketika bagi menyediakan diri kita dengan ibadah qiamullail selagi giliran

bas kita belum tiba, hingga menjelang subuh. Mengikut riwayat, Rasulullah juga beribadat

di Arafah sehingga menjelang waktu subuh sebelum menuju ke Muzdalifah.

Selepas waktu tengah malam diisytiharkan, bas untuk mengangkut jemaah akan tiba untuk

perjalanan dari Arafah ke Muzdalifah. Tiba di Muzdalifah, para jemaah akan mengutip 7

batu untuk Jumrah Aqabah pada 10Zulhijjah dan 63 batu bagi ketiga2 Jamrah untuk hari-hari

Tasyrik (11, 12 & 13 Zulhijjah). Waktu paling Afdhal bagi kita melontar ialah pada waktu

Dhuha, tapi boleh juga kita membuatnya pada waktu zohor dan asar, mengikut ketentuan

rombongan kumpulan kita.




Kiranya lapangan parkir kereta ini adalah Muzdalifah kita.. Tengah Ustadz menerangkan

tentang kutipan batu tersebut, Huda Safwah dah pon siap mengutip batu untuk ibu ayah

dia.. terima kasih, wahai anak-anak bintun ibu..



Inilah rupa batu-batu yang Huda Safwah kutipkan tadi..


Bas akan tiba pula untuk mengangkut para jemaah untuk menuju ke Mina. Di Mina, para

jemaah akan melontar di ketiga-tiga jamrah pada setiap hari Tasyrik. Untuk praktikal kali

ini, Mina kita ialah di padang permainan kanak-kanak..


Kelihatan jiranku, Cikgu Idrus dan isterinya, Kak Julia yang telah pon terpilih untuk mengerjakan haji

tahun ini, turun bersama mengikuti latihan praktikal sepertiku yang masih dalam status

rayuan ini..



Hatiku terasa sebak seketika.. seolah-olah seperti benar2 aku telah tiba di Mekah,

Arafah, Muzdalifah & Mina.. ohh... mudah-mudahan kami terpilih untuk menjadi tetamu Allah

jua di suatu hari nanti.. Amin..




Ustadz sedang memberi penerangan tentang cara melontar yang betul untuk muslimin dan

muslimat.



Ini adalah sebahagian dari video yang sempat wy rakamkan ketika praktikal melontar. Takut

jugak, sebab ada jugak makcik-makcik yang pilih batu-batu besar untuk melontar. Bila

ramai orang dah siap melontar, baru wy ke depan, mencuba.. Hasilnya, balingan pertama dan

kedua tak masuk.. kena melontar dengan lebih kuat lagi rupanya..


Setelah selesai melontar, kita pulang ke hotel (di perkarangan surau) untuk melakukan

tahalul, iaitu bercukur dan bergunting. Dengan selesainya ibadah tahalul ini, maka,

selesailah sudah Tahalul Awal kita, iaitu terlepaslah kita dari 10 larangan. Ketika ini,

jemaah muslimin sudah boleh membuka pakaian ikhram dan memakai pakaian biasa.

Bagaimanapun, kita masih lagi termaktub kepada 3 larangan lagi, seperti mana yang telah

kita pelajari di dalam kelas.


Bagi menyempurnakan ibadah haji kita ini, kita perlu lagi dua rukun, iaitu tawaf haji dan

saie haji. Untuk pengetahuan semua, sebelum mengerjakan ibadat saie haji, kita hendaklah

melaksanakan dahulu tawaf haji.





Bagi latihan praktikal ini, kami bertawaf di dalam surau, menggunakan model kaabah, siap

dengan Hijr Ismail dan Makam Ibrahim. Dengan dimulakan di Rukun Hajarul Aswad, kami

bergerak mengelilingi Kaabah sebanyak 7 kali.




Setelah tamat ibadat tawaf, kami keluar pula untuk mengerjakan ibadah saie. Bermula di

Bukit Safa yang ditandakan dengan sebuah kerusi kecil, hinggalah ke Bukit Marwah, yang

juga ditandakan dengan sebuah lagi kerusi.

..kononnya, di sinilah dia Bukit Safa..


..Ustadz Zamri memberikan taklimat ketika di Bukit Safa..


..perjalanan dari Safa ke Marwah..


..setibanya kami di 'Bukit Marwah'..


..kembali semula ke 'Bukit Safa'..
..kembali semula ke 'Bukit Marwah'..



Di pertengahan antara Bukit Safa dengan Bukit

Marwah, ada dua penanda lampu hijau, yang mana, disunatkan untuk para jemaah muslimin

untuk berlari-lari anak, bermula daripada lampu hijau pertama hinggalah berjumpa dengan

lampu hijau kedua, begitu jugalah ketika pulang semula dari Bukit Marwah ke Bukit Safa.

Ibadat Saie Haji ini hendaklah dilakukan sebanyak 7 kali bermula di Bukit Safa, dan

berakhir di Bukit Marwah. Kiraannya adalah

sAFA-MARWAH-SAFA-MARWAH-SAFA-MARWAH-SAFA-MARWAH. Setelah selesai ibadah saie ini, dengan

ini selesailah sudah kesemua 13 larangan ihram yang dikenakan kepada setiap jemaah.

Alhamdulillah.. Selesailah semua urusan haji jemaah ketika ini.





Selesai sudah latihan praktikal untuk ibadah haji, kini ustadz menunjukkan pula cara

mengambil wudu' dengan menggunakan air di dalam botol mineral dan sudah tentunya

menggunakan air dengan jumlah yang paling minimum. Cara ini adalah yang termudah dan

segera, tanpa perlu ke tempat mengambil wudu', dengan menggunakan sehelai tuala tebal dan

plastik kecil. Pendek kata, pendekatan yang diambil ketika di dalam latihan praktik ini

adalah yang terbaik dan berkesan. Terima kasih kepada Ustadz Zamri dan pihak Tabung Haji

kerana menyediakan terlalu banyak ilmu pengetahuan dan pengalaman di sepanjang 17minggu

kursus ini berlangsung. Yuran sebanyak RM70 yang dikenakan adalah jumlah yang sangat

berbaloi, dengan makanan-makanan yang disediakan sepanjang waktu rehat. Semoga usaha

pihak Tabung Haji dan Surau Al-Furqan ini diberkati Allah hendaknya.. Sekian sahaja

coretan Wy tentang kursus haji kali ini. Mudah-mudahan Wy akan mendapat panggilan untuk

menjadi Tetamu Allah bagi mengerjakan Haji pada tahun ini, Insya-Allah, Amin..






Tuesday, June 29, 2010

Musim Cuti Persekolahan - Musin Perkahwinan

30-May-2010 - anniversary ke-14. alhamdulillah, kami dikurniakan dengan empat orang anak yang pintar dan solleh-sollehah.. amin..



perjalanan menghala ke melaka, setelah bersarapan donut yang dibeli di tepi highway sungai besi.. tengok, yang tua yang lebih lentok kat yang kecik..



setibanya di melaka, hujan selebat-lebat tidak. basah lencun. cair makeup ku.. huhu..



plan nak bergambar dengan suami konon-konon mengenang kembali detik 14 tahun yang lalu, pun dah tak ingat dah.. nasib baik sempat nak dok posing ngan anak-anak dara di kat atas pelamin.. ekekekekekeeee...





tapi, walau apa pon yang terjadi, kami tetap ceria.. walaupun aku dah plan jugak nak bergambar ngan semua cousin-cousin yang ada kat majlis tu, utk diupload ke fb, namun itu juga telah kuterlupa dek kalut sangat dengan hujan yang lebat dan meja makan yang basah lencun dengan air hujan..



apa nak buat, yang penting, ida dah selamat diijabkabulkan dan telah selamat bersanding di atas pelamin.. tq to mak enon & pak yed di atas berkat dan souvenir yang dibekalkan..