Thursday, January 20, 2011

Kisah Perjalanan Hajiku 1431H/2010

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya, sudi Dia menjemput kami sebagai tetamu-Nya ke Tanah Suci.

Setelah menghadiri jemputan sahabatku ke rumahnya sempena pemergiannya ke Makkah, hatiku terus berbisik, bilalah agaknya akan tiba giliranku untuk mengerjakan haji. Pengalaman saudara-mara dan sahabat-handai di sekeliling membuatkan ku takut untuk melengahkan lagi tututan agama yang ke lima itu.

Ketika mendaftar sebagai bakal jemaah haji, terkejut juga sebab giliran kami ialah pada tahun 2026. Terfikir juga, mampu ke kami dengan kesihatan kami ketika itu, dengan kos haji yang mungkin berganda mahalnya dari kos masakini, panjang lagi ke umur kami ketika 2026 tu nanti, ada duit ke kami ketika itu nanti..

Setelah dicadangkan oleh seorang sahabat, kami buat rayuan giliran haji. Nasib baik office sebelah je dengan office Tabung Haji di Jalan Tun Razak. Senang je urusan. Atas nasihat pihak TH, kami hubungi TH Putrajaya untuk mengikuti kursus haji bersiri.Wy kini mengaturkan langkah seterusnya dengan menghubungi pelbagai agensi swasta yang menguruskan pemergian jemaah haji ke Tanah Suci. Oleh kerana tertarik dengan cerita seorang sahabat yang boleh dikira sebagai kakak, ketika beliau pergi mengerjakan haji pada beberapa tahun sebelum ini, Wy buat keputusan untuk menyalurkan rayuan haji kami mengikut kuota agensi swasta Rayhar. Alhamdulillah rupa-rupanya pejabatnya juga adalah bersebelahan dengan officeku & TH. Memang dah memudahkan urusan. Syukur.. Itu juga adalah hikmahnya, aku ditempatkan di projek yang berpejabat di Jalan Tun Razak ini.

Setiap minggu, bermula bulan Februari 2010 hingga 12Jun 2010, kami ikuti kelas kursus haji bersiri. Berdebar juga hati ini bila dinasihatkan Ustadz Zamri Zainal Abidin selaku pembimbing kursus haji bersiri di Masjid Al-Furqan Presint 11, Putrajaya, supaya tawakkal dan berdoa selalu kepada Allah, agar ditawarkan sebagai jemputan-Nya. Tapi kami redha, Insya-Allah.

Di bulan Ramadhan yang lepas, ketika ku hendak menghantar salinan passport, seorang staff Rayhar telah memberitahu bahawa pihak TH baru sahaja mengesahkan bahawa namaku telah terpilih sebagai jemaah haji tahun ini. Ketika itu, perasaan ini, Allah sahaja yang tahu.. sepanjang perjalananku dari pejabat Rayhar ke TH, air mataku tak henti2 mengalir kegembiraan. Tiada ungkapan terbaik untuk menggambarkan kegembiraan hati ini. Allah mendengar hati dan rintihan ku.. Ya-Allah, syukur..

Ketika tiba di pejabat TH untuk mengambil surat tawaran, suratku tidak dapat dicetak kerana masalah teknikal. Maklumlah, Wy ialah orang pertama yang datang pejabat TH untuk mengambil surat. Sistem dijangka pulih dalamasa 30 minit. Oleh kerana kerja di office banyak, wy decided untuk balik semula ke office. Begitulah berbagai2 usaha dilakukan untuk mendapatkan juga surat tawaran haji yang dikeluarkan oleh pihak TH. Akhirnya, setelah memberika jawapan persetujuan, kami diarahkan menunggu panggilan yang menentukan pada bila-bila masa sahaja tarikh keberangkatan kami, bermula pada 1 Zulhijjah 1431H.

Sepanjang musim Syawal, hatiku berdebar2, tambahan pulak terlalu banyak aktiviti kursus intensif haji diadakan untuk para bakal haji. Tiba-tiba ku dikejutkan dengan panggilan telefon yang mengatakan tarikh keberangkatan kami ialah pada jam 130 pagi, 17hb Oktober 2010 (11 Zulkaedah 1431H). Tarikh berkumpul di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya ialah jam 8.00 malam, pada 16hb Oktober 2010. Ya-Allah.. tak sampai dua minggu untuk kami membuat persediaan. Tapi kami tetap bersyukur kerana terpilih sebagai tetamu Allah, dan kami redha, walau dalam apa keadaan sekalipun, Insya-Allah, kami akan tiba, menyahut panggilan-Mu,Ya-Allah.. Syukur, Alhamdulillah..

2 comments:

  1. Salam Hjh Wy... love ur blog! Bila agaknya bleh jumpa... take care!

    ReplyDelete
  2. Wsalam Hajjah Izy... anytime, just give me a call once u're in KL.. keep in touch, izy..

    ReplyDelete

Cakap je la ape2...