Sunday, July 4, 2010

Kursus Haji Bersiri, Putrajaya Presint 11

Alhamdulillah, kursus haji bersiri yang diadakan oleh Lembaga Tabung Haji Cawangan

Putrajaya kini telah tiba ke penghujungnya, pada 12hb Jun 2010 yang lepas. Ketika itu, Wy langsung tak terasa yang kelas ini telah tiba ke minggu

ke-17, iaitu kelas yang terakhir. Di kelas yang terakhir ini, ustadz telah bercadang

untuk mengadakan kelas latihan praktikal seperti perlaksanaan haji sebenar di Mekah

al-Muqaramah..

Seperti biasa, bertempat di surau Al-Furqan, Presint 11, Putrajaya, kami memulakan

latihan praktikal di dalam surau. Di tengah-tengah laman di sediakan model Kaabah, siap

dengan Hijr Ismail dengan Maqam Ibrahim. Ku rasa sungguh teruja..


Taklimat dan penerangan dengan pelbagai ilmu dan pengetahuan dicurahkan oleh Tuan Haji

Ustadz Zamri Zainal Abidin, selaku tuan guru kami sejak pada minggu pertama lagi, bagi

menerangkan perjalanan latihan praktikal kami pada kali ini.



Dengan dimulakan dengan cara pemakaian pakaian ikhram bagi muslimin. Di samping itu juga,

ustadz ada menerangkan, pada ketika bila yang bahu kita perlu dibuka.




Ha.. itu dia heroku.. huhu.. dengan pakaian ikhram.. mudah-mudahan tiba juga le rezeki

kita nanti kan.. Amin..

Kononnya ketika ini, kita telah mandi sunat ikhram, dah selesai berpakaian ikhram,

berniat ikhram & solat sunat ikhram di dalam bilik hotel. Dengan ini kita telah termaktub

di dalam 13 larangan ikhram. Ketika ini kononnya kita berada di siang hari pada 8

Zulhijjah dan kita dah nak bertolak dari hotel menuju ke Padang Arafah. Waktu bertolak

kita adalah bergantung kepada bas yang menjemput jemaah kita ni, nanti.

Untuk praktikal kali ini, kita akan berjalan kaki menuju ke Petronas Presint 11.






Wy bersama kawan - Shahrina..
membayangkan seolah-olah kami sedang dalam perjalanan ke Arafah.


..beramai-ramai menuju ke 'Arafah'..


Setibanya kita di Padang Arafah nanti, kita akan menginap di khemah-khemah yang telah

ditetapkan. Pada sebelah malamnya, disunatkan kita mengadakan solat Tahajjud dan

Qiamullail. Di sana, pada siang 9 Zulhijjah, kita akan melakukan solat sunat Dhuha dan

seberapa banyak ibadah yang mampu kita lakukan. Ustadz yang bertugas juga akan mengadakan

berbagai aktiviti bersama para jemaah mengikut kumpulan-kumpulan yang tertentu.






Menjelang waktu Zohor, akan diadakan Khutbah Arafah. Waktu ini, keadaanya adalah sama

seperti waktu solat jemaah, di mana akan di adakan 2 khutbah, diikuti dengan acara solat

jama' tamam taqdim, iaitu solat zohor 4 rakaat, dihimpunkan bersama solat asar 4 rakaat.

Selesai acara solat, acara bebas juga dibenarkan, di dalam khemah masing-masing.


Apabila tiba masuk waktu asar, suatu pengumuman akan dibuat, di mana, ketika ini, adalah

afdhal bagi jemaah untuk berada di luar khemah dan berada di bawah lembayung langit dan

di bawah terik matahari untuk mengadakan segala jenis ibadah. Segala doa di ketika ini

adalah mustajab doa, Insya-Allah.




Apabila tiba waktu maghrib, kita disarankan supaya menyegerakan solat, begitu juga jika

makanan telah dihidangkan. Setelah tiba waktu maghrib, ini bererti telah tiba malam

10Zulhijjah, iaitu kita sudah mula bergerak ke Muzdalifah untuk bermabit di Muzdalifah

separuh malam. Suatu pengumuman akan dilakukan oleh kerajaan Arab Saudi bagi

mengisytiharkan mulanya waktu separuh malam di Muzdalifah. Ketika ini, disunatkan kita

untuk tidur seketika bagi menyediakan diri kita dengan ibadah qiamullail selagi giliran

bas kita belum tiba, hingga menjelang subuh. Mengikut riwayat, Rasulullah juga beribadat

di Arafah sehingga menjelang waktu subuh sebelum menuju ke Muzdalifah.

Selepas waktu tengah malam diisytiharkan, bas untuk mengangkut jemaah akan tiba untuk

perjalanan dari Arafah ke Muzdalifah. Tiba di Muzdalifah, para jemaah akan mengutip 7

batu untuk Jumrah Aqabah pada 10Zulhijjah dan 63 batu bagi ketiga2 Jamrah untuk hari-hari

Tasyrik (11, 12 & 13 Zulhijjah). Waktu paling Afdhal bagi kita melontar ialah pada waktu

Dhuha, tapi boleh juga kita membuatnya pada waktu zohor dan asar, mengikut ketentuan

rombongan kumpulan kita.




Kiranya lapangan parkir kereta ini adalah Muzdalifah kita.. Tengah Ustadz menerangkan

tentang kutipan batu tersebut, Huda Safwah dah pon siap mengutip batu untuk ibu ayah

dia.. terima kasih, wahai anak-anak bintun ibu..



Inilah rupa batu-batu yang Huda Safwah kutipkan tadi..


Bas akan tiba pula untuk mengangkut para jemaah untuk menuju ke Mina. Di Mina, para

jemaah akan melontar di ketiga-tiga jamrah pada setiap hari Tasyrik. Untuk praktikal kali

ini, Mina kita ialah di padang permainan kanak-kanak..


Kelihatan jiranku, Cikgu Idrus dan isterinya, Kak Julia yang telah pon terpilih untuk mengerjakan haji

tahun ini, turun bersama mengikuti latihan praktikal sepertiku yang masih dalam status

rayuan ini..



Hatiku terasa sebak seketika.. seolah-olah seperti benar2 aku telah tiba di Mekah,

Arafah, Muzdalifah & Mina.. ohh... mudah-mudahan kami terpilih untuk menjadi tetamu Allah

jua di suatu hari nanti.. Amin..




Ustadz sedang memberi penerangan tentang cara melontar yang betul untuk muslimin dan

muslimat.



Ini adalah sebahagian dari video yang sempat wy rakamkan ketika praktikal melontar. Takut

jugak, sebab ada jugak makcik-makcik yang pilih batu-batu besar untuk melontar. Bila

ramai orang dah siap melontar, baru wy ke depan, mencuba.. Hasilnya, balingan pertama dan

kedua tak masuk.. kena melontar dengan lebih kuat lagi rupanya..


Setelah selesai melontar, kita pulang ke hotel (di perkarangan surau) untuk melakukan

tahalul, iaitu bercukur dan bergunting. Dengan selesainya ibadah tahalul ini, maka,

selesailah sudah Tahalul Awal kita, iaitu terlepaslah kita dari 10 larangan. Ketika ini,

jemaah muslimin sudah boleh membuka pakaian ikhram dan memakai pakaian biasa.

Bagaimanapun, kita masih lagi termaktub kepada 3 larangan lagi, seperti mana yang telah

kita pelajari di dalam kelas.


Bagi menyempurnakan ibadah haji kita ini, kita perlu lagi dua rukun, iaitu tawaf haji dan

saie haji. Untuk pengetahuan semua, sebelum mengerjakan ibadat saie haji, kita hendaklah

melaksanakan dahulu tawaf haji.





Bagi latihan praktikal ini, kami bertawaf di dalam surau, menggunakan model kaabah, siap

dengan Hijr Ismail dan Makam Ibrahim. Dengan dimulakan di Rukun Hajarul Aswad, kami

bergerak mengelilingi Kaabah sebanyak 7 kali.




Setelah tamat ibadat tawaf, kami keluar pula untuk mengerjakan ibadah saie. Bermula di

Bukit Safa yang ditandakan dengan sebuah kerusi kecil, hinggalah ke Bukit Marwah, yang

juga ditandakan dengan sebuah lagi kerusi.

..kononnya, di sinilah dia Bukit Safa..


..Ustadz Zamri memberikan taklimat ketika di Bukit Safa..


..perjalanan dari Safa ke Marwah..


..setibanya kami di 'Bukit Marwah'..


..kembali semula ke 'Bukit Safa'..
..kembali semula ke 'Bukit Marwah'..



Di pertengahan antara Bukit Safa dengan Bukit

Marwah, ada dua penanda lampu hijau, yang mana, disunatkan untuk para jemaah muslimin

untuk berlari-lari anak, bermula daripada lampu hijau pertama hinggalah berjumpa dengan

lampu hijau kedua, begitu jugalah ketika pulang semula dari Bukit Marwah ke Bukit Safa.

Ibadat Saie Haji ini hendaklah dilakukan sebanyak 7 kali bermula di Bukit Safa, dan

berakhir di Bukit Marwah. Kiraannya adalah

sAFA-MARWAH-SAFA-MARWAH-SAFA-MARWAH-SAFA-MARWAH. Setelah selesai ibadah saie ini, dengan

ini selesailah sudah kesemua 13 larangan ihram yang dikenakan kepada setiap jemaah.

Alhamdulillah.. Selesailah semua urusan haji jemaah ketika ini.





Selesai sudah latihan praktikal untuk ibadah haji, kini ustadz menunjukkan pula cara

mengambil wudu' dengan menggunakan air di dalam botol mineral dan sudah tentunya

menggunakan air dengan jumlah yang paling minimum. Cara ini adalah yang termudah dan

segera, tanpa perlu ke tempat mengambil wudu', dengan menggunakan sehelai tuala tebal dan

plastik kecil. Pendek kata, pendekatan yang diambil ketika di dalam latihan praktik ini

adalah yang terbaik dan berkesan. Terima kasih kepada Ustadz Zamri dan pihak Tabung Haji

kerana menyediakan terlalu banyak ilmu pengetahuan dan pengalaman di sepanjang 17minggu

kursus ini berlangsung. Yuran sebanyak RM70 yang dikenakan adalah jumlah yang sangat

berbaloi, dengan makanan-makanan yang disediakan sepanjang waktu rehat. Semoga usaha

pihak Tabung Haji dan Surau Al-Furqan ini diberkati Allah hendaknya.. Sekian sahaja

coretan Wy tentang kursus haji kali ini. Mudah-mudahan Wy akan mendapat panggilan untuk

menjadi Tetamu Allah bagi mengerjakan Haji pada tahun ini, Insya-Allah, Amin..






1 comment:

Cakap je la ape2...