Sunday, July 12, 2009

Projek Bakeri Aunty Wy

Dah ada Aunty Anne, ni, nak kena ada Aunty Wy le pulak.. kekeke...


Pagi semalam, lepas subuh je, Wy melompat ke dapur sebab nak prepare breakfast cum hidangan untuk kawan-kawan study group Hanan lepas Zohor ni. Yang pertama Wy adunkan ialah donut. Untuk donut, Wy buat 2 adunan. Lepas siap donut, Wy prepare pulak Red Bean Danish Bun. Nak resepi, nanti Wy uploadkan ke blog resepi Wy ye.

Lepas siap je semua tu, jam dah menunjukkan jam 9.30 pagi. Wy kena keluar sekarang jugak sebab memang dah plan nak gi sogo, cari barang. Oleh kerana masa suntuk & Wy kena balik sebelum zohor, maka, tak jadilah kami ke Sogo.. Jadinya ke IOI je le..

Itulah, perancangan Allah melebihi dari apa yang kita rancangkan. Contohnya, sepatutnya, selepas subuh sabtu semalam, Wy kena terus bersiap ke Shah Alam sebab Taska Dzuliman (sekolah adik) mengadakan sukan tahunan, tapi sebab adik demam, tak jadilah kami ke sana.. Then tule.. dari awal memang plan nak ke Sogo, akhirnya kami ke IOI je.. hmm.. Allah plans the best for us. Thank You Allah..


Thursday, July 9, 2009

Hanan sit for trial UPSR next week

Hanan, ibu siang dan malam mendoakan kejayaan Hanan dan semua anak ibu dalam pelajaran dan dalam hidup di dunia dan akhirat. Minggu depan Hanan akan menduduki peperiksaan percubaan UPSR. Ibu dan ayah dah bagi yang terbaik untuk Hanan. Ibu dan ayah juga tahu kemampuan Hanan. Dengan sokongan padu ibu ayah, para guru dan rakan2 serta usaha yang telah Hanan buat, ibu berharap agar Hanan berjaya. Just do your best!

It's So Sweet..

Walaupun tak sihat since petang semalamnya, Huda tetap gagah bangun pagi untuk bagi surprise kepada abangnya, Abang Farhan. Hari ini, 6 Julai 2009, adalah hari jadi Farhan yang ke-9. Farhan terkejut bila Huda sebut "Surprise!!... Huda pon control perasaan terujanya untuk bagi hadiah kepada abangnya itu..


Huda, you are so sweet.. walaupun tak sihat, still gembira meraikan harijadi abangnya.. Cuma Farhan je, control macho.. apela, Farhan..


Sampai orang nyanyi lagu Happy Birthday pon, Farhan still buat muka seposen je..


Hadiah yang Huda berikan kepada Farhan adalah hasil dari duit belanja sekolah yang ayah beri. Huda kumpulkan untuk belikan abangnya hadiah. Kesemua hadiah & sampul, Huda beli di book shop sekolah.. Baiknya Huda... Thank you Huda, for being such nice to your beloved brother.. Farhan, kena ingat tu, apa yang Huda buat untuk Farhan..

Wednesday, July 8, 2009

Pertemuan dua sahabat lama

Pagi subuh Ahad lepas, Wy terjaga dengan bunyi sms yang amat Wy nantikan, iaitu dari kawan sekolah yang lama tak berjumpa - Azizah Mustapha. Zizah datang ke Kuala Lumpur untuk menghantar anaknya pada pendaftaran pelajar baru di kolej Master Skill. Pagi tu, macam pertemuan jejak kasih kat Tol Kajang. Sebak sangat sebab tak sangka, akhirnya, dapat Wy jumpa dia.. Dah lama Wy cari Zizah, tapi no idea. Bila balik JB, sentiasa tak sempat nak terjah rumah parents dia..

Pagi tu, dari tol Kajang, Wy & hsbn pandu arah kereta Zizah ke rumah kami. Setibanya di rumah, hujan mulai turun.. Zizah & anak-anaknya bergegas masuk ke rumah. Dapat le borak dalam 20 minit, sebelum wy suruh zizah masuk bilik untuk tidurkan anak bongsunya yang merengek nak tido.. Lepas subuh, semasa menyiapkan hidangan sarapan, baru kami sambung bercerita tentang kawan2 lama & kisah2 lama kami.. tak banyak, sebab mengejar masa untuk menyiapkan segala-galanya untuk pendaftaran Dekya pagi tu..

Ok.. sementara Wy nak bersiap, kaum lelaki amek turn makan dulu.. hidangan pagi tu ialah mee hoon goreng, sambal kentang, karipap & french fries, milo & teh O..

Zizah dengan anak2nya, kecuali yang sulung, Haziq yang bertugas di JB hari tu.. Dekya - saling tak tumpah sebiji macam rupa ibu dia semasa di sekolah dulu..

Mak mertua Zizah pon ikut jugak untuk hantar Dek Ya ke kolej..


Tekun Dekya makan, sedap kot.. kekeke.. Harith.. comelnya..


Wy & Zizah.. pertemuan yang cukup manis setelah 2 dekad tak bertemu.. Semoga ianya tak terhenti di sini sahaja ye..

Sunday, June 28, 2009

'Reunion' Geng2 PERNEC Bangi Office


Alhamdulillah, akhirnya setelah hampir 2 tahun tak berjumpa rasanya, kita berkumpul semula di rumah Rin, di Puchong. Di sini, kami berjumpa lagi dengan para suami, para isteri dan anak-anak yang dah lama tak berjumpa.. banyak cerita dikongsi bersama.. seronoknyeee....

Terima kasih kepada Rin & Azhar kerana sudi mengumpulkan dan menjemput kami ke rumah. Mudah-mudahan kita berjumpa lagi selepas ini ye, Insya-Allah..




Rasanya kali terakhir budak-budak ni berjumpa dulu, Myiesha belum ade kan.. now.. tengok.. Myiesha pon dah besar, dah nak jadi kakak pon dah..




Surprise!!

Semasa ayah sibuk meracun kebun, ibu ngan huda & safwah sibuk prepare kek sempena hari bapa. Kelam kabut jadiknya.. Kek panas lagi.. topping pon tak keras lagi, so, bila tulis icing atas tu, memola cantik je.
Tak lama lepas tu, all my fonts becomes bold and bold.. sabar je lah.. yela.. kek & topping dia panas..

Walau bagaimanapun, rancangan kami nak surprisekan ayah berjaya.. hehe..



tak cukup dengan itu, budak2 ni pon bagi kat ayah dorang kad hari bapa yang dibuat mereka sendiri.. terima kasih anak2 ibu sebab pandai mengambil hati ayah ibu.. semoga semua menjadi anak2 yang soleh dan berjaya dunia akhirat.. amin!!




Cerita Ayah Lagi..


Petang Ahad lepas, ayah sibuk nak meracun kebunnya.. kalau tak diracun, lalang tinggi-tinggi.. yang binatang yang melingkar tu senang nak sembunyi..


sekali tengok, cam pegawai kesihatan yg check H1N1 tu.. hehe..


ha, akhirnya.. ada jugak hasilnya.. inilah buah pertama sukun kami.. pokok yang kedua. pokok pertama mati.. :(