Wednesday, October 28, 2009

Rombongan Cruise Tasik Putrajaya

Hari ini adalah hari yang paling menggembirakan selepas tamat peperiksaan UPSR. Hanan dah lama menghitung hari untuk mengambil peluang menaiki bot ini. Ternyata, impian Hanan kini menjadi kenyataan..


Pihak sekolah telah menggunakan dua biji bas untuk mengangkut pelajar 6Alamanda & 6Hibiscus untuk rombongan kali ini.

Penerangan tentang laluan yang bakal dilalui sepanjang menaiki cruise tasik ini..


Inilah dia, wajah kapten cruise yang kami naiki..


..meter-meter yang terdapat di dashboard..


paham ke, hanan?


The best BM teacher - Cikgu Azmi the No 1!


The boys with Cikgu Azmi.


Hanan bersama kawan-kawan di dalam cruise.


Inilah dia rupa cruise dan para guru pengiring kami yang baru je keluar dari bot.. seronoknya..

Hanan bersama kawan-kawannya.. tahun depan belum tentu lagi dapat bersama lagi..


kenangan di sekitar dan di dalam masjid besi..

habis jalan, makan le.. mahap, Hanan tak bawak duit.. siapa ada duit lebih.. huhu.. hanan mintak belanja le.. ish..

View sekitar Putrajaya yang sempat Hanan rakamkan di sepanjang berada di dalam Cruise Tasik. Errr..... gambar aweks tak amek ke Hanan? Tak de ponn...?


Saturday, October 24, 2009

Memakmurkan bumi Allah

Berlalulah sudah Ramadhan, sebulan berpuasa.. lagu Anuar & Ellina yang Wy set kat handphone as message tone, dah pon ditukar ke tone lain.. Hmmm... dengan itu, habis sudah cerita raya..
Kini, Zulkaedah menjelma, musim haji juga telah bermula.. Selamat Mengerjakan Panggilan Allah di bumi Mekah al-Muqaramah..
Bagi kami, kehidupan ini bermula seperti biasa.. Setelah hampir setahun meninggalkan dunia kebun, gara2 meneman Hanan menghadapi UPSR, Wy kembali semula ke arena bumi hijau seperti yang disarankan oleh kerajaan hari ini. Seronok mengerjakan pokok-pokok ni.. especially bila dah dapat hasilnya.. buah, bunga, keindahan, macam-macam lah..
Sabtu pagi, perkara pertama yang Wy nak buat ialah mencantas pokok pelam.. layannn...


Tengah dok bersih-bersihkan dahan-dahan pokok tu, al-kisahnya, ada pulak sarang burung kat situ. Bagaimanapun, kami telah meletakkan balik sarang burung itu di atas pokok pelam kami.. kesian nanti mak burung cari anak dia..


Friday, October 23, 2009

Diari Tanjung Puteri di Syawal 1430H


Menu sajian utama kami - Nasi minyak, ayam masak merah, daging beriyani & pencuk timun nenas.


My cousin's wife, Kak Sira dengan Mursyidah, Wy & Safwah. Sori le abang yad, wy ingatkan noh ada masukkan sekali abg yad kat dlm gambo nih... Maman & Awin.. macam ada gam je kat kerusi tu... Linda & Rina = my cousin yang vogue tu.. akhir sekali - Ilhan Ilman dengan mama & ayahnya..


geng-geng rumah 245, Keramat..



Antara kawan2 PERNEC yang hadir.. maklumlah, bila dah ramai, masa wy berborak & melayan tetamu, wy tak ingat nak amek semua gambar tetamu yang hadir.


Monday, October 19, 2009

Majlis Sambutan Hari Jadi Ayah

Hari Ahad yang lepas adalah merupakan hari lahir ayah. Oleh kerana kebetulan birthday ayah jatuh pada bulan Syawal, Ibu dan Ayah sepakat untuk menjemput jiran terdekat kami, iaitu Makcik Ina dan Makcik Zie untuk datang bersarapan pagi. Maklumlah, dorang belum datang lagi beraya ke rumah kami tahun ni...

Turut hadir ialah kesemua adik beradik ayah, kecuali maklong anak-beranak.. masing2 ada hal masing2..
kali ni kita bergambar kat sudut lain pulak..


huda dengan gayanya yang kelam kelibut seperti biasa.. tak sabar nak potong kek..



3 dara.. tak lama lagi najwa bleh join.. kena buli je le nanti..

owhh.. tetamu awalku.. tq for coming kaksal..

hadiah yang diberi untuk ayah dari anak2 dan makngah.. tq u all..

Mini Open House Raya 2009

Kalau sebelah tengaharinya kami adakan majlis sambutan hari jadi untuk Safwah, sebelah petangnya pulak Wy & Noh panggil beberapa orang kawan lama dan saudara-mara yang berada di sekitar KL ini untuk menjamu selera di rumah kami. Open house ini terbahagi kepada dua event. Satu event semasa majlis menyambut hari jadi Safwah. Satu lagi event kami adakan sempena program ziarah raya kawasan semiD Fasa 1 DPP.

Gambar-gambar di atas menunjukkan canopy setting yang ayah sediakan demi memberikan keselesaan kepada tetamu kami sewaktu menikmati juadah yang disediakan nanti. Wahh.. makan kat luar pon best, dapat udara fresh, dekat dengan pokok-pokok...


Berikut adalah meja hidangan yang disediakan oleh ayah untuk ibu menyusun juadah yang telah disediakan. Dekorasi bunga disediakan oleh Kak Sal, yang kemudian digayakan oleh Kak Za di kaunter makanan. Hidangan yang Wy sediakan kali ini adalah soto ayam dan nasi minyak berlaukkan beriyani daging, ayam merah & pencok. Ada juga muffin blueberry yang wy buat pada hari jumaat petang, iaitu sebaik sahaja wy tiba dari office, kek marble yg wy buat pada subuh hari sabtu tersebut dan agar2 merah yang siap wy masak jam 12.30 malam sabtu tu. Turut disajikan bersama adalah kacang kuda yang wy rebus tengahari tu, sebaik sahaja selesai wy menanak nasi minyak. oh ya.. tak lupa juga, kek sarawak yang dibeli khas untuk raya sewaktu kami berkunjung ke Sarawak Julai yang lepas.


Gambar Huda bersama dara-dara pingitan dari DPP.. Hanan bersama anak2 Rosli - Danish & Ichi tengok video Upin Ipin. Penuh sesak ruangan tengah ni dengan anak2 yang berminat dengan tayangan video Upin Ipin nih. Ibu lupa pulak nak ambil gambar anak2 yang ramai ni.. Farhan pulak sibuk melayan kawan2 melayari internet dengan bermain game online, manakala Safwah bersama anak Kak Che Mah - Aisyah bersama menonton video animasi kegemaran ramai itu.

Sunday, October 11, 2009

Kemeriahan Majlis Hari Jadi Safwah


kek ni, ibu buat sendiri tau.. kesemua makanan yang dihidangkan dimasak sendiri oleh ibu, kecuali kek lapis.. jemput makan ye..
Tanggal 10 Oktober memang senang nak diingat ramai.. yelah.. tarikh cantik. Itulah juga tarikh lahir adik.. Safwah dilahirkan pada 10-10-2004, iaitu 5 tahun yang lepas. Kebetulan tarikhnya hari ini jatuh pada bulan Syawal, ayah ibu pon decide to make a celebration together with majlis jamuan hari raya yang dikira sederhana, tetapi meriah (ala-ala majlis siti ngan datuk K dulu2.. gitu...)


Siap je kek, kami terus berkumpul kat meja makan coz nak nyanyi ramai2 untuk adik. excitednya dia.. "ibu, orang ni ramai2 dtg umah kita sbb bday adik kan, ibu.."

Adik bersama abg kakak, ibu ayah, maklong, makngah mokde, kak pidah. makteh takde masa ni sebab tengah teman muqri tido. ilhan sempat masuk frame sikit.. sori ilman, uncle sham tak terincludekan ilman dengan tokbak kat dalam ni.. kekeke..

Safwah cium kakak yang pandai membelikan hadiah untuk adik... sayyanggg kakak.. juga bersama nenek yang bagi hadiah duit birthday. Masa abg ngan kakak punya birthday pon, nenek bagi jugak.. Haa.. tu.. makteh.. baju yg adik pakai sewaktu bergambar ngan makteh tu, adalah bday gift dari makteh.. lastly.. acuwawa ngan muqri..

Sunday, October 4, 2009

Salam Lebaran di Hari Raya



Anak-anak Mak Neng dipetang raya, di rumah Kak Sal..


Family Kakak tak cukup sebab Icer kat Penang, Abg Zali gi Beranang..



family Kak Sal..



family Noh, iaitu anak lelaki tunggal Mak Neng & Pak Mail..



ladies that coloures my life beauty and happily..

lagi gambar akan dimuatkan, mengikut masa lapang kami nanti..


Perjumpaan Kawan-kawan Lama Di Hari Raya

Alhamdulillah, sempena Syawal tahun ini, kami dapat berjumpa juga kawan-kawan lama. Tak dapat jumpa semua, jumpa 4-5 orang tu, cukuplah jugak untuk mengeratkan silaturrahim..

Zety, Wy & Zizah.. sama-sama sewaktu form 1 di kelas 1A, SDARY 1985..


Zety.. still single.. are u available? Zizah.. tak lama lagi, menantu le dia..anak sulung pon dah 19 tahun dah..


Zizah, zety, adik zety no 9 & 10 serta anak saudara mereka..

Sibuk Hanan mencari kasut dalam kereta, tetiba 3 jejaka ensem turun dari tangga.. rupa-rupanya man dan suhaimi dah nak balik dah.. wy cepat2 snap gambo dorang ni sbb takut kang tak sempat amek gambo.

borak punya borak kat bawah ni, mazli pulak tiba.. bini masing2 dah letih berdiri menunggu dah.. tuan rumah still lagi melayan borak geng2 245 kat bawah.. hehe..

Saturday, October 3, 2009

Kumpulan Marhaban Anak-anak Jemaah Surau Al-Hijrah

Seronok tak terkata ibu malam ni. Lepas berbuka, ibu terus menyediakan juadah untuk hidangan anak-anak seperti yang ibu sebut-sebut dari pagi tadi. Lihatlah suasana yang meriah ni.. dengan perasaan teruja yang teramat sangat, ibu sampai lupa nak amek gambar hidangan yang telah disediakan.. yang pegang kamera lak malam ni huda ngan ayah.. paham2 jelah rupa gambarnyee...