Friday, October 2, 2009

Kemeriahan Syawal

Tak sempat Wy nak upload gambar-gambar raya kami sekeluarga, tup.. tup.. dah 13 Syawal dah hari ni. Malam tadi, sebelum tidur, ibu dah siapkan kuih raya setiap seorang anak dua bekas untuk dibawa ke sekolah sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri di sekolah pagi dan jugak petang ini. Kesemua sekolah anak-anak, baik SKP P16(2), KAFA Miftahuddin dan Tadika DzulIman mengadakannya hari ini. Setiap anak ibu dah siapkan dengan kuih raya, mangkuk, pinggan, cawan, sudu garpu untuk mereka menikmati hidangan di sekolah nanti. Ibu yang seronok sangat-sangat. hehe... Pagi-pagi ibu dah siapkan sarapan untuk anak-anak dan juga pakaian raya untuk dipakai ke sekolah pagi ni. Cantiknya anak-anak ibu. Opss tak sedar ibu dah terlewat nak ke tempat kerja. Nasib baik sebelum 8.15 ibu dah selamat tiba di PNB tadi.


Farhan selalu cam tu, tak reti nak senyum depan kamera.

Anak-anak yang dah bersiap nak ke sekolah untuk majlis sambutan hari raya..


Kemeriahan Syawal ini juga kini semakin dirasai kami sekeluarga apabila malam ni akan tiba sekumpulan anak-anak jemaah surau Al-Hijrah untuk mengalunkan selawat marhaban di rumah kami malam ni.

Wy dah siapkan pudding castard berserta dengan kuahnya malam tadi. Fruit cocktail je, Noh kena beli petang nanti. Harap-harap dia tak lupa.. Hidangan yang disediakan tak berat, goreng-goreng aje. Walau apapun, kita tunggu masanya malam nanti. Tak sabar rasanya nak merakam aksi anak-anak ni datang berselawat dan bernasyid di kediaman kami ni nanti.. Tungguu....

No comments:

Post a Comment

Cakap je la ape2...