Monday, October 19, 2009

Mini Open House Raya 2009

Kalau sebelah tengaharinya kami adakan majlis sambutan hari jadi untuk Safwah, sebelah petangnya pulak Wy & Noh panggil beberapa orang kawan lama dan saudara-mara yang berada di sekitar KL ini untuk menjamu selera di rumah kami. Open house ini terbahagi kepada dua event. Satu event semasa majlis menyambut hari jadi Safwah. Satu lagi event kami adakan sempena program ziarah raya kawasan semiD Fasa 1 DPP.

Gambar-gambar di atas menunjukkan canopy setting yang ayah sediakan demi memberikan keselesaan kepada tetamu kami sewaktu menikmati juadah yang disediakan nanti. Wahh.. makan kat luar pon best, dapat udara fresh, dekat dengan pokok-pokok...


Berikut adalah meja hidangan yang disediakan oleh ayah untuk ibu menyusun juadah yang telah disediakan. Dekorasi bunga disediakan oleh Kak Sal, yang kemudian digayakan oleh Kak Za di kaunter makanan. Hidangan yang Wy sediakan kali ini adalah soto ayam dan nasi minyak berlaukkan beriyani daging, ayam merah & pencok. Ada juga muffin blueberry yang wy buat pada hari jumaat petang, iaitu sebaik sahaja wy tiba dari office, kek marble yg wy buat pada subuh hari sabtu tersebut dan agar2 merah yang siap wy masak jam 12.30 malam sabtu tu. Turut disajikan bersama adalah kacang kuda yang wy rebus tengahari tu, sebaik sahaja selesai wy menanak nasi minyak. oh ya.. tak lupa juga, kek sarawak yang dibeli khas untuk raya sewaktu kami berkunjung ke Sarawak Julai yang lepas.


Gambar Huda bersama dara-dara pingitan dari DPP.. Hanan bersama anak2 Rosli - Danish & Ichi tengok video Upin Ipin. Penuh sesak ruangan tengah ni dengan anak2 yang berminat dengan tayangan video Upin Ipin nih. Ibu lupa pulak nak ambil gambar anak2 yang ramai ni.. Farhan pulak sibuk melayan kawan2 melayari internet dengan bermain game online, manakala Safwah bersama anak Kak Che Mah - Aisyah bersama menonton video animasi kegemaran ramai itu.

5 comments:

  1. hik22...aku nie bab2 komen n komplen suka aja....aku nampak mcm ada pokok mempelam ler kat laman rumah kau tu..betul ker tak....
    pendapat aku ler....hik22 jgn marer ler...

    pokok yga berjenis akar banyak n dalam n besar...tak sesuai ditanam dikawasan perumahan..terutama rumah22 yg cantek mcm nie...

    memang boleh makan buah..but kurang sesuai...
    setahun dua lagi kau akan rasa tak berapa nak best..sbb..
    1. longkang , parit akan pecah
    2. tanam2 hiasan sekeliling dia akan kurang subur..
    3. kalau kau parking or letak kereta or motor..getahnya akan kena pada bumbung/bonet keter..susah nak tanggal..

    kalau nak tanam..aku cadang, tanam pokok delima, limau yg kecik22..

    sekadar bagi komen aja..

    kelapa pon tak sesuai dlm kawasan rumah...kelapa pandan ker..gading ker...apa2 lah..janji kelapa...

    jgn marer noe..

    cantek rumah...n lagi satu jgn sesekali tanam or bawak balik letak tepi2 paip air pokok ulam pegaga/ pegaga hiasan...
    nanti rosak habis semua rumput karpet....
    pegaga hiasan tu minat sngt kat rumput karpet...

    itu aja..

    ReplyDelete
  2. woo.. encik khairi.. saya dah suruh berapa kali dah kat encik mdnoh ni, suruh tebang pokok pelam tu.. dia sayang..

    pokok rambutan, manggis dan pulasan yang dia tanam dulu tu pon, saya yang tebang. dia sayang nak tebang pokok2 tu..

    anyway tq for the comment, esp yg pokok ulam pegaga tu.. mmg dah experience..jenuh nak cabut.. pakai cangkul le..

    ReplyDelete
  3. biasalah..tambah2 kita yg mai dari kg..hik22...semua nak tanam....

    pelan22 lah...nak buang memang sayang...tambah2 yg berbuah....ok

    ReplyDelete
  4. Dah tebang dah pokok tuu.... nnt kasi potong habis... kita ganti ngan wakaf...heheh.. projek baru la tuhh

    ReplyDelete

Cakap je la ape2...