Tuesday, September 8, 2009

UPSR 2009

Alhamdulillah, hari yang dihitung selama ini sudah tiba. Pagi ni, Hanan dan rakan-rakannya akan menduduki peperiksaan besar untuk anak-anak sekolah rendah, iaitu UPSR. Semoga Allah memberkati segala usaha yang telah kami lakukan selama ini.

Selain dari Hanan menduduki peperiksaan UPSR, adik-adiknya Farhan dan Huda juga menghadapi peperiksaan akhir tahun di sekolah, hari ini.

Ya-Allah, Engkau berikanlah sakinah di dalam jiwa anak-anak ini supaya mereka dapat menjawab soalan dengan tenang dan teratur. Engkau lapangkanlah dada mereka dan terangkanlah hati mereka agar mudah mengingati segala apa yang telah mereka pelajari. Amin, Ya-Rabbal Alamin..

3 comments:

  1. Salam...cikgu shida doakan Hanan akan berjaya memberikan contoh yang terbaik untuk adik2 yang lain.Amin...Memanglah harapan kami sangat tinggi agar semua kawan2 Hanan juga cemerlang. Periksa akhir tahun akan dijalankan sebelum cuti sekolah. sekrg ujian bulanan sahaja. GOOD LUCK dear.

    ReplyDelete
  2. Wsalam.. terima kasih di atas doa dan ilmu yang cikgu curahkan kepada hanan & kawan2nya serta anak-anak lain amnya.. segala yang terbaik telah diberi kepada anak-anak ini. terpulang merekalah apa yang nak dijawab nanti. malam tadi, sewaktu suruh hanan belajar sains, dia kata dia dah confident dengan sains. cikgu shida dah bagi macam2 tips dah siang tadi. katanya: "Hanan dah ok dah sains". trial last time pon, dia dapat A utk sains kan.. Terima kasih cikgu.. semoga anak2 ini mendapat keputusan yang terbaik. amin..

    ReplyDelete

Cakap je la ape2...