Sunday, September 20, 2009

Malam Tujuh Likur


Lepas Hanan habis exam, ibu rasa seronok duduk kat luar, amek angin sejuk, tengok pokok dan bunga-bunga termasuklah meninjau-ninjau padang golf ayah.. hehe..

Tetiba teringat pulak tibanya malam tujuh likur. Malam tujuh likur semasa zaman ibu kecik-kecik dulu, Tok Bak selalu bawak ibu, pakngah & pakcu gi kampung melayu, majidee dan beberapa kawasan perumahan sekitarnya. Rumah dorang ni selalunya penuh dengan pelita dan lampu kelap kelip yang memeriahkan suasana menjelangnya Aidil Fitri. Tak kurang juga dengan gelagat kanak-kanak yang bermain bunga api.

Jadi, bila terkenangkan zaman dulu tu, ibu pon suruh le ayah pasang lampu kelap kelip kat rumah.. just untuk merasa meriahnya suasana. Rumah jiran2 pon dah pasang lampu kelap kelip tu, jadi, kalo kita tak pasang, cam tak syiok pulak.. Kak Zie, Kak Ina, Wy nak join jugak.. kekekeke...



No comments:

Post a Comment

Cakap je la ape2...