Sunday, March 29, 2009

Program Masakan Bersama Chef Wan - Hidangan Santapan Perkahwinan Di Raja


Sabtu lepas, semasa di Pesta Perkahwinan Putrajaya 2009 di PICC, Wy berpeluang menyaksikan sendiri Chef Wan mengendalikan program masakan di sana. Segmen bersama Chef Wan dinamakan "Hidangan Santapan Perkahwinan Di Raja". Sebelum memulakan masakan, Chef Wan bercerita tentang pengalamannya semasa ditugaskan untuk memasak sempena perkahwinan Tengku Muda Pahang dengan Tengku Puan Julita. Seronok dengar..

Wy pun sempat bertanyakan kepada Chef, apa beza bread softner dan bread improver. According to him, they are both artificial ingredients. Kedai selalu guna untuk mengelakkan roti mereka cepat keras. Kalau kita buat kat rumah untuk makan anak-anak, tak payah le masukkan all those things. Lagipon, selalunya artificial ingredients ni selalunya tak elok dan boleh menyebabkan kanser.. takut pulak yek..


Sewaktu program tu, Chef Wan masak tiga jenis masakan, iaitu Kuzi Kambing, Ayam Panggang Pencok dan Udang Sri Pandan. Wy salin, tapi tak sempat nak masukkan ke komputer. Nanti kalau dah siap, wy masukkan dalam website Tanjung Puteri di http://tanjung-puteri.webs.com

No comments:

Post a Comment

Cakap je la ape2...