Friday, March 27, 2009

Makanan Best kat JB

Balik je JB semasa cuti sekolah yang lepas, Projek pertama untuk makan malam - cari satay Wak Radol.. sori yek.. Punyela teruknya excited nak makan, sampai tak ingat betul nak amek gambo.. kekekeke....

esok pagi gi kampung melayu pulak nak pekena ABC...

ABC sedap..


ni le nama kedai yang pasti kitorang singgah untuk makan ABC, bila balik JB..



Brader ni dengan gayanya menyiapkan pesanan untuk ABC.. Since wy ke sana just untuk order bawak balik, so wy pinjam le ABC yang dah siap untuk dihidangkan ke customer tu, untuk amek gambar.. tak perasan rupanya ada ramai abang2 hensem kat dalam gerai tu.. dorang tengah sibuk menyiapkan bahan2 ABC. suruh wy amek gambo dorang, segan pulak.. hehe..


Wy order ABC bungkus je, sebab malas nak berebut tempat duduk yang selalu penuh tu.. sementara menunggu giliran tu, order pulak rojak petis.. sedap jugak nih.. first time makan. sebelum ni tak pernah beli pon.

Rojak Petis..

Lepas amek ABC, kitorang ke gerai hujung sana pulak, untuk beli yong tou fu. kitorang selalu pergi beli kat gerai awang. Dari wy kecik sampai anak ramai ni, wy selalu makan yong tou fu kat gerai ni. Bila tiba KL, rupa2nya Yong tou fu dia lain pulak rupa.. ade ke pakai kicap dengan sambal.. pelik yek.. tu le.. lain tempat, lain cara makannya, kann...

Teringat pulak semasa balik JB pada cuti sekolah december yang lepas, Kak Jami siap beli dari sana, bawak balik ke KL... dia beli lak flusk baru, brader yg jual ABC tu siap cerita, memang ada customer dia bawak balik ke Melaka la, KL la, Selangor la.. tu yang brader tu ajar cara nak buat macam mana supaya ABC yang cantik tu tak cair.. betul le... ais pon still tak cair lagi.. macam kita beli kat kedai, then bawak balik rumah.. rasa dia pun maintain, walaupun dah berjalan sejauh 3 jam travel JB-KL..


No comments:

Post a Comment

Cakap je la ape2...