Friday, October 2, 2009

Kemeriahan Syawal

Tak sempat Wy nak upload gambar-gambar raya kami sekeluarga, tup.. tup.. dah 13 Syawal dah hari ni. Malam tadi, sebelum tidur, ibu dah siapkan kuih raya setiap seorang anak dua bekas untuk dibawa ke sekolah sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri di sekolah pagi dan jugak petang ini. Kesemua sekolah anak-anak, baik SKP P16(2), KAFA Miftahuddin dan Tadika DzulIman mengadakannya hari ini. Setiap anak ibu dah siapkan dengan kuih raya, mangkuk, pinggan, cawan, sudu garpu untuk mereka menikmati hidangan di sekolah nanti. Ibu yang seronok sangat-sangat. hehe... Pagi-pagi ibu dah siapkan sarapan untuk anak-anak dan juga pakaian raya untuk dipakai ke sekolah pagi ni. Cantiknya anak-anak ibu. Opss tak sedar ibu dah terlewat nak ke tempat kerja. Nasib baik sebelum 8.15 ibu dah selamat tiba di PNB tadi.


Farhan selalu cam tu, tak reti nak senyum depan kamera.

Anak-anak yang dah bersiap nak ke sekolah untuk majlis sambutan hari raya..


Kemeriahan Syawal ini juga kini semakin dirasai kami sekeluarga apabila malam ni akan tiba sekumpulan anak-anak jemaah surau Al-Hijrah untuk mengalunkan selawat marhaban di rumah kami malam ni.

Wy dah siapkan pudding castard berserta dengan kuahnya malam tadi. Fruit cocktail je, Noh kena beli petang nanti. Harap-harap dia tak lupa.. Hidangan yang disediakan tak berat, goreng-goreng aje. Walau apapun, kita tunggu masanya malam nanti. Tak sabar rasanya nak merakam aksi anak-anak ni datang berselawat dan bernasyid di kediaman kami ni nanti.. Tungguu....

Sunday, September 20, 2009

Selamat Tinggal Ramadhan, Selamat Datang Syawal..

Hari yang dinanti kini dah tiba.. Selamat Hari Raya semua.. Maaf di atas segala kesilapan dan keterlanjuran kata, terutama sekali sewaktu wy menulis blog wy dan blog kawan2 ini ye..

Pagi raya, punya le sibuk nak sediakan macam2, sampai terlupa nak amek gambar sekeluarga dirumah. Kak Sal dah balik, baru teringat. Takpelah. Petang nanti kita ke rumah kaksal, kita bergambar keluarga di rumah sana le ye.. tukar environment.. asyik bergambar di background yg sama je..



Seronok tengok kedua orang kakak iparku, Kakak & Abg Zali serta Kak Sal & Abg Mat menikmati hidangan yang disediakan..


Abang mat dah siap makan baru wy teringat nak amek gambar hidangan yang disediakan..


Tiga anak bujang hensem.. Ncam, Hanan & Farhan di pagi raya.


Dua orang anak dara ibu yang comel..


Anak-anak ibu di taman ayah..


Takbir malam raya

Kali pertama setelah 5 tahun berkumpul bersama di Shah Alam dulu, raya pada kali ini kami merayakannya di rumah sendiri, di Desa Pinggiran Putra. Seronok pulak rasanya, beraya di rumah sendiri. Dengan kumpulan jemaah surau yang datang bertakbir di malam raya. Tahniah di atas perpaduan yang disemaikan ke dalam jiwa ahli-ahli surau, terutama sekali jemaah al-Hijrah, DPP.


Demikianlah sajian sederhana yang disediakan untuk jemaah. Maklumlah, katanya orang tak ramai dan rumah kami adalah rumah yg ke tujuh, iaitu rumah yang terakhir.


Tepat jam 11.40 malam, jemaah pon tiba.



Huda yang dah tidur pon, bangun sebab excited nak dengar takbir raya di rumah sendiri.

Owhh.. Acu wawa seronok dapat tolong kak pidah jaga muqri ye..


Juadah malam raya untuk berbuka puasa


Masakan ini disediakan bersama-sama.. dari pagi sblm raya, sampai le jejak ke waktu berbuka puasa..



Rendang daging oleh Mak Neng, Kak Jami dan Kak Za.

Kuah Lemak Lodeh Wy.

Ayam masak merah wy.

Sambal kuah kacang wy.

Sambal goreng Mak Neng, Kak Za & Kak Jami.

Serunding jawa Wy.


Hasil buah di taman dan kebun ayah


Cakonan, Water Lilly, Exotica Papaya, Sukun & Dragon Fruit yang diperolehi dari persekitaran pokok yang ditanam sendiri.. Alhamdulillah.. puas hati sangat..


Orkid baru ibu

Orkid rosmah yang yang semakin banyak menghasilkan bunga.


yang ni beli kat sg buluh sewaktu kali kedua membeli rumput carpet yang tak cukup tempohari.



sewaktu beli dulu, orkid ni masih tak terbuka lagi. now.. cantik dah.. tapi dia tak kembang betul lagi. risau lak nak tinggalkan orkid ni utk balik JB sbb takut bunga rosak & satu lagi masa beli tu, harganya mahal.. 2 pokok rm110. tu paling berani le yang wy pernah beli.. orang lain beli lagi mahal2.. pada kita, ikut je le apa yg kita termampu..

Rumput karpet pada minggu kedua..

Selepas dua minggu dan penambahan beberapa keping lagi rumput, inilah hasilnya.. under supervision ayah, rumput-rumput yang disiram 3 kali sehari ini, kini disiram sebanyak 2 kali sahaja. Budget.. tak lama lagi nak raya.. hehe..