Tuesday, February 9, 2010

Balik JB - makan lagi..

Upacara makan-makan dimulakan dengan agenda biasa.. yang pertama.. Beriyani Pokok Sena, Batu Pahat..

kambing 2, daging 3. Adik ngan huda syer sepinggan kambing. Farhan kambing sepinggan.. yang lain daging.. special yo..


RM5 untuk daging & ayam, RM6 untuk kambing..


Tengok muka Hanan je, dah tau dah macam mana rasa dia..


Adik.. seperti biasa.. mesti senyum depan kamera.. Belakang tu, accord hitam generasi 8 & accord hitam generasi 7. ada satu lagi kat tepi, belakang kancil tu - accord hitam jugak generasi 6.. fuuhhh.. boleh buat kelab kat kedai makan tu yek..


ibu.. seperti biasa.. mana boleh tinggal pau kelapa.. yang ni singgah kat Simpang Renggam, on the way nak masuk PLUS highway semula..

woopss.. putu bamboo ibu lupa nak amek gambo le.. sbb sibuk sangat nak makan..



ha.. ni gambar ayah semasa memandu. dia makan keropok sotong.. mahap le, ibu sempat amek gambo misai ke bawah je.. hehehe..

bila dah tiba JB.. inilah menu yang pasti tidak boleh ditinggalkan walau seketika.. huhu.. ABC paling sedap ni, kat Kg Melayu, di gerai berhadapan dengan klinik kesihatan Kg Melayu. Nama gerainya Azmi Wawa. Wy dah masukkan dah dulu..

Sebenarnya, ada satu lagi menu, iaitu Yong Tou Fu.. kat JB ni, kita makan dengan kuah sup yang ada lobak. sedap. Maaf, sekali lagi, wy lupa nak amek gambar.


Lepas gi Kg Melayu, kami ke kempas, makan satay kat Restoran Wak Radol.. ini jugak menu yang tak boleh ditinggalkan. Kalo tinggal, tak lengkap rasanya kita balik JB.

Sementara nak menunggu hidangan, kami pon borak le dengan cucu wak radol ni.. tengok.. ibu ngan anak2 dara ibu suka betul..

ayah dengan nenek.. berbual je la..


ni makanan yang dipesan oleh Mak Neng - Mee Rebus..


ni makanan yang dipesan oleh makteh. mokde nak syer je.. ibu ngan ayah pon order gak sepinggan.. syer..

satu lagi main course.. satay special wak radol.. ibu lupa lagi nak amek gambo.. sori.. lain kali yek..



1 comment:

  1. Nasi beryani kambing - BEST!!
    ABC Kg Melayu - BEST!!
    Yong Taufu Kg Melayu - BEST!!
    Satay Wak Radol - TERBAEK!!!!!!!

    ReplyDelete

Cakap je la ape2...