Tuesday, June 21, 2011

40 waktu di Madinah

Ketika ini ialah tanggal 18hb Oktober 2010. Pada siang tadi kami telah melawat ke perkuburan Baqi' & makam Rasulullah, aktiviti seterusnya yang diaturkan oleh pihak Rayhar ialah ziarah Raudhah bagi jemaah wanita. Sebelum itu, kami nikmati waktu makan malam ini dengan seoptimumnya... maklumlah, lepas ni masing-masing kena balik bilik masing-masing. hehe..




Bergaya dengan jubah pertama, di hari lahir ke 38. HAPPY BIRTHDAY ABANG!! Beruntungnya dapat menyambut hari lahir di tanah suci bandar Rasulullah, iaitu di Madinah.. Semoga bertambah iman dan mendapat haji mabrur.. Amin..


Antara juadah yang menjadi hidangan untuk kami di Hotel Dallah Taiyibah. Makanannya sangat sedap. Masa ni ramai yang put on weight.. Wy pun mula menunjukkan potensi..


Tanggal 19hb Oktober 2010 ini, kami dijadualkan untuk ziarah berjalan kaki di sekitar Masjid Nabawi dan berakhir di Pasar Tamar. Para jemaah disarankan membawa beg kecil bagi memudahkan membawa pulang kurma dan jajan yang bakal dibeli nanti.










Abang pon nak jugak bergaya di khalayak jemaah KT27. Kesemua kami adalah lebih kurang 400 orang bakal haji/hajjah dan berada di dalam satu penerbangan.




Bergambar kenangan bersama Cikgu Rukiah, dari Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, yang menjadi jiran Wy ketika di dalam kapal terbang kelmarin.





Ketika berada di dalam Taman Rasulullah, iaitu satu-satunya tempat yang subur di kawasan Madinah ini. Tempat ini menjadi tempat Rasulullah dan para sahabat beriyadah disamping bertukar-tukar fikiran dan berkongsi ilmu, di samping menghuraikan tentang hukum yang ditetapkan Allah sepertimana yang telah diwahyukan kepada kekasih-Nya itu.




Masih teruja untuk bergambar di taman ini..









Kelihatan Ustadz Rosli mula membuat pengumuman untuk mengadakan sedikit tazkirah sirah Rasulullah.. ketika ini, rasanya, tiada pon jemaah yang tidak menitiskan air mata..




Mini-minit terakhir sebelum meninggalkan taman ini, Wy masih teruja bergambar dengan pokok yang berada di rumah kami.. kini berada di Madinah, bandar Rasulullah..



Terbukti, para pepohon ini semua subur, apabila tanah-tanah semua gembira menyambut kedatangan Rasulullah ke taman ini, apatah lagi apabila ia menjadi tempat tetap bagi persinggahan Rasulullah dan sahabat baginda di waktu petang..



Cuba bayagkan.. Bagaimana kita, keadaan rumah kita, apabila Rasulullah menyinggah rumah kita? Bersediakah kita menerima Rasulullah sebagai tetamu kita? Bersediakan keadaan rumah kita, dengan keadaan anak2 kita ketika itu, cara pakaian kita dan anak-anak kita? Fikir-fikirkanlah..

1 comment:

Cakap je la ape2...