Saturday, May 14, 2011

Cuti Sekolah Bulan March


Sekian lama anak2 tak bercuti, sebaik sahaja pulang dari haji, ibu & ayah janji, cuti sekolah march ni ayah ibu nak bawak anak2 jalan2 ke utara. Destinasi yang dituju hanya dapat diputuskan setelah mendapat penempahan homestay di tambun.

Kita cerita dulu tentang percutian dengan anak2. Banyak lagi kisah2 nostaljia haji yang nak wy sampaikan, tapi mengenangkan anak2 yang selalu bertanya tentang gambar2 percutian mereka, wy sampaikanlah..

Perjalanan bermula sebaik sahaja hari percutian sekolah dimulakan. Hari sabtu wy shopping keperluan yang harus dibawa serta bagasi semua orang, maklumlah, nanti kalau dah tak cukup baju, dah nak kena budget beli baju pulak..


sepanjang perjalanan, anak2 semua behave nicely dalam kereta. ayah drive pun tak terganggu, ibu pon tak risau, maklumlah, awal2 lagi dah dipesan suruh bawa novel & buku, supaya setiap orang tak mengganggu orang lain.. baca buku je..




Okay, now dah tiba dah di Kuala Sepetang. Warung pilihan kali ini ialah warung Mak Jah.


Ha, ni lah wajah2 ceria ketika menunggu ketibaan makanan dan ketika menikmati juadah yg telah dipesan.. ibu & ayah - mee udang. hanan farhan - nasi goreng udang, huda safwah - kueteow udang.. tengok le kulit udangnya.. tu cuma satu pinggan je, ada beberapa pinggan lagi yg ada kulit udang yang macam nih..






oleh kerana homestay yang ditempah hanya available selepas jam 2, kami bercadang untuk melanjutkan perjalanan ke utara, ke kuala sepetang untuk menikmati mee udang. teringat tiga tahun lepas, sewaktu makan di warung mee udang mak teh.. kali ni, nak pergi lagi, tapi kali ni kami try pulak kat tempat lain - warung mak jah. hmm.. rasanya kurang sedap la, dari yang kami makan kat mak teh tiga tahun lepas..



mengikut pesan kawan2, kalau dah singgah ke kuala sepetang, cubalah jalan ke port weld, tengok pelabuhan penting suatu ketika dahulu. bila kami pergi ke sana, hmm... inilah dia.. kalau tak pergi, kita tak tahu.. at least dah nampak le gambaran pekan port weld ni, bila orang sebut2 next time..





Setelah letih separuh hari di perjalanan, menikmati makanan dan ronda2, kami pulang semula ke ipoh untuk ke homestay. Makcik tuan rumah tu pon dah call berkali2 mengatakan rumahnya dah ready untuk kami. Sebaik sahaja masuk ke rumah tersebut, ibu terus mengemaskan barang2 makanan di dapur, menyiapkan beg masing2 ke bilik masing2.. orang lelaki tengok buat apa.. ayah tak sudah2 dengan kuacinya... anak bujang ibu dengan novel masing2 & the girls.. seperti biasa.. bergaya dan bergaya.. ibu.. masih mengemas & mengambil gambar sebagai tanda kenang-kenangan..



2 comments:

  1. Antara percutian yg paling best sbb dapat gi 2 destinasi sekali gus... Tambun dan CH

    ReplyDelete
  2. cayalah....nak makan mee..kena selak udang....hik222

    ReplyDelete

Cakap je la ape2...