Sunday, February 22, 2009

Fenomena Upin Ipin


Fenomena baru..Upin Ipin. A thousand congratulation to les copaque.




Petang sabtu semalam, budak-budak tak nak habiskan makanan. Muak makan nasi agaknya.. then ibu kata.. siapa makan habis, pukul 9 nanti ibu nak bagi hadiah. Bila anak2 tanya apa hadiahnya, ibu kata surprise... Then budak2 tu makan le jugak..

Tiba masanya, Zol kata dia dah terlepas exit Putrajaya sebab hujan lebat giler.. so dia lewat sikit.. then, bila kereta zol tiba kat dalam pagar, budak2 terkejut sebab tak sangka eisya & haqim datang.. ha.. itu le hadiahnya.. hehe.. suka tengok budak2 tu excited jumpa sepupu diorang..

Then, sementara zol, ain & anak2 dia makan, wy pon keluarkan le karipap pusar yang wy pusar2kan siang tadi.. terima kasih kat mak odah sebab ajar mak cara buat karipap pusar. Now wy pon dah terer dah buat.. hehe.. tapi sebab nak cepat tadi, klem karipap pon tak berapa lawa arr...


Lepas zol makan, nana pulak call kata nak datang, ok, welcome.. jom le, kita ok je.. hmm.. mesti nana ngan uncle nohh, makyah & linda. so, bila dorang tiba, rupanya cu, nyah & maklong pon ade.. nasib baik siang tadi buat karipap.. ada lah jugak benda yg nak dikeluarkan. hehe.. sori ar zol, gambo korang datang umah tak sempat nak amek..

Keluarga orang Muo.. Wy, Cu, Nana, Maklong, Nyah, Am & Auni


Hmm.. budak ni comelnye... Am kata tak susah jaga budak ni. Kalo nangis, keluarkan kamera, sure dia diam.. wahh...

Buat karipap sebab konon esok nak bekal ke panggung utk tengok upin ipin. Hmm... nak menantikan hari Ahad tu, macam2 plan.. Yela, Hot FM kata Upin Ipin nak dtg ke Alamanda hari Ahad tu. Uish.. tibalah harinya.. Kesian, zol ngan eisya.. kalo bagi tau awal2 nak datang, bole le kita booking sekali..

Nasib baik kitorang dah booking tiket online.. kalo tak.. beratur panjang giler.. itu pon dia kata show sampai malam habis dah. Org yg beratur tu beli utk hari lain. Sampai je di Alamanda tadi, ramainya orang.. rupanya maskot upin ipin ada kat depan entrance.. Apa lagi, anak ibu.. posing le dengan Upin Ipin..

Safwah takde dalam gambar sebab mula2 nampak maskot ni je, dia dah menjerit takut.. Sampai orang tegur, kenapa dia menangis macam tu..

Ini le, adik Fathiah, tuan yang punya suara Upin Ipin.. syok dengar dia cakap masa tu.. Ha, sebelah dia tu tuan punya suara Lim.

Balik umah, terus je buat muffin sebab esok nak bagi kat kawan gee utk buat sample. Dia kata nak buat bagi tetamu. Ok, yg nak bagi tu rupanya camni le.. gambar utk muffin kopi wy dah post dalam webs.com. Siapa nak gi tengok resepi, tengok le http://tanjung-puteri.webs.com


Ini gambar muffin yg wy buat tadi - muffin blueberry.

Monday, February 16, 2009

Anak dara ibu - My little khalifah

Makan kat A & W Alamanda - pekena waffles ngan rootbir..

Bergaya dengan baju dan tudung baru..

Kalo disuruh bergaya..

hmmm.. sabtu lepas.. 7 februari 2009, wy ke subang jaya.. kat USJ 6/4H utk hadiri parenting course, organised by tadika dzuliman. Oleh kerana tadika ni mengikut perlaksanaan Khalifah Method, so, bnyk perkara yg ibubapa perlu faham tentang konsep ini. Antara tujuan parenting course ialah supaya pengajaran yang diajar di sekolah, dapat diteruskan di rumah.

Habis kursus, adalah jualan serba sedikit cenderahati untuk kenangan. Ibu beli la baju Jannah untuk anak2 dara ibu.. lepas tu, tak sudah2.. ke mana je pergi, mesti nak pakai baju nih.. hehe..

Ini lagu Little Khalifah:
(Dinyanyikan mengikut rentak lagu sua suey kemuning..)

I am Little Khalifah,
I am Khalifah of Allah,
I love to be Khalifah,
Khalifah of Allah..

..ada lagi, tapi wy tak ingat.. kena tanya Ashroff ni.. kot le Ashroff pandai nyanyi.. hehe..

Aktiviti anak2 di waktu petang

..chewaahhh... dah terer dahh..


wahh... tahniah, adik.. sekejap je adik dah boleh naik basikal tayar dua.. adik dah besar dah..


ini kader.. kawan baik safwah..


ini le barisan pelapis pasukan bola desa pinggiran.. ada kembar arif-adli, hanan, akir, farhan, daniel & sebelah daniel tu, adik shahira. apa nama dia, yek..


aksi bintang bola sepak.. chewwahh...

Tuesday, February 10, 2009

Katil baru anak-anak ayah ibu

..safwah dengan buku favourite.. little einstein..

..kakak huda ada bear besar.. kalo datang umah kita, eisya nanti nak tido kat katil siapa?

..

farhan dengan hobinya.. tidoo... lepas penat menghafal skrip cerita, farhan terus masuk bilik.. maklumlah, nak masuk peraduan bercerita..

Karipap sardin


isnin malam - buat karipap sardin. budak2 bising suruh buat yg tak pedas sbb last time ibu beli karipap sardin, pedas.. bila dah siap, goreng.. perhh.. hanan balik tuisyen, lipat.. laju tak ingat punya makan..

resepi:
400gram tepung gandum
2 senduk minyak sapi
1 senduk majerin
1 cawan air

cara:
cairkan minyak sapi dan majerin di dalam kuali
masukkan tepung dalam kuali & ratakan
angkat tepung yg tersalut minyak tadi & masukkan ke dalam besen
tuangkan air sedikit demi sedikit hingga adunan licin dan tak melekat di tangan
leperkan & masukkan inti.

inti sardin:
1 tin besar sardin
2 sudu besar lada boh
1 sudu besar gula
7 biji bawang merah
3 biji bawang putih
2 biji limau kasturi
sedikit garam

cara:
goreng ikan sardin dengan minyak hingga garing, kemudian masukkan bwg putih & bwg merah
masukkan lada kering & tumis hingga garing
masukkan gula & garam
masukkan air limau kasturi
gaul hingga sebati & cukup rasa.

Monday, February 9, 2009

Aktiviti riadah

Hmm.. pokok pinang tu, benihnya wy petik kat umah mak mertua zaliza, semasa menghadiri majlis perkahwinan mereka di Banting. wy petik 5 biji, semaian semuanya menjadik. 2 anak pinang tu wy bagi kat kawan, tapi tak ingat siapa. yang lagi 3 tu, wy tanam kat depan umah.



Pergola pertama - masa buat pergola ni, wy tengah pregnantkan safwah 5 bulan. masa nak dirikan pergola tu, hanan, wy, mak neng dan kak jami pegang sorang sebatang tiang. noh pulak panjat, naikkan palang atas pergola.. sweet le masa tu.. kelakar sgt..


pagar kayu ni, mintak mahap.. kitorang amek masa berbulan2 lamanya nak siap. dari mula wy habis pantang sebulan, sampai safwah dah berapa bulan.. baru dapat siap. caranya: wy lukis kat manila kad, pastu trace kat kayu & lukis. lepas tu, noh potong. masa varnis, kakjami yg bnyk tolong. maklumlah, nak angkat2 kayu wy tak boleh buat.. baru bersalin katakan.. hehe..





safwah tengah sibuk belajar naik basikal sebelah roda kecik.




Farhan sibuk nak ajak ayah main badminton sebab nak masuk sukan badminton for curriculum activity at school.




Sampai dah nak masuk maghrib still kat luar..


..huda pon nak posing kat pokok..

..still dengan gaya masing-masing..

ha.. yg ni dah moncong, sbb sakit kaki kayuh basikal..


buah kelapa sulung, setelah hampir 8 tahun.. berkat sabar..

kebun ayah depan umah.. pokok manggis still tak pernah berbuah lagi.. itu salah satu pokok mata kucing yang belum berbuah..




..ada pokok ciku.. pokok pisang jangan cerita lah..




..hehe.. sori yek, kitorang takde kamera canggih nak amek gambo buah mata kucing.. hehe, harap2 tak sakit mata tengok yek..



..ha.. kedondong ni muai.. selalu jugak berbuah.. alhamdulillah..





kebun pisang.. tanah ni kalo tak dikerjakan, orang sembunyi pon tak sedar.. kadang2 pak haji aziz yg mesin rumput lalang. selalunya noh le yg buat.. siap racun lagi.. tinggi maintenance kebun ni tau.. maklumlah, luas..


ha, dragon fruit ni, amek dari umah mak enon masa raya lepas. alhamdulillah, subur jugak. bercabang2 jugak le.. pak yed kata 6 bulan dah dapat buah dah.. kita tungguuu...

..ha.. kat bawah ni macam2 pisang ada.. pisang restali, pisang montel, pisang emas, pisang tanduk, pisang 40hari, pisang nipah jgn tanya.., pisang apa lagi yek..

Aktiviti minggu lepas





Khamis lepas, excited sebab boss suruh Su datang putrajaya untuk buat kerja selama 2 hari, so waktu lunch wy angkut dorang balik umah kejap. Kalo tak, sure diorang tak sampai umah. Lain kali, kalo ada open house, senang nak datang.. dijamin tak sesat.. Wah.. Gee dengan pose serong dia.. Gee sekarang ni, tak kisah amek dari mana2 angle pon.. hehe.. Nieta.. menyusul kemudian.. err.. Su, air tu manis sangat ke? Tu resepi baru tau.. akak letak sunquick, perasa tebu double lion & ice-cream soda. tak manis kan.. hehe.. rasanya manis lagi Su dengan jubah turcoise dia.. betul, betul, betul..





Safwah, dengan gayanya..



Safwah baru nak belajar buang roda kecik.. ayah dia tinggalkan satu roda kecik utk dia belajar.. Adik tak sabar nak tunggu katil baru tiba.. Nanti eisya datang umah adik, adik nak ajak eisya tidur kat katil adik..


Sabtu lepas, ibu ngan ayah join parenting course yang diusahakan oleh sekolah adik, Tadika Dzul Iman. Training 1/2 day tu bagus la, suggested for parent lain untuk join Khalifah Method ni. Ringkasnya, method yang dibawa ni, mengajar ibu bapa mengendalikan urusan dan keperibadian anak-anak mengikut cara yang dituntut islam.


Juadah tengahari Ahad lepas.. asalnya nak masak resepi baru, tapi oleh kerana tak tercukup bahan, jadik, kita bertukar le menu lain..




Nasi minyak..




Ayam masak merah.. favourite Hanan..



Beriyani kambing.. resepi mak.. thank you mak... i love you..
Rempah beryani beli kat Batu Pahat.... ehkkk.. alhamdullilah


Acar buah..


Lepas makan, kami bergegas ke Shah Alam sebab kakak buat kenduri untuk Pidah. Insya-allah, end April or early May Pidah akan bersalin, so, kenduri ni untuk doa selamat kat dia le.. Mudah2an senang bersalin.. A
min..

Sunday, February 1, 2009

Merentas Desa SKPutrajaya P16(2)


Pagi semalam, Sabtu, 31 Januari 2009, sekolah adakan larian merentas desa. Hanan dan Farhan sikit lagi terlepas dari menyertai acara merentas desa ini. Yela, ibu tiba2 kata nak ikut pulak, tu yg terlewat tu. 8.25pagi cikgu dah nak mula melepaskan peserta..

Rezeki Hanan Farhan nak menyertai acara tu ade...

Acara melepaskan peserta lelaki.


Peserta perempuan bersiap sedia untuk dilepaskan.

1..2..3... lariii...


Yang tak lari posing lak kat depan sekolah.. Huda tak sabar nak masuk darjah 3 sbb nak join gak merentas desa ni.. hehe... sabar huda.. darjah 2 baru masuk sebulan..


Peserta awal yang berjaya menamatkan larian merentas desa.. yang menang awal2 ramai yang kecik2..

Yeaahh... anak ibu.. Farhan.. di tempat ke-10.


Yeahh... Hanan tiba saing budak perempuan.. apa dah jadik ni.. adik jauh tinggalkan dia..

Chewahh... wajah gembira.. Puas hati Farhan.. dapat jugak top-10 ranking.. Dari malam dia excited. Sampai sarapan pagi pon tak lalu.. Farhan memang kuat semangat..


Cikgu-cikgu bertugas dengan penuh ceria.. syabas cikgu2 semua.. suka tengok cikgu2 bersemangat dan ceria..

Hanan tension ke..? lain kali buat betul2..

Lepas tengok budak2 tu sekejap, ibu lari gi surau. ada ceramah kesihatan "Wanita dan Kanser". Tiba rumah, budak2 ni dah sebut kebulur.. lapar.. ibu pon melompat le masak ikan tenggiri kicap ngan sayur kacang yang ibu petik di luar rumah tu.. Lauk segera pon selesaii... alhamdulillah..

Lepas kenyang, baru teringat nak amek gambar farhan dengan piala kemenangannya.. hehe..

Ini lah dia.. Farhan kata cikgu kata siapa yg dalam top10 je dapat gi Sekolah Alam Shah.. untuk acara apa.. tak tahu le pulak yek.. tu kan sekolah menengah.. budak2 ni sekolah rendah..