Monday, November 23, 2009

Projek kek cawan


Asalnya nak buat muffin coklat je, untuk bekalan anak-anak ke sekolah.. tapi Huda pulak short notice ada jamuan kelas hari selasa.. terpaksa ibu gagahkan diri buat deko-deko kat muffin tu..

Ini hasil dekorasi Farhan..


Ini hasil dekorasi Huda..


Untuk Huda ke sekolah - bekas pertama.. ibu buat dekorasi ini selepas ibu menyiapkan juadah sarapan dan lauk lunch anak-anak. Masa tu jam 6.45 pagi.. tu le baru nak bancuh coklat topping nih..

Dekorasi dalam bekas ini pulak siap jam 7.25 pagi. Sepatutnya, waktu ini, anak-anak sudah berada di sekolah. Bising je ayah sebab ibu lambat.. apa taknya.. malam tadi ingatkan nak je masak meehoon untuk jamuan huda.. tiba-tiba tengok.. mee hoon tak ada stok.. sabar je la..


Inilah baki yang tinggal untuk anak-anak makan di rumah..


1 comment:

Cakap je la ape2...