Thursday, April 30, 2009

Mak Long tenat di HKL

Semalam Wy dikejutkan oleh panggilan telefon dari Nana yang mengatakan Mak Long telah dimasukkan ke wad kecemasan di HKL kerana kandungan gula yang abnormal.

Lepas balik kerja, Wy terus amek Hanan & Farhan di sekolah. Setibanya di rumah, Wy terus menyiapkan juadah makan malam. Baru nak mula masak, air pulak tak ada.. seperti biasa.. Wy buat aduan kat PUSPEL.

Selepas maghrib, Wy terus bersiap untuk ambil Linda di Presint 18, untuk ke HKL bagi melawat Mak Long. Setibanya kami di HKL, jam 9.15 malam tadi, Maman memaklumkan yang Mak Long dah dimasukkan ke dalam ICU dan doktor sedang membuat pemeriksaan rapi terhadap beliau.

Jam 9.40 kot, Wy dengan Linda dapat masuk sekejap tengok Mak Long. Keadaanya sangat lemah. Sedih tengok Mak Long. Tak sampai 3 minit rasaya, baru je masuk, cium tangan maklong, usap kaki dia, nurse dah suruh keluar panggil anak2 Mak Long. Wy dan Linda sempat memperkenalkan diri kami dan Mak Long bagi good response, even she tried to say something. Tapi, masa terlalu singkat. Kami tak boleh lama. Doktor nak jumpa anak2 Mak Long.

Jam 10 malam tadi, lepas Maman keluar dari berjumpa dengan doktor, doktor kata keadaan Mak Long better than before. Tapi, anything could be happen. Chances are 50-50 sebab kandungan darah terlalu berasid dan boleh mengganggu sistem buah pinggang.

We hope the best for Mak Long. Allah Maha Mengetahui setiap percaturan yang diatur ke atas makhluknya. Kami semua berdoa mudah-mudahan Mak Long cepat sihat dan ceria seperti sedia kala, Amin. Mudah-mudahan ye, Insya-Allah.

3 comments:

  1. Pagi tadi, Wy call Abg Yad. Mlm td abg yad, kaknor & abg saad standby kat hospital.

    abg yad kata maklong still macam mlm tadi, cuma better sikit, tapi still pakai alat bantuan pernafasan.

    semoga maklong cepat sihat, ye.. amin..

    ReplyDelete
  2. Noh pon doakan mak long cepat sihat... aminnn
    Hapar anak2 mak long sabar menempuh keadaaan ini.

    -mdnoh-

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Cakap je la ape2...