Monday, January 26, 2009

Cerita Cuti Raya Cina

Harini hari raya cina. Kitorang tak ke mana-mana pon. Konon nak duduk study dengan Hanan. Nak suruh dia buat revision subjek darjah 4 & 5. Maklumlah, orang nak UPSR. Tapi dia lak tak sihat nak study. Ibu dia je yang excited nak belajar.. Demam Hanan dah masuk hari ke 5. Demam panas still berulang. Still on paracetamol on every 6 hours. Harini kitorang nak bawak gi An Nur kat Bangi utk check darah. Dia kata kaki dia terasa berat dan sengal. Ibu takut lak. Teringat cerita2 orang pasal chikungunya ni.. sengal2 kaki.. Na'uzubillah.

Masa mula2 naik sekolah haritu Farhan kena demam. sampai 5 hari panas. badan pon lesu je. amek darah.. takut denggi, tapi dr kata kalo denggi pon payah gak sbb katil wad annur semuanya dah penuh dah. kes yg paling ramai orang bersalin. pastu denggi, yg ketiga paling ramai - chikungunya. Ibu pakat2 dengan dr suruh farhan makan bnyk2 sbb kalo tak makan, badan kita tak kuat nak melawan penyakit. bila dah sakit, nanti dr pon tak boleh nak buat camne.. sbb katil kat hospital dah penuh. Balik umah je, farhan makan punya la bnyk sbb takut.. hehe.. so, 2 hari lepas tu ok dah.. alhamdulillah..Lepas Farhan, Safwah pulak selsema, batuk.. tapi tak demam kuat macam Farhan. Lepas Safwah still lagi tak recover flu, Huda pulak sambung demam. Dr bagi MC 2 hari. Abiskan antibiotik, then ok le..

Hari Khamis lepas, masa tengah keje kat opis, ayah dia lak call.. suruh amek hanan kat sekolah sebab dia dah menangis call suruh amek, kononnya demam. Hanan memang tak boleh demam sikit. Nangis nye lebih.. ngalahkan adiknya, Farhan. Ayah dah kena turn amek anak2 balik tengahari nanti, so, utk amek hanan kat sekolah.. ibu le kena amek.. so, berlari lah ibu ke sekolah. Sampai sekolah dia dah ready tunggu ibu kat bilik guru. terus je ibu amek hantar ke rumah. tu yg dpt mc khamis jumaat tu. ni dah hari ke 5 pon still lagi lemah. jap lagi nak gi buat blood test kat annur.

Pagi tadi tak tahu nak buat sarapan apa.. teringat ada pisang.. buat jemput2 pisang.. {kata orang johor). Safwah ngan Farhan nak telur setengah masak. Lepas sarapan tu, nak tengok pokok2, tak tahu nak buat apa lagi sbb pokok baru trim. yang ada pokok pelam ngan rambutan - nak tebang ayah dia kata tunggu dulu.. so, tak tahu nak buat apa dah, mood pon tak ade sebab dalam kepala mmg nak tunggu Hanan bangun utk gi buat blood test. Suspen jugak. Yela, masa kul 2 pagi tadi, saje tengok dia.. panasnya kuat..

Hmmmm... Ok le, cukup le dulu kat sini, nanti kita sambung cerita yek.. Hanan dah bangun dan dah siap makan jemput2 pisang.. dah mandi & dah siap nak gi hospital.. perhh.. hensem sehh.. ngan tshirt bum hitam dia tu, ngan jeans bum hitam dia... patutle smalam, masa ada tetamu datang umah, dia nampak hanan je dia tanya.. anak u yg sulung ke ni..? hensemnye.. ihikhik.. alhamdulillah.. Allah bagi rezeki.. kita terima je.. uish.. dah lewat ni, hanan dah siap panggil ayah dia yg sibuk tebas rumput kat kebun depan tu. kang lewat masyam lak.. maklum le.. ibu nak siap pon setengah jam jugak ni. nanti kita citer lagi yek.. bye..

1 comment:

  1. Org Johor kata - Jemput2 Pisang
    Org UK said - Cokodok

    Maklumlah, bulan 3 nie, aku nak kesana, So tu yang demam UK tu... He he he..

    ReplyDelete

Cakap je la ape2...