Sunday, May 17, 2009

Projek pasang railing langsir

Ha.. lupa dah.. ini le projek kitorang last week, dan bersambung semalam.. pasang railing kat kelas anak2. Kelas Huda dan Farhan dah siap.. kelas Hanan baru buat semalam, sebab last saturday tak cukup barang.. salah kira.. pagi ahad pergi jugak, tapi dah 3 kedai hardware tutup.. so, tak jadik.. balik rumah semula..

ni le aktiviti kitorang masa pasang railing tu..

wah.. encik mdnoh dengan tekun menandakan point utk tebuk lubang kat bilik huda..


farhan kena siapkan kumon homework.. marah nampak..


..wahh.. abang hanan esok boleh ganti ayah, bila ayah dah tua nanti.. melentur buluh biar dari rebungnya.. amin..


ha, ni yang semalam ni, adik seronok kat kelas abang hanan.. cantik kelas dia..


..tak sudah2 nak suruh ibu amek gambar dia..

Jajan kek marble

Pagi ni, cepat-cepat wy buat sarapan sebab ada projek. Menu breakfast pagi ni.. ialah.. kopitiam... hehe.. teringat masa makan kat Kluang dulu, buat le.. Jimat belanja beb.. Kwn2 kata kopitiam mahal. Kami pon tak pernah mkn kat any kopitiam kat bangi tu..

Ha.. projek ni keja kejar cepat2 sebab nak buat kek marble untuk jajan kenduri rumah Mak Long. Alhamdulillah, dah keluar wad, Mak Long buat kenduri kesyukuran di Sentul. Tu yang buat kek marble.. saje je.. anak2 pon dah lama tak mkn kek marble.

Seperti biasa.. inilah dayang yang selalu menemaniku di dapur..



Barisan kek yang bersedia untuk dibakar..


Bersemayam di dalam oven.. hehehe...


Haa.. dah siap pon..


Ready to eat..



Projek robot Huda

Huda sibuk suruh ibu buatkan robot. Cikgu suruh cari kotak.. buat robot.. so, inilah hasil kerja kami.. amacam.. bley?


Kopi Kluang Railway Station

On the way balik dari JB 2nd may lepas, kami singgah di Kluang untuk merasai kopi kluang dan roti bakar di sana. Selama ni dengar je orang cerita.. so, kena test power le..


..budak2 ni laju je..


tengok.. sekejap je licin.. baru nak order lagi, dia taknak buat dah. sebab dah nak tutup..


kitorang terus beli kopi dia siap2.. sbb tak banyak dah.. takut habis.. rosli pon kirim 2 pack..

Muffin lagii..

Hmm.. Ahad tu.. anak-anak dah tanya esok sekolah nak bekal apa.. Apa lagi.. yang standby kat dalam kabinet tu, menunggu-nunggu je, bila turn dia nak kena masak.. then ibu pilih le muffin vanilla.. filling strawberry tu pon dah siap-siap ada dah.. so.. inilah dia..

muffin dalam cup besar..


muffin dalam cup kecil.. heheh.. tengok muffin2 ni.. cam kuih tahun baru cina lak pulak.. kekeke..


..is bake in the oven..


..barisan muffin yang menunggu giliran untuk dimasukkan ke dalam balang..

Happy Mother's Day


Balik JB satu malam je, sebab hari Ahad nak gi visit Mak Long yang katanya dah keluar ICU. Lepas tu nak ke Shah Alam untuk meraikan Hari Ibu, bersekali dengan sempena menyambut birthday kakak pada 5 May.

Inilah kek yang kak jami tempah untuk kakak.. yang wy paham Mariam 53rd, mothers day.. yang lain2.. kena tanya tukang tempah..


As usual.. acara potong kek. Ada new mother kat sini, tapi tak boleh nak bergambar sebab tengah berpakaian dalam pantang.. hehehe..

Hmm.. ini le nenek yang dari dulu menjaga generasi anak dia.. kemudian generasi cucu dia.. kemudian generasi cicit dia.. Alhamdulillah, ada rezeki Mak Neng tengok cicit ye.. Sayang, Mukhri..

OOwwhh.. nenek nak posing depan kek jugak yek.. hehe..


Ha.. ni, Tok Mak Mukhri mandikan dia ye.. ala-la la...

Kumon tuisyen..

Demi masa depan, anak-anak ni terpaksa bergolot-golot menyiapkan diri selepas balik dari sekolah petang. Balik sekolah, mandi, makan then terus bertolak ke Kumon centre. Selalunya, kalau ibu ayah dinner kat rumah nenek, kami bertolak keluar dari rumah sebelum maghrib. Kalau tidak, selepas solat maghrib, kami terus keluar untuk pergi tuisyen..

Kat Kumon centre, sementara nak tunggu abang kakak, ini le aksi budak kecik yang tak didaftarkan di Kumon ni.. menyanyi, bergaya..


lepas balik tuisyen, tido...