Friday, June 12, 2009

Tengok wayang Syurga Cinta

uish.. sadis btul tengok movie ni. paling wy tersentuh ialah apabila Awal menghadap masjid, sementara menunggu heliza.

masa tiba tadi, terkejar2 sbb tak tahu area midvalley tu, kalo nak gi wayang nak parking kat mana.. sesat sampai kat the garden. so, lepas habis movie, ibu pon suruh le anak2 posing yang mana patut..








Hidangan kelapa muda di rumah Pak Ngah

Hmm.. lepas selesai makan ubi rebus cicah sambal ikan bilis & makan nasi lauk kari ayam, Pak Ngah sibuk nak kait kelapa muda untuk kami.. Ya-Allah.. Pak Ngah memang gitu.. kalau datang umah dia.. macam2 dia sediakan. Pisang le, ubi le, macam2 le.. memang murah le rezeki Pak Ngah..

Tengok tu, dorang tak sedar kita snap gambar dorang..


eh.. makcu.. hehe.. sori ar.. tak perasan tadi.. hehe..


tengok pak ngah.. satu tandan kelapa dia kait untuk dihidangkan kepada anak cucu dia.. Fuad pon, dengan semangat mencungkil isi kelapa muda.. kena lak ngan Noh - tukang belah buah kelapa tu..


ha.. apa la yang pak ngah ngan makneng ceritakan tu.. actually, pakngah ngan arwah apak adalah sepupu rapat. Dari dorang kecik, dorang closed, sampai apak dah takde, tradisi menziarahi pakngah tu dah memang tak boleh tinggal, setiap kali kami balik ke JB.


hmm.. wajah gembira pakngah jelas kelihatan melihat kami beriya-iya makan kelapa muda yang dikaitnya tadi.. begitu juga dengan anak2nya - Ad & Manan. Semoga bertambah murah le, rezeki pakngah sekeluarga ye.. Amin!


ABC Paling Sedap Kat JB

Hari Ahad lepas, sebelum kakak balik ke Shah Alam, kami dok lepak kat kg melayu, pekena ABC power..

tengok rupa ABC tu pon, dah terliur2 kita dibuatnye..


tengok.. pidah ngan safwah terpaksa je senyum nak posing depan ABC.. ibu sibuk lak nak amek gambo.. orang nak balun dah ni..


ini le nama gerai ABC sedap tu.. Azmie Wawa.. brader tu cite, kadang2 dorang dapat tempahan sampai 200 - 500 mangkuk ABC untuk staff yang adakan family day or meeting.. hmm.. lumayan.. patot pon ramai orang cari.. harga nya setanding dengan rupa dan rasa.. RM2.50 tanpa ice-cream, RM3 dengan ice-cream

tengok.. hanan terbangun-bangun nak cedok yong tou fu. kat sini, kalo lepak makan ABC, kitorang tak leh tinggal yong tou fu awang.. kitaorang cuma beli yang kat gerai awang je. dulu pernah awang sampai kat ampang. now ni, tak tahu yek.. ade lagi tak agaknya.. lupa le nak tanya..

tengok.. syamsul sibuk melayan muqri.. orang makan, dia nak gak.. tapi mommy tak available le, mommy dia nak layan yong tou fu & ABC.. sabar ye..


waahhh... paklong baru lepas pekena mee rebus..


ha, tengok.. ayah ngan hanan dah tak hirau kamera dah.. mentang2 kamera I ciput je.. uish.. alhamdulillah.. ade jugak kamera.. keke..


Thursday, June 11, 2009

Magic

Alahai anak ayah, tak sangka lak, creative korang ye..



Wednesday, June 10, 2009

La Stella Water Park, Star Hill Golf Resort, Johor Bahru

Monday, 8th June kami telah membawa anak-anak bermain air dan bermandi manda di Star Hill water park. Setibanya di sana, kami tak dibenarkan masuk kerana ia hanya dibuka pada jam 12 tengahari. Sori Eisya, maklong tak sempat nak amek eisya untuk main kat pool..

Hmm.. yuran mahal.. RM10.50 for adults & RM5.25 for kids under 12... baik gi presint 11, berenang kat kompleks kejiranan presint 11.. lain kali kita gi sana yek..

Anyway, ok le.. anak2 tak bising menuntut nak mandi pool.. kalo tak bawak, selagi tu le bising..







Sunday, May 31, 2009

Santai petang.. kalo kat johor sebut minum petang..

Makan donat coklat dengan kopi kluang sambil menghadap pergola baru - menikmati hasil kerja kami selama 2 hari ni. Wahai ibu mertua dan kakak-kakak iparku, jom makan. Jap lagi nak gi fasa 3, tengok rumah kakjami ..

Jemput minum semua.. Harap-harap tak sakit mata le tengok donat i dengan gambar i yang tak seberapa ni..

Ha, resepi donat ni tak pakai telur. Wy cuba nak create resepi yang macam Donut Empire yang tak pakai telur sebab Mak Neng tak nak makan donat yang pakai telur. So, check it out at my Blog Resepi.
Resepi Donut Gebu Tanpa Telur-> http://tanjung-puteri.webs.com/apps/blog/





Happy 13th Anniversary

Tanggal 30 May ni, genaplah usia perkahwinan kami ke 13 tahun. Mudah-mudahan perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat kami dan bahagia bersama anak-anak di dunia dan di akhirat.. Amin.

Malam ni ada majlis BBQ. Acara dimulakan dengan puteri-puteri ibu makan nasi goreng cina masakan ibu yang diorang suka-suka sangat tu..


diikuti dengan acara bakar ayam dan kambing..


..dengan kepulan asap yang membuatkan kami lapar.. kekeke..



sekarang ayah dah subcon 'modul' bakar makanan kepada anak2 dan orang2 muda.. then ayah boleh le makan dengan khusyuknya di pergola baru..


wahh.. mokde sibuk nak menyediakan apa lak tu.. tengok.. ncam.. orang suh bakar ayam, dia ngelat.. lari gi meja makan pulak.. uish.. potong gaji..

ha, ilhan ngan ilman baru sampai.. orang tunggu lama daa.. sombong lak tu dia, ye.. taknak ngan tokcu..

sadis... malam anniversary tak de kek anniversary.. kek campur-campur pulak jadiknye.. terima kasih kepada semua tukang beli kek - kakjami, pidah, icer..


ha, akhirnya, baru ibu ayah dapat duduk lepak..


ilhan ilman.. still tak nak lagi ngan tokcu ye.. ooo.. dah nak balik dahh..? jaga ngko..

tengok.. muqri pon dah mengantuk dah.. ciann dia..



dah selesai.. para tetamu semua bersiap sedia dah nak pulang ke rumah masing-masing. Masa ni dah pukul 11 lebih dah. Muqri pon dah lewat sangat ni nak balik..

Babai semua.. tq for coming..