Sunday, May 31, 2009

Sambungan Projek Pergola

Akhirnya pergola ini siap jam 11.30 pagi tadi.. Terima kasih kepada semua tenaga kerja samada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di atas pembikinan pergola ini.. keh keh keh..

pemandangan sebelum..


hehe.. tengok.. tekun betul tukang kayu memotong kayu-kayunya..


inilah barisan kayu-kayu yang telah divarnis, menunggu giliran untuk disusun di tempat masing2..

gaya tukang kayu berijazah.. chewahh..


err... tali kapal tu nak gantung kat mana yek..

gaya anak-anak dara ayah..


ke mana lagi tumpahnya kuah kalo tak ke nasi, ye tak..?


mandor.. bagi arahan.. baik puan.. kekeke.. 2....3....up!!!


uisshhh.. berat giller kayu ni beb..

ha.. gaya tukang kayu.. menurut bakat pak mail ke anak jantannya yang sorang ni, yek.. untung makneng & pakmail..


..dua orang tulang besi urat dawai..

alhamdulillah.. kayu dah pandai berdiri dengan sendirinya..


menjelang senja petang sabtu.. inilah hasilnya.. akan disambung lagi esok pagi, sebab malam ni ada majlis BBQ, sempena menyambut ulangtahun perkahwinan kami yang ke-13 harini.. bersekali dengan birthday ahli-ahli yang menyambut bday on may & mak neng on 2nd June ni.. ihik.. ihik..


akhirnya.. pada ahad, 31 may, jam 11.30 pagi, kesemua 17 batang kayu telah berjaya ditempatkan ditempat masing-masing.. inilah hasilnya..

..kita bertemu lagi ye, sbenarnya ada sebatang kayu tak cukup.. salah kira daa... esok, lepas datang sebatang lagi kayu, then dah pasang policarbonate, kita amek gambo lagi..

Tuesday, May 26, 2009

Sosej bun

Sementara anak-anak ngan ayah bertukang kat luar, ibu create resepi sosej bun. Alhamdulillah, percubaan pertama berjaya menghasilkan roti yang lembut, dan tentunya tak perlu pakai telur... ala-ala donut empire gitu.. hehe..
So, inilah roti untuk sarapan anak-anak esok pagi dan bekalan ke sekolah mereka nanti.. Kalo nak tengok resepinya, jom ke blog resepi kami di http://tanjung-puteri.webs.com/apps/blog/. Mudah je. Cuma mengambil masa sejam untuk menyediakannya.

Projek Pergola 2009

Projek anak cucu Tok Mail.. genetik seni pertukangan arwah, jatuh juga ke anak dan cucunya..
Ini adalah projek yang tergendala hampir setahun. Setelah 10 bulan rumah baru kami siap, akhirnya dapat jugak ayah kuatkan semangat nak buat pergola kat tepi rumah.. layannn..
anak ibu yang hensem ni, memang banyak mengikut Tok Mail. Dari senyum, minat..banyak dapat kat farhan.. tengok le kasut dia.. sebijik macam atok dulu..
huda.. teringin jugak.. adik kat belakang tu ntah bebel pasal apa gaknye..

..ha.. tu dia keje anak-beranak ni petang ahad yang lepas. budak2 ni cam tak de gaya nak exam je, esok.. paper BM1, BM2 & Math2.. amacam.. bleh score?




Sunday, May 24, 2009

Majlis Cukur Jambul Danyl Muqri

Malam tadi berlangsunglah majlis cukur jambul untuk sikenit kami, Muqri. Majlis di adakan di rumah neneknya di Teratak Tok Janggut, Subang Jaya.

Ini dia, sementara mommy dia nak bersiap, Tok Cu bagi susu. 4oz selesai.. terus lena..


Acara dimulakan dengan bacaan yasin dan doa selamat.


..dan selawat ke atas Junjungan Mulia, Nabi Muhammad s.a.w

Acara 'potong jambul' dimulakan..

..diiringi dengan barisan bidadari yang membawa bungkusan buah tangan..

..giliran atok-atoknya pulak..

..juga oleh.. nyang ke nenek?

..ha.. giliran tok mak..

..dan giliran nenek..

..masih lena.. gendang gendut tali kecapi.. kenyang perut.. tido le lagi..

..ha.. mommy dan daddy pon nak amek gambar jugak..

..nenek lagi..

..owhh.. tok teh pon..

..aiks.. tok der ngan tok ngah jugak..

..ha.. acu wawa ngan uder huda..

..woo.. sori ar.. pakngah a-an nak gak, nasib baik sempat masuk..

Sunday, May 17, 2009

Pameran Street Smart

Seperti yang telah dijanjikan kepada anak-anak, siap je assignment ibu, ibu ayah bawak anak-anak ke Pameran Street Smart di Kompleks Kejiranan Presint 11. Banyak aktiviti dilakukan di sana. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sana adalah yang berkaitan dengan peraturan dan tatacara penggunaan jalanraya yang selamat dan berhemah.







Projek pasang railing langsir

Ha.. lupa dah.. ini le projek kitorang last week, dan bersambung semalam.. pasang railing kat kelas anak2. Kelas Huda dan Farhan dah siap.. kelas Hanan baru buat semalam, sebab last saturday tak cukup barang.. salah kira.. pagi ahad pergi jugak, tapi dah 3 kedai hardware tutup.. so, tak jadik.. balik rumah semula..

ni le aktiviti kitorang masa pasang railing tu..

wah.. encik mdnoh dengan tekun menandakan point utk tebuk lubang kat bilik huda..


farhan kena siapkan kumon homework.. marah nampak..


..wahh.. abang hanan esok boleh ganti ayah, bila ayah dah tua nanti.. melentur buluh biar dari rebungnya.. amin..


ha, ni yang semalam ni, adik seronok kat kelas abang hanan.. cantik kelas dia..


..tak sudah2 nak suruh ibu amek gambar dia..

Jajan kek marble

Pagi ni, cepat-cepat wy buat sarapan sebab ada projek. Menu breakfast pagi ni.. ialah.. kopitiam... hehe.. teringat masa makan kat Kluang dulu, buat le.. Jimat belanja beb.. Kwn2 kata kopitiam mahal. Kami pon tak pernah mkn kat any kopitiam kat bangi tu..

Ha.. projek ni keja kejar cepat2 sebab nak buat kek marble untuk jajan kenduri rumah Mak Long. Alhamdulillah, dah keluar wad, Mak Long buat kenduri kesyukuran di Sentul. Tu yang buat kek marble.. saje je.. anak2 pon dah lama tak mkn kek marble.

Seperti biasa.. inilah dayang yang selalu menemaniku di dapur..



Barisan kek yang bersedia untuk dibakar..


Bersemayam di dalam oven.. hehehe...


Haa.. dah siap pon..


Ready to eat..