Monday, March 2, 2009

Pesta Sukan SKP P16(2) - 2009

Pada 28 hb Februari yang lepas, SKP P16(2) telah berjaya menganjurkan pesta sukan tahunan untuk tahun 2009. Penglibatan dan kerjasama yang ditunjukkan oleh guru dan murid adalah amat dibanggakan. Begitu juga sambutan yang diberikan oleh ibubapa dan keluarga murid pada majlis sukan ini.

Semoga ini adalah permulaan bagi melahirkan lebih ramai pelajar yang bijak di dalam bidang akademik, serta tidak ketinggalan, aktif juga di dalam bidang ko-kurikulum.

Tahniah kepada semua yang terlibat!

So, petang tu, inilah hasil yang diperolehi sejak dari pagi tadi.. medal sukan & medal kumon utk mathematic bronze medalist for hanan & farhan..


lepas tamat acara sukan, ibu dah siap2kan beg pakaian untuk anak2 bersiap ke majlis kumon medalist kat PKNS Bangi. So, budak2 ni mandi kat bilik persalinan di sekolah.. acara kumon bermula 1.30 petang. Balik umah nanti tak sempat..


cikgu azmi berjaya mengejar cikgu izani.. pasukan merah menang lagi...


cikgu izani & cikgu azmi berentap untuk tempat pertama dan kedua..



wahh.. cikgu rosidah berlari setelah mendapat batton dari cikgu hasmira... kemudian nak pass pula kepada cikgu izani..



cikgu-cikgu sedang bersediap sedia untuk acara 4 x 200m..


farhan & the geng.. tempat ke-3 acara 4x200m


hanan untuk tempat ke-3 acara lompat jauh..
farhan untuk tempat ke-3 acara lompat tinggi..


tak tahu apa silapnya.. batton dia jatuh..


..hanan kena ganti kawan yg injured semasa dalam perlumbaan antara sekolah-sekolah jemputan.. 4 x 200m.. dah dapat ke depan dah..


hmmm... puas hati farhan...


farhan, berjaya mengejar pasukan lawan utk mendapatkan tempat ketiga dalam acara 4 x 200m..


standard le adik.. mesti nak interframe..


giliran huda amek hadiah..


pasukan merah dapat tempat pertama untuk acara lari dalam guni..


..wahh... hebat le anak ibu lari laju..


Huda sedang bersedia untuk acara lari dalam guni.

Hanan, Muadz & Shamim.. Muadz ni kuat lari tau.. Shamim.. kapten pengawas..


Sibuk melayan adik2 dari pasukan hijau untuk mendapatkan bekalan air RX milo..


ha.. ini dia anak kebanggan ibu.. rajin.. harini Hanan jadik PA Cikgu Rosidah..


Atikah, sori yek.. Cik Wy tak sempat nak amek gambo Atikah masa tengah acara bawa ping pong tu..
Arisa gigit kuku..


Ini Arisa.. anak Tati.. Tati duduk mana tah.. tak nampak pulak aritu..


Cikgu paling cun kat sekolah..


barisan cikgu yang menyiapkan anak2 yang nak bersiap untuk acara balapan.. wahh.. Cikgu Rosidah dengan cerianya berpesan-pesan kepada anak2 pasukan hijau..

..persembahan chicken dance.. ibu ngan adik suka ni.. rasa cam nak join je.. kihkihkih.. tengok tu huda (2 dari kanan).. tergedik2 je.. hehe..


persembahan pembukaan hakka pasukan SKP P16(2)..


majlis dimulakan dengan bacaan doa..


ha.. tu pon dia.. topi ke bawah sangat.. nampak ke jalan tu..?
kontijen dari pasukan merah.. farhan ada kat dalam tu..


gelagat anak2 ni menghiburkan..


anak dara ayah..


huda dan anis.. dua sahabat baik dari desa pinggiran.. kak misah mana? tak nampak pon..


pasukan hakka & chicken dance sedang menunggu giliran..


cikgu azmi menyiapkan budak2 pasukan merah.. merah, merah, merah..!!

Makanan bekalan anak-anak ke sekolah


Projek ibu untuk bekalan anak2 ke sekolah.. Nak beli kat kedai entah diorang letak preservative. Tak elok untuk anak2, so ibu buat yg fresh punya maa.. nak resepi pergi kat blog resepi wy..
http://tanjung-puteri.webs.com

..dah siap untuk dimasukkan ke dalam freezer..

..yang ni utk ibu buat stok bagi sarapan anak2 & bekalan ke sekolah. goreng sekejap je.. lepas tu nak simpan dalam freezer.

..dekorasi ayah untuk anak2 perempuan..

..donat yang telah disaluti coklat & kacang - takyah beli kat dunkin donut dah.. kat umah ibu dah boleh buat dah.. hehe..

..setelah 30 minit kemudian..


..adunkan & bentukkan donat.. part yg huda-safwah suka sangat.. hanan pon ada gak canaikan donat ni..

..nampak tak rupanya yang lembut?

..setelah dibiarkan selama 30 minit..

setelah 45 minit..

..pilih program menguli adunan dough.. wy pilih program utk 45 minit..

..masukkan ke dalam bread maker..

tepung dan semua bahan lain disatukan..

..fresh from oven.. wollah..

blueberry muffin - semasa di bakar di dalam oven..

Sunday, February 22, 2009

Fenomena Upin Ipin


Fenomena baru..Upin Ipin. A thousand congratulation to les copaque.




Petang sabtu semalam, budak-budak tak nak habiskan makanan. Muak makan nasi agaknya.. then ibu kata.. siapa makan habis, pukul 9 nanti ibu nak bagi hadiah. Bila anak2 tanya apa hadiahnya, ibu kata surprise... Then budak2 tu makan le jugak..

Tiba masanya, Zol kata dia dah terlepas exit Putrajaya sebab hujan lebat giler.. so dia lewat sikit.. then, bila kereta zol tiba kat dalam pagar, budak2 terkejut sebab tak sangka eisya & haqim datang.. ha.. itu le hadiahnya.. hehe.. suka tengok budak2 tu excited jumpa sepupu diorang..

Then, sementara zol, ain & anak2 dia makan, wy pon keluarkan le karipap pusar yang wy pusar2kan siang tadi.. terima kasih kat mak odah sebab ajar mak cara buat karipap pusar. Now wy pon dah terer dah buat.. hehe.. tapi sebab nak cepat tadi, klem karipap pon tak berapa lawa arr...


Lepas zol makan, nana pulak call kata nak datang, ok, welcome.. jom le, kita ok je.. hmm.. mesti nana ngan uncle nohh, makyah & linda. so, bila dorang tiba, rupanya cu, nyah & maklong pon ade.. nasib baik siang tadi buat karipap.. ada lah jugak benda yg nak dikeluarkan. hehe.. sori ar zol, gambo korang datang umah tak sempat nak amek..

Keluarga orang Muo.. Wy, Cu, Nana, Maklong, Nyah, Am & Auni


Hmm.. budak ni comelnye... Am kata tak susah jaga budak ni. Kalo nangis, keluarkan kamera, sure dia diam.. wahh...

Buat karipap sebab konon esok nak bekal ke panggung utk tengok upin ipin. Hmm... nak menantikan hari Ahad tu, macam2 plan.. Yela, Hot FM kata Upin Ipin nak dtg ke Alamanda hari Ahad tu. Uish.. tibalah harinya.. Kesian, zol ngan eisya.. kalo bagi tau awal2 nak datang, bole le kita booking sekali..

Nasib baik kitorang dah booking tiket online.. kalo tak.. beratur panjang giler.. itu pon dia kata show sampai malam habis dah. Org yg beratur tu beli utk hari lain. Sampai je di Alamanda tadi, ramainya orang.. rupanya maskot upin ipin ada kat depan entrance.. Apa lagi, anak ibu.. posing le dengan Upin Ipin..

Safwah takde dalam gambar sebab mula2 nampak maskot ni je, dia dah menjerit takut.. Sampai orang tegur, kenapa dia menangis macam tu..

Ini le, adik Fathiah, tuan yang punya suara Upin Ipin.. syok dengar dia cakap masa tu.. Ha, sebelah dia tu tuan punya suara Lim.

Balik umah, terus je buat muffin sebab esok nak bagi kat kawan gee utk buat sample. Dia kata nak buat bagi tetamu. Ok, yg nak bagi tu rupanya camni le.. gambar utk muffin kopi wy dah post dalam webs.com. Siapa nak gi tengok resepi, tengok le http://tanjung-puteri.webs.com


Ini gambar muffin yg wy buat tadi - muffin blueberry.

Monday, February 16, 2009

Anak dara ibu - My little khalifah

Makan kat A & W Alamanda - pekena waffles ngan rootbir..

Bergaya dengan baju dan tudung baru..

Kalo disuruh bergaya..

hmmm.. sabtu lepas.. 7 februari 2009, wy ke subang jaya.. kat USJ 6/4H utk hadiri parenting course, organised by tadika dzuliman. Oleh kerana tadika ni mengikut perlaksanaan Khalifah Method, so, bnyk perkara yg ibubapa perlu faham tentang konsep ini. Antara tujuan parenting course ialah supaya pengajaran yang diajar di sekolah, dapat diteruskan di rumah.

Habis kursus, adalah jualan serba sedikit cenderahati untuk kenangan. Ibu beli la baju Jannah untuk anak2 dara ibu.. lepas tu, tak sudah2.. ke mana je pergi, mesti nak pakai baju nih.. hehe..

Ini lagu Little Khalifah:
(Dinyanyikan mengikut rentak lagu sua suey kemuning..)

I am Little Khalifah,
I am Khalifah of Allah,
I love to be Khalifah,
Khalifah of Allah..

..ada lagi, tapi wy tak ingat.. kena tanya Ashroff ni.. kot le Ashroff pandai nyanyi.. hehe..