Kehidupan ku di Madinah pada hari ketiga diteruskan dengan aturcara "Ziarah Jalan Kaki Sekitar Masjid Nabawi"..
Program ini dimulakan dengan ziarah kebun Rasulullah seperti yang di ceritakan sebelum ini, diikuti dengan kembara sejarah ke beberapa masjid bersejarah di sekitarnya seperti Masjid Awan, Masjid Saidina Abu Bakar, Masjid Saidina Umar, Masjid Saidina Ali & Masjid Jin. Terlalu banyak penceritaan yang tidak sempat Wy rakamkan. Maklumlah, tak ada pita rakaman. Semasa mutawwif menceritakan kisah sejarahnya, wy sangat khusyuk mendengar sampai terlupa nak merakamkan gambar buat kenangan.
Pelbagai kisah juga berlaku ketika di dalam program ziarah ini. Antaranya seorang pakcik jatuh pengsan akibat terlalu lama berdiri. Kesian pakcik tu, beruntunglah jemaah kami kebetulan ramai terdiri daripada kalangan doktor. Dapat juga mereka membantu ustaz ketika itu. Di saat ini, kami sangat merasakan kami seperti benar2 satu keluarga. Kami sangat ikhlas dan merendah diri di antara satu dengan lain. Semua jemaah sangat berhati mulia, apa lagi para ustaz dan ustazah kami sekelian.. Hanya Allah sahaja yang membalas keikhlasan dan kemurnian hati mereka & kami semua ketika itu.. Amin..
~ setelah selesai menziarah taman Rasulullah, kami bergerak keluar untuk meneruskan ziarah Madinah ~ |
~ dah tiba pon kami ke destinasi terhakhir pada program ziarah jalan kaki ini, iaitu 'tempat melontar' favourite : Pasar Kurma ~ |
~ pemandangan dalam pasar kurma - kelihatan sibuk jemaah rayhar membeli-belah untuk dikirimkan ke keluarga di Tanah Air ~ |